Dalam kehidupan seharian kita yang sibuk sebagai ibu, isteri dan wanita muslimah yang sentiasa menjaga keseimbangan di antara tanggungjawab dan diri sendiri. Wangian sering kali menjadi “sentuhan kecil” yang mampu mengubah suasana. Sama ada keadaan sekeliling, perasaan hati dan momen nostalgia.
Baru-baru ini Ruby berpeluang mencuba sendiri jenama Citizens of The World (COTW) di acara KL International Beauty Week 2025 di MVEC Mid Valley yang berlangsung dari 24 - 26 Oktober 2025 seawal 10 pagi hingga 10 malam. Sebenarnya, COTW sendiri yang menjemput Ruby melalui DM di Instagram. Pada mulanya Ruby fikir, ah malasnya nak bersesak di KLIBW. Pengalaman tahun lepas di KLIBW yang sesak, malah ruang pempamer yang sempit. Fikir punya fikir, jenama dari Indonesia pun sanggup datang ke Malaysia. Ruby ni dari Ampang aje. Maka! Jom ke Booth R3 untuk kenali sendiri jenama COTW. Ia adalah satu jemputan yang begitu manis dan bermakna! Terima kasih COTW! 💌
Setibanya Ruby di booth mereka, ada sesuatu yang berbeza tentang jenama ini. Dari nama sahaja, Citizens of The World, sudah terasa aura global, moden dan berjiwa pengembara. Namun, lebih daripada itu, setiap wangian mereka sebenarnya adalah cerita. Kisah sesebuah tempat, budaya dan memori yang dirakam melalui aroma.
Ungkapan ini benar-benar mencerminkan konsep mereka. Setiap botol adalah seperti pasport kecil kepada dunia tanpa batasan. Membawa kita menyelusuri suasana kota, alam, dan pengalaman yang pernah dirasai.
COTW mencipta wangian yang menenangkan, ringan, namun cukup berkarakter sesuai untuk wanita muslimah moden yang mahu tampil yakin tanpa berlebihan. Ia bukan sekadar haruman, tetapi satu cara untuk menghargai detik-detik kecil dalam kehidupan. Anda pernah alami bau yang buat kita teringat pada kenangan masa dahulu? Ruby sering alami perkara tersebut. Ibarat arkib yang hidup. Terus nostalgia masa lalu kembali segar diingatan.
Jenama ini memperkenalkan dua kategori wangian utama:
City Explorer Line (RM79 | Asal RM88)
Direka untuk mereka yang gemar meneroka dunia dan mengumpul pengalaman dari bandar-bandar ikonik. Aromanya cenderung segar, bersih dan mudah digayakan setiap hari.
Antara sembilan pilihan dalam koleksi ini:
Lebih eksklusif dan kompleks, koleksi ini diinspirasikan oleh impian perjalanan “bucket list destinations” yang menghidupkan emosi dan kenangan.
Antara tiga wangian utama dalam siri ini:
Heart: Lily of the Valley, Lotus, Rose
Base: Cedarwood, Tonka, Musk
Harumannya lembut, feminin dan menenangkan seperti berjalan di taman bunga pagi di Belanda. Ruby jatuh cinta pada semburan pertama!
Di antara ratusan jenama di acara KL International Beauty Week 2025, booth Citizens of The World terasa sangat unik. Mereka tidak menjual bau semata-mata tetapi mereka bercerita. Setiap tester disusun dengan kemas dan label yang membawa kita “melancong dengan deria bau”.
Ruby mencuba 12 wangian semuanya, dan paling menyentuh hati ialah apabila setiap wangian ini seakan bercerita. Ruby menghidu bau dari Royal Bath in Ubud, terus teringat pengalaman menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Dubai pada tahun 2016. Bagaimana haruman begini boleh bawa Ruby kembali pada saat itu? Sedangkan dah hampir 10 tahun berlalu. Manakala Spice Souk pula membawa Ruby ke Pasar Rempah di Dubai juga.
Setiap botol wangian dari COTW bersaiz 30ML dan ia adalah Eau De Parfum.
Setiap semburan membawa kisah. Jenis Eau De Parfum (EDP) yang digunakan oleh Citizens of The World ini mempunyai kepekatan minyak pati antara 15% hingga 20%, menjadikannya tahan lama, berlapis dan halus. Ia bukan sekadar wangi tetapi menemani sepanjang hari dengan lembut.
Bau wangian jenis ini boleh bertahan 4 hingga 8 jam di kulit, malah lebih lama jika disembur pada kain. Paling menarik, ia meninggalkan sillage yang tenang cukup untuk membuatkan orang di sekeliling perasan aroma elegan tanpa terasa berlebihan.
Sebagai wanita Muslimah, Ruby suka memilih wangian yang tidak terlalu kuat. Haruman seperti Morning Walk in Keunkenhof kerana ia sesuai untuk selepas solat, bekerja di rumah, atau keluar bersama keluarga cukup lembut tetapi meninggalkan kesan yang menenangkan.
Dari kiri Sisca, Ruby dan Larry Yacub di Booth R3, MVEC bersempena KL International Beauty Week.
Setibanya Ruby di booth mereka, ada sesuatu yang berbeza tentang jenama ini. Dari nama sahaja, Citizens of The World, sudah terasa aura global, moden dan berjiwa pengembara. Namun, lebih daripada itu, setiap wangian mereka sebenarnya adalah cerita. Kisah sesebuah tempat, budaya dan memori yang dirakam melalui aroma.
Lebih Daripada Sekadar Haruman
Citizens of The World (COTW) ialah jenama wangian moden yang diasaskan pada tahun 2021 oleh dua wanita inspirasi, Hanifa Ambadar dan Novita Imelda, usahawan berpengalaman dalam industri kecantikan dan gaya hidup.
Mereka percaya bahawa setiap wangian mempunyai cerita tersendiri tentang tempat yang pernah dijejaki, kenangan yang tertinggal, dan perasaan yang ingin diingati semula. Dari kepercayaan itulah lahirnya koleksi wangian Citizens of The World, membawa misi untuk menghubungkan manusia melalui deria bau; kisah, budaya dan perjalanan yang diilhamkan dari pelbagai destinasi dunia.
Lebih daripada sekadar wangian, COTW ialah satu bentuk ekspresi diri.
“More than a fragrance, it’s stories, cultures, journeys and dreams that connect us all.”
Ungkapan ini benar-benar mencerminkan konsep mereka. Setiap botol adalah seperti pasport kecil kepada dunia tanpa batasan. Membawa kita menyelusuri suasana kota, alam, dan pengalaman yang pernah dirasai.
COTW mencipta wangian yang menenangkan, ringan, namun cukup berkarakter sesuai untuk wanita muslimah moden yang mahu tampil yakin tanpa berlebihan. Ia bukan sekadar haruman, tetapi satu cara untuk menghargai detik-detik kecil dalam kehidupan. Anda pernah alami bau yang buat kita teringat pada kenangan masa dahulu? Ruby sering alami perkara tersebut. Ibarat arkib yang hidup. Terus nostalgia masa lalu kembali segar diingatan.
Dua Koleksi Utama: City Explorer & Bucket List Line
City Explorer Line (RM79 | Asal RM88)
Direka untuk mereka yang gemar meneroka dunia dan mengumpul pengalaman dari bandar-bandar ikonik. Aromanya cenderung segar, bersih dan mudah digayakan setiap hari.
Antara sembilan pilihan dalam koleksi ini:
- Pacific Coast Highway – gabungan oren, epal hijau dan grapefruit yang segar dengan asas sandalwood.
- AV Montaigne – elegan dengan tuberose dan jasmine, beralun dengan vanilla Madagascar dan white musk.
- Södermalm – aroma lemon dan lily of the valley yang segar dan minimalis.
- Spice Souk – kehangatan tangerine dan kayu manis yang membawa suasana bazar Timur Tengah.
- Olympia – campuran epal hijau, buah tropika dan krim vanila yang manis lembut.
- Malaga – tropika dengan pineapple dan blackcurrant, berpadu dengan amber vanilla.
- Omotesandō – gabungan bunga Jepun seperti jasmine dan ylang ylang dengan sentuhan amberwood.
- Café Du Monde – aroma marshmallow dan kopi yang creamy dan mengasyikkan.
- Habanos – bau kulit putih dan saffron yang maskulin tapi tetap sensual dan halus.
Lebih eksklusif dan kompleks, koleksi ini diinspirasikan oleh impian perjalanan “bucket list destinations” yang menghidupkan emosi dan kenangan.
Antara tiga wangian utama dalam siri ini:
- Tea Ceremony in Guilin – aroma bunga dan daun teh yang tenang, seperti upacara teh tradisional di China.
- Royal Bath in Ubud – manis dan eksotik dengan sentuhan saffron, rose dan vetiver.
- Morning Walk in Keunkenhof – Ruby’s personal favourite!
Heart: Lily of the Valley, Lotus, Rose
Base: Cedarwood, Tonka, Musk
Harumannya lembut, feminin dan menenangkan seperti berjalan di taman bunga pagi di Belanda. Ruby jatuh cinta pada semburan pertama!
Pengalaman Ruby di KL International Beauty Week
Di antara ratusan jenama di acara KL International Beauty Week 2025, booth Citizens of The World terasa sangat unik. Mereka tidak menjual bau semata-mata tetapi mereka bercerita. Setiap tester disusun dengan kemas dan label yang membawa kita “melancong dengan deria bau”.
Encik Larry Yacub membantu Ruby mencari wangian yang mengikut permintaan Ruby. Nak yang segar dan bau tertinggal belakang. Hahaha.
Ruby mencuba 12 wangian semuanya, dan paling menyentuh hati ialah apabila setiap wangian ini seakan bercerita. Ruby menghidu bau dari Royal Bath in Ubud, terus teringat pengalaman menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Dubai pada tahun 2016. Bagaimana haruman begini boleh bawa Ruby kembali pada saat itu? Sedangkan dah hampir 10 tahun berlalu. Manakala Spice Souk pula membawa Ruby ke Pasar Rempah di Dubai juga.
Harga Promosi Sempena KLIBW
- City Explorer Line - RM 79 (Harga Asal RM 88)
- Bucket List Line - RM 102 (Harga Asal RM 113)
- Beli 2 Item City Explorer Line - RM 150 (Harga Asal RM 176.60)
- Beli 2 Item Bucket List Line - RM 200 (Harga Asal RM 226)
- COTW x LOVIO Bundle RM 120
Setiap semburan membawa kisah. Jenis Eau De Parfum (EDP) yang digunakan oleh Citizens of The World ini mempunyai kepekatan minyak pati antara 15% hingga 20%, menjadikannya tahan lama, berlapis dan halus. Ia bukan sekadar wangi tetapi menemani sepanjang hari dengan lembut.
Bau wangian jenis ini boleh bertahan 4 hingga 8 jam di kulit, malah lebih lama jika disembur pada kain. Paling menarik, ia meninggalkan sillage yang tenang cukup untuk membuatkan orang di sekeliling perasan aroma elegan tanpa terasa berlebihan.
Wangian Yang Selari Dengan Nilai Muslimah
Sebagai wanita Muslimah, Ruby suka memilih wangian yang tidak terlalu kuat. Haruman seperti Morning Walk in Keunkenhof kerana ia sesuai untuk selepas solat, bekerja di rumah, atau keluar bersama keluarga cukup lembut tetapi meninggalkan kesan yang menenangkan.
- Sembur sedikit di hujung tudung atau lengan baju.
- Elak spray berlebihan supaya tidak mengganggu ruang solat.
- Simpan botol di tempat teduh agar tahan lama.
Citizens of The World bukan sekadar jenama perfume, ia satu perjalanan deria. Dari pemandangan kota ke taman bunga, setiap semburan adalah kisah baru untuk dinikmati. Bagi Ruby, inilah jenama yang patut diperhatikan oleh wanita Muslimah moden yang menghargai keindahan dalam kesederhanaan.
Untuk info lanjut & promosi terkini, boleh layari Instagram rasmi @hellocitizensoftheworld
Untuk info lanjut & promosi terkini, boleh layari Instagram rasmi @hellocitizensoftheworld





Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.