KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2025 - Ada sesuatu yang istimewa apabila hari lahir diraikan dengan cara sederhana, tetapi penuh makna. Tahun ini, Ruby.my memilih untuk menyambut hari lahir dengan makan-makan santai bersama suami dan anak-anak di Come True Café, Eslite Spectrum, The Starhill Kuala Lumpur.
Bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang waktu berkualiti yang kami luangkan bersama, di tengah suasana kafe yang tenang, hangat dan begitu menenangkan jiwa. Seawal jam 10 pagi kami bertolak ke Bukit Bintang. Kehadiran kami di sambut oleh pelayan yang mesra. Bertanyakan berapa orang tetamu dan memberi pilihan kami untuk duduk di dalam atau di luar.
Menu di Come True Café menggabungkan kreativiti dengan cita rasa moden. Kafe ini dalam kategori Muslim-friendly. Kami memilih beberapa hidangan menarik daripada kategori Brunch, Salad, Creative Pizza dan Soufflé Pancake. Di sini, hidangan dalam portion besar dan boleh kongsi bersama seisi keluarga.
Hidangan ini menjadi pilihan utama Ruby. Roti sourdough dibakar garing di luar tetapi lembut di dalam, disapu homemade garlic & nuts mash potato dan dihidangkan bersama deep-fried soft shell crab yang rangup sempurna. Setiap suapan ada keseimbangan rasa lemak, masin dan wangi bawang putih yang tidak keterlaluan.
Suami memilih menu ini dan ternyata kombinasi croissant sourdough dengan homemade avocado paste memang menyelerakan. Ayam gorengnya juga rangup dan tidak berminyak. Sesuai untuk peminat croissant yang suka rasa creamy dan savory pada masa sama.
Kami turut cuba salad ini, dan ternyata ia antara menu sihat yang tetap menyenangkan selera. Hirisan smoked duck breast disusun cantik bersama epal Fuji, sos buah markisa dan yogurt blueberry buatan sendiri. Ada rasa manis, masam dan sedikit masin yang seimbang segar di lidah!
Anak-anak memang peminat pizza, jadi pilihan ini memang untuk mereka. Pizza dengan sos teriyaki dan hirisan daging lembut ini disukai semua. Lapisan keju cair bersama aroma daun bijan menambah rasa ‘Japanese fusion’ yang menarik.
Sebagai birthday girl, Ruby pilih pencuci mulut paling cantik di menu iaitu Pink Lady Strawberry Soufflé (RM44).
Dihidangkan dengan potongan strawberi segar, homemade pink strawberry sauce, buah-buahan kering dan pancake gebu yang lembut seperti awan. Setiap suapan terasa ringan dan manisnya cukup-cukup, sesuai dinikmati bersama kopi atau teh.
“A dessert full of girlish charm” memang tepat seperti yang tertera di menu. Rasanya membawa suasana manis yang menutup hidangan dengan sempurna.
Come True Café terkenal dengan menu minuman unik dan persembahan visual yang menarik. Kami asyik sebut wow! Wow! Wow! Sebab teruja tengok semua minuman yang kami pilih. Hahaha.
Minuman ini benar-benar showstopper! Dihidangkan dengan aroma lavender yang dilepaskan menggunakan teknik dry-ice smoking, lapisan warna ungu lembutnya disusun cantik daripada bawah ke atas rose & lavender cordial, susu, kopi, dan buih susu halus di atasnya. Ada juga kelopak bunga boleh dimakan. Setiap hirupan terasa lembut dan menenangkan.
Minuman cold brew coffee dengan rasa buah mangga segar, memberi kombinasi menyegarkan pilihan suami yang gemarkan sesuatu yang lebih ringan.
Kedua-dua minuman ini menjadi kegemaran anak-anak. Fruit tea memberi rasa manis semula jadi buah, manakala Varlhona Au Lait menggunakan coklat premium yang lembut dan tidak terlalu pekat.
Tiada lilin besar, tiada kek bertingkat. Hanya tawa kecil dari anak-anak, dan pandangan suami yang cukup membuat saya rasa bersyukur.
Kami menikmati setiap hidangan dengan perlahan, berbual tentang travel trip, permainan video rancangan hujung minggu dan peperiksaan UASA. Walaupun ringkas, momen ini memberi makna mendalam pada perjalanan hidup saya sebagai isteri dan ibu.
Terima kasih kepada Come True Café Eslite Spectrum The Starhill Kuala Lumpur atas layanan mesra dan pengalaman menjamu selera yang begitu berkesan.
Kafe ini bukan sekadar tempat makan, tetapi ruang yang menyatukan keluarga dalam suasana harmoni dan damai. Sesuai untuk sarapan pagi, brunch, perbualan santai, atau sambutan istimewa.
📍 Lokasi & Info
Come True Café Eslite Spectrum Kuala Lumpur
Level G, The Starhill, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10.00 pagi – 9.00 malam
Sambutan hari lahir kali ini mengingatkan Ruby bahawa kebahagiaan tidak perlu dicari jauh. Ia hadir bila kita menghargai momen kecil bersama keluarga. Dan hari itu di Come True Café segalanya benar-benar terasa come true.
Bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang waktu berkualiti yang kami luangkan bersama, di tengah suasana kafe yang tenang, hangat dan begitu menenangkan jiwa. Seawal jam 10 pagi kami bertolak ke Bukit Bintang. Kehadiran kami di sambut oleh pelayan yang mesra. Bertanyakan berapa orang tetamu dan memberi pilihan kami untuk duduk di dalam atau di luar.
Hati ini memang teringin makan-makan berlatarbelakangkan Pavilion Kuala Lumpur, Fahrenheit88 dan melihat suasana trafik di Bukit Bintang. Kami memang suka tengok pemandangan bangunan pencakar langit dan kesibukan kota. Jadi kami pilih meja di luar. Pelayan kafe siap sambungkan meja untuk kami sekeluarga.
Terletak di aras satu eslite Spectrum Kuala Lumpur, Come True Café membawa aura tersendiri. Dari jauh lagi, dekorasinya yang minimalis dengan pencahayaan lembut menarik perhatian sesiapa yang lalu. Aroma kopi yang harum menyambut setiap tetamu yang melangkah masuk.
Ruby suka suasananya, tidak terlalu sesak, muzik latar yang lembut, dan ruang yang sesuai untuk keluarga kecil kami berbual tanpa gangguan. Paling istimewa, pelayan kafe iaitu encik Alexis yang ramah menyambut kedatangan kami dengan senyuman dan layanan mesra.
Suasana Tenang di Come True Café

Hidangan Brunch Penuh Cita Rasa
Menu di Come True Café menggabungkan kreativiti dengan cita rasa moden. Kafe ini dalam kategori Muslim-friendly. Kami memilih beberapa hidangan menarik daripada kategori Brunch, Salad, Creative Pizza dan Soufflé Pancake. Di sini, hidangan dalam portion besar dan boleh kongsi bersama seisi keluarga.
Golden Soft Shell Crab Sourdough Toast (RM37)
Fried Chicken with Avocado Sourdough Croissant (RM28)
Seared Duck Breast Salad (RM28)
Japanese Teriyaki Beef Pizza (RM35)
Pencuci Mulut Penuh Pesona – Pink Lady Strawberry Soufflé
Dihidangkan dengan potongan strawberi segar, homemade pink strawberry sauce, buah-buahan kering dan pancake gebu yang lembut seperti awan. Setiap suapan terasa ringan dan manisnya cukup-cukup, sesuai dinikmati bersama kopi atau teh.
“A dessert full of girlish charm” memang tepat seperti yang tertera di menu. Rasanya membawa suasana manis yang menutup hidangan dengan sempurna.
Minuman Kreatif Menyempurnakan Hari
Come True Café terkenal dengan menu minuman unik dan persembahan visual yang menarik. Kami asyik sebut wow! Wow! Wow! Sebab teruja tengok semua minuman yang kami pilih. Hahaha.
Lavender Mist (RM32)
Minuman ini benar-benar showstopper! Dihidangkan dengan aroma lavender yang dilepaskan menggunakan teknik dry-ice smoking, lapisan warna ungu lembutnya disusun cantik daripada bawah ke atas rose & lavender cordial, susu, kopi, dan buih susu halus di atasnya. Ada juga kelopak bunga boleh dimakan. Setiap hirupan terasa lembut dan menenangkan.
Summer Mango Nitro (RM22)
Minuman cold brew coffee dengan rasa buah mangga segar, memberi kombinasi menyegarkan pilihan suami yang gemarkan sesuatu yang lebih ringan.
Come True Fruit Tea & Varlhona Au Lait (RM17.50)
Momen Bersama Yang Paling Bermakna
Tiada lilin besar, tiada kek bertingkat. Hanya tawa kecil dari anak-anak, dan pandangan suami yang cukup membuat saya rasa bersyukur.
“Kadang-kadang, sambutan paling indah adalah yang sederhana — bila kita dikelilingi orang yang benar-benar bermakna.”
Kami menikmati setiap hidangan dengan perlahan, berbual tentang travel trip, permainan video rancangan hujung minggu dan peperiksaan UASA. Walaupun ringkas, momen ini memberi makna mendalam pada perjalanan hidup saya sebagai isteri dan ibu.
Terima Kasih, Come True Café
Terima kasih kepada Come True Café Eslite Spectrum The Starhill Kuala Lumpur atas layanan mesra dan pengalaman menjamu selera yang begitu berkesan.
Kafe ini bukan sekadar tempat makan, tetapi ruang yang menyatukan keluarga dalam suasana harmoni dan damai. Sesuai untuk sarapan pagi, brunch, perbualan santai, atau sambutan istimewa.
📍 Lokasi & Info
Come True Café Eslite Spectrum Kuala Lumpur
Level G, The Starhill, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10.00 pagi – 9.00 malam
Sambutan hari lahir kali ini mengingatkan Ruby bahawa kebahagiaan tidak perlu dicari jauh. Ia hadir bila kita menghargai momen kecil bersama keluarga. Dan hari itu di Come True Café segalanya benar-benar terasa come true.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.