HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI PERTEMUAN RAHSIA DI DATARAN MERDEKA

HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI PERTEMUAN RAHSIA DI DATARAN MERDEKA

Ruby
1
HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI PERTEMUAN RAHSIA DI DATARAN MERDEKA | Assalammualaikum semua! Tiada lagi RAHSIA! Keretapi Sarong 2023 mengumumkan lokasi pertemuan utama di Dataran Merdeka. Ya Dataran Merdeka. Acara Keretapi Sarong mula dianjurkan oleh komuniti Random Alphabet sejak tahun 2012, sebelum dikelolai secara rasmi oleh Local Companian (LOCCO), sebuah komuniti sosial dan budaya sejak tahun 2017.

Sejak viral aktiviti komuniti Keretapi Sarong yang diadakan di luar negara oleh pelajar/rakyat Malaysia, ia mula secara rasmi diadakan di Malaysia pada tahun 2017 melalui LOCCO. Ramai telah hadir memeriahkan aktiviti ini. Cuma, program ini terhenti selama dua tahun iaitu 2020 dan 2021 kerana pandemik COVID-19 telah melanda dunia. 

HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI PERTEMUAN RAHSIA DI DATARAN MERDEKA



Acara Keretapi Sarong telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkumpul bersama-sama meraikan Hari Malaysia dengan cara memakai pakaian tradisional. Tahun ini bertemakan etnik, kita boleh pakai Kebaya Nyonya, Baju Kurung, Baju Melayu, Sari, Cheong Sam dan pakaian tradisi budaya masing-masing. Pasti meriah! Malah penglibatan pelbagai jenama terkemuka pada tahun ini sebagai penganjur semakin meriah. Tahniah LOCCO dan semua penganjur. 

Memandangkan hebahan pengumuman lokasi pertemuan telah dimaklumkan. Jangan kita skip budaya Keretapi Sarong okay? Naik LRT, MRT dari stesen yang telah ditetapkan. Seterusnya berkumpul di stesen pada 8:30 pagi menuju ke Dataran Merdeka. Boleh kita nyanyi bersama dan meraikan Hari Malaysia yang ke 60 tahun dengan memakai Sarong. Ruby InsyaAllah akan pakai Kurung Kedah dengan Kain Batik. Mudah melangkah sepanjang hari. 



Siap sedia untuk acara tahunan sambutan Hari Malaysia di lokasi rahsia untuk momen yang lebih bermakna tahun ini #KeretapiSarong2023. Menjelang berlangsungya acara Keretapi Sarong 2023 (KS2023) dalam lima hari sahaja lagi, LOCCO - sebuah organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017 inimengumumkan lokasi rahsia untuk acara tahunan itu hari ini!

Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KS2023 tahun ini turut mendapat sokongan Rakan Kerjasama Utama iaitu Rapid KL -- syarikat sistem pengangkutan awam yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad dan dioperasikan oleh anak-anak syarikatnya, Rapid Rail dan Rapid Bus.

Seramai 200 sukarelawan akan membantu peserta, bantuan mereka dari segi audio visual dan memimpin kita sepanjang perjalanan menuju ke Dataran Merdeka. Kali ini sasaran penyertaan adalah seramai 10,000 rakyat Malaysia. Pastikan anda semua dapatkan MyCity Pass RapidKL tau. Semoga perjalanan kita semua lancar. 

LOCCO menyediakan Sijil Penghargaan kepada semua sukarelawan di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang Keretapi Sarong berlangsung. Penyertaan pelajar universiti menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan amatlah dihargai bagi memperkasa seni dan budaya Malaysia.

Persiapan keseluruhan bagi pihak LOCCO telah bermula sejak awal tahun. Keretapi Sarong merupakan aktiviti komuniti. Menariknya tahun ini adalah ada program Ikat Tepi by Keretapi Sarong anjuran Media Prima. Ia merupakan aktiviti ilmiah yang melibatkan lima komponen utama:

1. Sejarah Sarong oleh Encik Khairol
2. Sarong Serantau Negara Asean oleh Jurucakap dari Singapura
3. Sarong Masa Kini
4. Wakuk/Perasap Sarong Cara Tok Nenek Moyang di Bengkel Sarong
5. Chit Chat Sarong

Program ini akan diadakan di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Selain Ikat Tepi by Keretapi Sarong, persembahan selebriti, persembahan Gamelan, meet and greet pelakon Filem “Doh” iaitu Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo dan ramai lagi,  tayangan Filem “Doh” - Dari Roti Ke Hati juga turut diadaka , makanan tradisional dan Kopi Wonda juga turut ada.




Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman  berkata, "Pada 16 September, rakyat Malaysia bersama-sama pelancong luar negara yang terlibat secara tidak langsung akan memulakan perjalanan keretapi mereka dalam suasana ‘flash mob’ menikmatinpandangan kota di sekitar Lembah Klang.

"Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat yang paling ikonik dan bersejarah di negara ini - Dataran Merdeka! Pemilihan lokasi dibuat berikutan luas kawasan yang boleh dihadiri lebih ramai pengunjung, sekaligus dapat juga hadir Festival Permainan Malaysia, anjuran JKKN yang berlangsung serentak.



FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA
15 -17 SEPTEMBER 2023
7.00 Pagi - 12.00 Malam
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR


"Ia akan menjadi saat yang benar benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan keretapi yang berlepas dari stesen-stesen terpilih. Memandangkan kita menjangkakan jumlah orang yang hadir yang lebih ramai tahun ini, kita meramalkan 'flash mob' dengan pakaian Sarong dan etnik juga akan lebih meriah.

"Acara ini terlaksana melalui jalinan kerjasama rakyat Malaysia yang bersemangat dan cintakan budaya, bersama-sama barisan penaja kami yang percaya pada kuasa perpaduan melalui semangat Hari Malaysia." jelas beliau.





Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan berkata, "Saya berharap Rapid KL akan berpeluang untuk meneruskan kerjasama dengan LOCCO untuk acara Keretapi Sarong yang akan datang. Kami akan memberikan sokongan pada acara Sabtu ini dengan memastikan perjalanan yang lancar, selesa dan selamat buat peserta – peserta Keretapi Sarong 2023.

Persiapan Prasarana akan melibatkan tiga perkara iaitu kelancaran frekuensi perjalanan keretapi agar lebih bersedia, jentera pegawai awam untuk mengawal orang ramai di stesen yang telah dimaklumkan dan hebahan informasi di media sosial dan notis-notis." jelas beliau.






Wakil Wonda, selaku penaja utama KS2023 berkata, “Selaku jenama yang meraikan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia, KSS2023 bekerjasama dengan Wonda Coffee untuk tahun ini sebagai penaja utama. Bukanlah suatu perkara asing menyatukan rakyat Malaysia dengan Malaysian Original Taste minuman Wonda Kopi Tarik. Wonda Malaysia akan bekerjasama dengan KS2023 untuk meraikan Hari Malaysia.

Wonda juga akan menerima Malaysia Book of Records untuk penyertaan ramai Wonda Kopi Tarik. Jom meriahkan Hari Malaysia 2023. Happy Malaysia Day everyone!”, jelas beliau.



Dengan tema “Etnik” tahun ini, dianggarkan lebih kurang 10,000 orang dari budaya dan komuniti akan menyertai KS2023 yang turut mempamerkan persembahan budaya yang memukau, termasuk tarian tradisional, muzik, dan sesi penceritaan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang identiti negara yang berbilang budaya dan bangsa.

Sambutan unik dan bertenaga ini akan berlangsung pada 16 September di pelbagai bandar dan stesen yang terlibat termasuk Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT), menjanjikan hari yang penuh dengan budaya, perpaduan, dan keseronokan.


'Flash mob' ini terdiri daripada lebih daripada 20 kumpulan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award, KL Sketch Nation, Street Meet, UITM Shah Alam, dan DBP.

Tahun ini, acara 'flash mob' juga akan berlangsung serentak di bandar bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir).

Photo Copyright: © Charlie JH Round-Turner, 2019

Penganjuran KS2023 juga ditaja bersama oleh Bulan Bintang, AirAsia, Kahf, Wardah, Emina, Mr D.I.Y, Momo's Kuala Lumpur, The Chow Kit (sebuah hotel Ormond), GoCar, M&Ms, KLIA Transit, Kedey Kamek, Santa Grand Signature, dan Grand Classic, Kuala Lumpur.

LAGU DAN IRAMA KERETAPI SARONG


Budaya Kereta Sarong paling dirindui adalah menyanyi beramai-ramai di dalam LRT, MRT, sepanjang berjalan dan semasa berkumpul. Paling teruja adalah boleh dikatakan semua rakyat Malaysia berbilang bangsa tahu lagu patriotik kita. Bangga! 


KERETAPI SARONG SEJAK 2017, 2018, 2019, 2022


MENGENAI LOCCO


LOCCO adalah kumpulan komuniti yang menyokong aktiviti komuniti di Malaysia, menerusi budaya kepada manusia yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya. 

Mereka membawa pelbagai pengalaman, bermula dengan Keretapi Sarong dan pelbagai projek komuniti di sekitar Kuala Lumpur yang memperkasakan warisan dan budaya tempatan. Melalui komuniti yang menjadi tulang belakang acara & kempen, mereka dapat melaksanakan pengalaman yang unik dan juga tidak dapat dilupakan untuk semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai Keretapi Sarong, ikuti dan dapatkan lebih banyak maklumat dengan mengikuti kemas kini media sosial kami seperti berikut:

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. ramai betol warga KL yang plan nak pegi nanti. last year meriah, tahun ni harap lagi meriah dengan pernyertaan pelbagai bangsa.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !