CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE LANCAR PEMBERSIH MUKA DAN SERUM BAHARU

CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE LANCAR PEMBERSIH MUKA DAN SERUM BAHARU

Ruby
1
CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE LANCAR PEMBERSIH MUKA DAN SERUM BAHARU | Assalammualaikum semua! Tahniah buat Cetaphil di atas pelancaran penambahan rangkaian baharu dari siri Bright Healthy Radiance. Ia adalah kesinambungan hebat dari 4 minggu berseri yang dilancarkan pada tahun 2021. Kini, anda boleh memiliki kulit cantik berseri hanya 14 hari sahaja!

Penambahan Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser dan Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum ternyata dinantikan oleh pengguna rangkaian ini kerana keberkesanan produk, diuji secara klinikal dan kualiti yang diberikan oleh Cetaphil. 

Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance sesuai digunakan seawal usia 18 tahun dan ke atas. Sama ada anda memiliki kulit jenis sensitif atau berjeragat, ia sesuai untuk semua jenis kulit. 

CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE LANCAR PEMBERSIH MUKA DAN SERUM BAHARU


Dari kiri, Elfira Loy (Selebriti), Jessica Chan (Marketing Manager, Galderma Malaysia), Thoren Tan (Trading Director, Watsons) dan Goh Woan Ching (Head of Sales Consumer, Galderma Malaysia)

Cetaphil Bright Healthy Radiance telah melancarkan duo hebat multi-tindakan untuk keserian segera dan berkekalan dengan hasil terbukti secara klinikal dalam tempoh 14 hari. CETAPHIL®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia* dengan bangganya memperkenalkan dua produk tambahan dalam rangkaian Bright Healthy Radiance – Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dengan 7x kelebihan dan satu-satunya pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama, iaitu Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser. 

Produk inovatif ini menggunakan Teknologi GentleBright, lantas menandakan era baharu dalam penjagaan kulit. Dengan hasil yang terbukti secara klinikal dalam tempoh 14 hari sahaja, teknologi ini melangkaui tindakan pencerahan kulit dan membina keunggulan dengan Duo Hebat dan faedah pelbagai tindakannya. 


Kini, rangkaian lengkap Cetaphil Bright Healthy Radiance terdiri daripada 6 produk:

1. Cetaphil Bright Healthy Radiance Creamy Cleanser 100g (RM 42.15)
2. Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renew Cleanser 100g (RM 62.35)
3. Cetaphil Bright Healthy Radiance Refresh Toner 150ml (RM 63.85)
4. Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum 30ml (RM 184.62) 
5. Cetaphil Bright Healthy Radiance Day Protection Cream 50g (RM 122.15)
6. Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream 50g (RM 122.15)

Memandangkan Cetaphil mengutamakan penjagaan menyeluruh untuk setiap kisah kulit, Cetaphil sentiasa komited untuk mengekalkan profil toleransi produknya oleh semua. Cetaphil, pakar kulit sensitif terkemuka dengan warisan selama lebih 75 tahun yang telah diuji oleh pakar dermatologi, sentiasa berusaha untuk meraih strategi antihiperpigmentasi yang lebih lengkap dan berkuasa menerusi Bright Healthy Radiance 2.0 Perfecting Serum dan Gentle Renewing Cleanser


Teknologinya yang termaju lagi lembut menyasarkan punca berlakunya bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata serta kusam, iaitu keadaan kulit yang lazim dialami oleh ramai orang. 

Cetaphil Bright Healthy Radiance dirumus untuk mengatasi pigmentasi secara berkesan, sambil kekal lembut pada kulit sensitif. Formula lanjutannya secara khusus menyasarkan proses melanogenesis dan keradangan, menangani faktor asas yang menyumbang kepada pigmentasi pada kulit sensitif. 

Hasilnya bukan sahaja memberikan penambahbaikan yang terbukti secara klinikal, tetapi juga mengurangkan bintik gelap. Dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance, individu dengan kulit yang paling sensitif pun masih boleh memiliki kulit yang lebih cerah dan sekata. 

TEKNOLOGI GENTLEBRIGHT™


Dikuasakan oleh Teknologi GentleBright generasi baharu, Cetaphil Bright Healthy Radiance menggabungkan campuran unik bahan yang mencerahkan dan menenangkan kulit – Niacinamide dan Dafodil Laut Putih, yang mempunyai sifat pencerahan antiradang dan bertindak sebagai agen neuroaktif. 

Kini, dengan generasi baharu Teknologi GentleBright, yang dirumus menggunakan Peptida Lanjutan dan Antioksidan C, produk ini menangani bintik-binti hitam dengan lima tahap mekanisme pencerahan yang disasarkan dan bertindak sebagai antioksidan yang berkuasa untuk mengurangkan tanda kelesuan dengan meningkatkan sintesis asid hialuronik. 

CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE SERUM


Bright Healthy Radiance Perfecting Serum yang BAHARU menawarkan 7x kelebihan untuk kulit yang berseri dan cerah, dan terbukti secara klinikal mengurangkan bintik-bintik hitam yang disebabkan oleh matahari, penuaan, jerawat, parut dan perubahan hormon. 

Serum ini juga meningkatkan seri dan kecerahan kulit sekurang-kurangnya 42%, mengurangkan garis halus sebanyak 29% dan menghasilkan tona kulit sekata sehingga 20% selepas 12 minggu. 


Tekstur Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum mudah meresap. Bau nyaman yang tidak terlalu kuat. Cara memakai serum ini adalah secara langsung terus ke kulit. Gosok pada kulit sehingga sekata dan siap!

CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE GENTLE RENEWING CLEANSER


Sementara itu, pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser, diperkaya dengan Vitamin dan Manik Jojoba yang meneksfoliasi secara lembut, menyingkirkan pencemaran, dan mencerahkan wajah untuk penampilan kulit yang berseri dan sihat. 

Pembersih ini juga menyingkirkan sehingga 79% partikel bahan cemar dan terbukti secara klinikal menghaluskan tekstur kulit untuk penampilan kulit yang mulus dan berseri di samping memelihara kulit sensitif. 


Pembersih muka ini adalah jenis gel dengan manik jojoba. Gunakan selepas membersih muka dengan pembersih muka biasa dan diikuti dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser agar pembersihan lebih lengkap. 

Dengan manik Jojoba yang ada, langkah kedua pembersihan muka ini adalah seperti proses pengelupasan mesra bagi membuang sel kulit mati. Bagi kulit jenis berminyak dan kombinasi seperti Ruby. Ia sangat segar dan kulit kelihatan bersih berseri.

Duo hebat baharu ini membina keunggulan untuk fungsi yang lebih daripada pencerahan kulit. Apabila kedua-duanya digunakan secara bersama, seri kulit ditingkatkan dengan serta-merta sebanyak +41% dan kecerahan ditingkatkan sebanyak +30%, sekali gus memastikan faedah pelengkap untuk mendorong manfaat rejimen yang optimum. 

Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan betapa pentingnya penyelidikan saintifik dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh individu yang berkulit sensitif. “Ramai orang dengan kulit sensitif sukar mendapatkan produk yang sesuai untuk mencerahkan kulit dan memperbaik tona kulit tidak sekata mereka tanpa mengakibatkan keradangan. Kami faham bahawa kulit sensitif adalah berbeza dan memerlukan perhatian yang lebih untuk merawat bintik gelap.

Oleh sebab itu, kami menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit yang menyeluruh untuk menanganinya menerusi kerjasama dengan pakar terkenal dan profesional penjagaan kesihatan untuk membangunkan rumusan berkesan bagi pengguna penjagaan kulit kami,” katanya. 
 
Cindy Tiu seterusnya menyatakan komitmen Galderma yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kategori dermatologi sejati yang memacu inovasi dalam bidang ini. 

“Reputasi Galderma dibina atas faktor kepelbagaian, inovatif, dan portfolio berasaskan sains bagi jenama serta perkhidmatan yang premium dan terunggul. Memahami hakikat bahawa kulit boleh mempengaruhi kualiti hidup kita, usaha untuk memajukan bidang dermatologi bagi kisah kulit setiap individu menjadi strategi bagi perniagaan teras kami. 

Sejajar dengan kedudukan Cetaphil sebagai jenama terkemuka untuk kulit sensitif dengan warisan lebih 75 tahun, kami amat berbangga kerana berada di barisan hadapan dalam inovasi dermatologi. 

Pelancaran dua produk baharu dalam rangkaian pencerahan Cetaphil ini mencerminkan dedikasi kami yang berterusan untuk menyediakan teknologi kulit termaju bagi semua lapisan masyarakat,” tambahnya.

CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE POWER OF 7 ROADSHOW SUNWAY PYRAMID


Dengan kerjasama Watsons, “Cetaphil Bright Healthy Radiance Power of 7 Concourse” akan berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 10.00 pagi – 10.00 malam. 


Bermula 14 Jun hingga 18 Jun 2023, para pengunjung boleh mendapatkan sampel PERCUMA Cetaphil Bright Healthy Radiance, menikmati diskaun dan promosi eksklusif daripada Watson serta meneroka 7 stesen kulit yang unik lagi menakjubkan. 


Ketahui lebih lanjut rangkaian Bright Healthy Radiance oleh Cetaphil dan tebus sampel percuma di sini: https://cetaphilbhrpowerofseven.com/

MENGENAI CETAPHIL®


Tujuh puluh lima tahun yang lalu, seorang ahli farmasi mencipta produk CETAPHIL pertama bersama seorang pakar dermatologi - formula lembut namun berkuasa membersihkan kulit tanpa menjejaskan dan melembapkan kulit tanpa kulit tersumbat. 

Kini, CETAPHIL adalah jenama penjagaan kulit dermatologi #1 di Malaysia dan diiktiraf oleh profesional penjagaan kesihatan sedunia. Dengan bantuan pakar kulit global terkemuka, mereka terus membangunkan teknologi penjagaan kulit yang inovatif untuk kulit sensitif yang membantu memulihkan, melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit setiap hari. 


MENGENAI GALDERMA 


Galderma merupakan syarikat dermatologi bebas yang terbesar di dunia dan terdapat di lebih kurang 100 negara. Sejak penubuhan kami pada tahun 1981, kami telah memberi sepenuh dedikasi terhadap dermatologi. 

Kami mempunyai portfolio inovatif berasaskan sains bagi jenama dan perkhidmatan yang canggih merentasi Estetik, Penjagaan Pengguna dan Perubatan Preskripsi yang memberi fokus kepada keperluan pengguna dan pesakit, kami bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan untuk memastikan hasil terbaik. 

Kami memahami setiap kulit membentuk setiap kehidupan jadi kami memastikan dermatologi yang terbaik untuk setiap kisah kulit. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. jenama ni memang agak mahal tapi yes berbaloi. wow..dah ada yang baru la..boleh singgah stalk nanti

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !