WYNDHAM GRAND BANGSAR KUALA LUMPUR RASMI BEROPERASI

WYNDHAM GRAND BANGSAR KUALA LUMPUR RASMI BEROPERASI

Ruby
0
WYNDHAM GRAND BANGSAR KUALA LUMPUR RASMI BEROPERASI | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini pada 15 September 2023 bertempat di Bangsar, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur telah rasmi di buka untuk semua tetamu menginap di sini. Kemunculan cawangan pertama Wyndham Grand di Malaysia, pasti memeriahkan lagi industri perhotelan di Malaysia. Kuala Lumpur sentiasa menjadi lokasi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. 

Lokasi Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur terletak berhampiran jajaran pengangkutan awam Rapid KL dan Light Rail Transit (LRT) Kelana Jaya Line. Kemudahan ini menghubungkan para tetamu untuk meneroka Kuala Lumpur pada bila-bila masa mengikut jadual percutian anda. Sangat mudah dan efisen. 

WYNDHAM GRAND BANGSAR KUALA LUMPUR RASMI BEROPERASI


Tarikh penjenamaan ini dipilih seiring dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Dahulunya dikenali sebagai Pullman Kuala Lumpur Bangsar, transformasi ini menandakan ketibaan jenama Wyndham Grand yang pertama di Malaysia.

Terletak di Kawasan strategik Bangsar, salah satu daerah yang paling dikunjungi di Kuala Lumpur, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman menakjubkan yang menggabungkan kemewahan, kemudahan dan kecanggihan. 

Wyndham Hotels & Resorts adalah penyedia perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka dan merupakan pemberi francaise hotel terbesar di dunia dengan lebih daripada 9,200 cawangan di lebih daripada 80 buah negara.

Dengan jumlah 513 bilik mewah, dan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, ia menawarkan pengalaman yang tiada tandingan untuk tetamu yg hadir bagi tujuan perniagaan ataupun percutian. Komitmen yang optimum terhadap kecemerlangan dan lokasi strategik menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan sempurna antara kemewahan dan kemudahan.

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan moden yang teliti menjanjikan keselesaan dan ketenangan di tengah-tengah bandar yang sibuk. Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat yang canggih dan dewan utama yang besar, menjadikannya pilihan ideal untuk acara korporat, persidangan dan perhimpunan sosial. 


Sama ada anda merancang perkahwinan, mesyuarat perniagaan atau perayaan istimewa, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahkan majlis anda.

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menempatkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keinginan setiap tetamu. Nikmati detik-detik ketenangan dan peremajaan di spa, nikmati ciptaan masakan yang lazat di restoran santapan mewah, kekal aktif dan cergas di gimnasium yang serba lengkap, dan nikmati kemewahan servis di lounge eksekutif.

"Ketika kami menjenamakan semula dari Pullman ke Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, kami teruja untuk membawa tahap baharu kemewahan dan layanan bertaraf dunia ke Malaysia," kata Encik TK Lee, Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur. 

"Lokasi strategik kami di Bangsar, ditambah dengan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang luar biasa, meletakkan kami sebagai destinasi utama untuk pelancong yang mencari gabungan kecanggihan dan keselesaan yang sempurna." Tambah Mr TK Lee.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !