LISA SURIHANI DUTA DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS BAHARU DENGAN TEKNOLOGI SMART ION DAN KAWALAN BAU PELUH

LISA SURIHANI DUTA DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS BAHARU DENGAN TEKNOLOGI SMART ION DAN KAWALAN BAU PELUH

Ruby
2
LISA SURIHANI DUTA DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS BAHARU DENGAN TEKNOLOGI SMART ION DAN KAWALAN BAU PELUH | Assalammualaikum semua. Pada 1 Jun 2023 yang lalu telah berlangsung pelancaran produk baharu dari jenama sabun Daia iaitu Daia Hijab yang memberi kesegaran sepanjang hari kepada wanita yang berhijab. 

Para wanita khususnya mengetahui apabila gaya hidup pada hari ini meminta kita beri extra walau apa sahaja kita lakukan. Walaupun sebagai suri rumah, kita sibuk dengan urusan kerja harian, kemudian mengemas, membasuh dan menguruskan anak-anak. 

Rutin harian kita yang sangat sibuk sehinggakan kita sudah terbiasa melaksanakan tugasan tersebut. Apa yang akan buat kita berhenti seketika? Apabila bau peluh pada badan mula memenuhi ruang. Pakaian berbau peluh. Setelah bergerak aktif kesana kesini menguruskan hal sekolah anak. 

Pulang ke rumah dan membuka hijab, bau inner tudung dan shawl. Errrrrkkk masamnya. Minyak wangi yang kita spray pada awal pagi pun tidak membantu untuk mewangikan kita sepanjang hari. Setuju?

LISA SURIHANI DUTA DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS BAHARU DENGAN TEKNOLOGI SMART ION DAN KAWALAN BAU PELUH


Penyelesaian Inovatif bagi mengawal bau peluh: segar untuk hijab, segar untuk keluarga! Ramai wanita Muslim di Malaysia memakai hijab. Hijab juga telah berkembang dari segi fungsi dan gaya dengan kehadiran trend fesyen hijab yang terkini. 

Walau bagaimanapun, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, serta gelombang haba yang dialami di seluruh negara ketika ini menyebabkan kita berpeluh berlebihan, tidak kira lelaki, wanita, atau kanak-kanak. 

Dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, pemakaian hijab menjadi agak mencabar. Memandangkan pemakaian hijab melibatkanpenutupan aurat sepanjang hari, terutamanya kepala, ia meningkatkan tahap kelembapan rambut, yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh. 

Selain itu, peluh turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah, gelisah, sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka.

Sebagai bukti komitmennya terhadap inovasi dan bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berevolusi, Daia, jenama pencuci pakaian memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari.

Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bhd, Eliza Yanti berkata, “Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh akan terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busuk. 

Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan Kawalan Bau Peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. 

Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari.”

“Sebagai jenama terkemuka di kalangan jenama pencuci pakaian premium berstandard tertinggi, kami komited untuk sentiasa memberi penyelesaian berinovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami.

Dengan mengembangkan portfolio pencuci pakaian kami, kami dapat menembusi kategori pencuci pakaian khusus untuk hijab kerana kami menyedari adanya peningkatan permintaan untuk pencuci pakaian yang dirumus khas untuk memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka,” tambah beliau.

TEKNOLOGI SMART ION DAN KAWALAN BAU PELUH


Daia Hijab All Day Freshness dengan formula terkini dengan Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh ketika dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal segar sepanjang hari. 

Smart ION Technology™ yang menarik keluar dan menangkis kotoran daripada melekat semula pada pakaian yang telah dibersihkan. Ini akan memberi anda pengalaman cucian terbaik dan mudah, tanpa perlu rendam dan tanpa perlu menonyoh. Pakaian bersih tanpa risau!

Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair; yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan dalam rumah. 

LISA SURIHANI DUTA DAIA HIJAB


Daia Hijab All Day Freshness baharu dilancarkan hari ini di Malaysia oleh artis terkenal tempatan, Datin Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.


“Dengan adanya pencuci pakaian yang sesuai untuk anda dan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan kerja mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab All Day Freshness. 

Ia membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan ia serba guna dan pilihan yang praktikal. Dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi. 

Jadi, saya tidak perlu membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersihan atau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci. 

Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. Percayalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini,” kata Datin Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.

Selain berkongsi pengalaman menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peminat.

TIPS KEKAL SEGAR DAN WANGI DARI DATIN LISA SURIHANI


Datin Lisa Surihani merupakan Malaysian Sweetheart kerana berjaya memukau rakyat Malaysia dengan kecantikan, kebijaksanaan, layanan mesra, senyuman manis dan hasil lakonan hebat bersahaja dalam semua hasil kerja seni beliau. Penghibur natural yang memiliki kecantikan serta kebijaksanaan kerana beliau berpendidikan dalam jurusan Undang-Undang. 

1. Bagaimana ingin meyakinkan pengguna baru untuk bertukar kepada Daia Hijab All Day Freshness?

2. Apa pendapat Lisa tentang gaya hidup muslimah pada hari ini yang kerap ulang pakai tudung yang sama tanpa membasuh? 

3. Bagaimana teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh bertindak? 

Menurut Datin Lisa Surihani, Duta Daia,“Saya merupakan pengguna produk Daia dan apabila Daia Hijab All Day Freshmess mula berada di pasaran, saya menggunakannya dan mendapat maklum balas bagus dari orang sekeliling saya. Eh wanginya, bau apa ni? Perfume apa? Bermula dari itu, saya terus berkongsi tentang Daia Hijab All Day Freshmess yang berbau hensem.,” seloroh beliau.

Manakala untuk habit atau kebiasaan yang ulang pakai inner dan tudung tu, jangan biasakan. Sebab deria bau kita ni kuat. Kita boleh tahu bau kepam seseorang dengan hanya sekali lalu sebelah sahaja. Kebersihan itu sangat penting. Jangan selalu ulang pakai inner dan anak tudung. Mungkin nampak bersih dari luaran. Cuba bau dan cium. Mesti ada bau kurang selesa. 

Paling membimbangkan apabila rambut kita yang sudah lama di tutup akan menghasilkan peluh, minyak, kelemumur dan bakteria yang sudah melekat di inner. Bau kepam memang tak selesa ya, boleh ganggu urusan harian kita dan orang sekeliling kita. Basuhlah sis. Basuhlah inner dan tudung tu. Basuhlah,” tegas Lisa.

Uniknya Daia Hijab All Day Freshness ini  diformulasikan dengan Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh. Bagaimana ia bertindak adalah setiap kali cucian hijab, pakaian dalam, pakaian anak-anak, pakaian suami dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, Teknologi Smart Ion™ akan mengasingkan kotoran dari kembali kepada pakaian. 

Kemudian apabila anda jemur pakaian, anda akan dapati pakaian anda berbau sangat segar. Melipat pakaian pun seronok sebab wangi dan bersih. Teknologi ini bukan sahaja memberi bau yang selesa dan kebersihan berganda. Ia juga bertindak semasa kita memakai pakaian yang telah dibasuh. Unik kan? 

Pakaian yang kita basuh dengan Daia Hijab All Day Freshness akan bertindak meneutralkan bau pada pakaian anda. Sebenarnya, peluh manusia tidak mempunyai bau pun. Peluh terdiri daripada air dan juga mineral seperti garam, potassium, kalsium dan magnesium. 

Apa yang menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan ini adalah pengumpulan bakteria pada kulit. Bakteria ini bertindak balas pula dengan peluh dan minyak lalu menguraikan asid lemak dan protein pada permukaan kulit. Inilah yang menyebabkan bau kepam!

Jumlah peluh yang dihasilkan oleh seseorang juga berbeza bergantung kepada saiz badan, umur, jumlah otot, faktor kesihatan diri dan tahap kecergasan diri. Hanya Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh dari Daia Hijab sahaja dapat membantu anda berasa selesa sepanjang hari ,” tambahnya lagi.

DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS


Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM26.90 untuk sebotol 3.8kg, manakala pek isian semula 1.7kg dijual pada harga RM11.90. Serbuk Pencuci Pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM5.95, RM15.90 dan RM25.50 masing-masing untuk 750g, 2.3kg dan 3.8kg. Produk ini boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.

RANGKAIAN PRODUK DAIA


Mengenali Daia dari tahun 2000 ketika zaman sekolah tingkatan 1. Ruby akui Daia adalah sabun pencuci pakaian pilihan kami sekeluarga. Ruby membesar di rumah flat DBKL yang hanya saiz 550 kaki persegi sahaja. Daia membantu kami mendapatkan pakaian yang bersih dan segar walau kami menyidai pakaian hanya di dalam rumah. 

Kemudian melangkah ke alam universiti, Daia menjadi sabun peneman kerana harga pek kecil RM 1 menjadi pilihan sebagai pelajar. Guna jimat-jimat dan apa yang penting adalah pakaian bersih dan wangi. Ini kerana kebersihan dituntut dalam Islam. 

Apabila sudah berkerja dan berkeluarga, Daia Smart menjadi teman ketika melakukan laundry berbakul-bakul. Tenang dengan bau sabunnya. Hari yang sibuk dapat terhenti seketika dengan mencium bau Daia. Kehidupan ini sangat panjang. Rubu bersyukur kerana masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Itulah kisah sabun Daia bersama Ruby. 

Jenama yang kami percayai sejak turun temurun. Terima kasih Daia. Semoga dapat menang peraduan Daia ke Umrah bersama Lisa Surihani. Amin. 

Berikut adalah produk Daia yang Ruby guna. Sabun buku tu buat basuh kasut sekolah putih melepak terus. Kemudian zaman jimat cermat dulu pakai Daia serbuk sebab murah dan lebih kilogram. Bila dah pakai mesin basuh front load baru lah guna sabun Cecair Daia. Semuanya guna 1 cup sikit aje sudah semerbak wangi. 

Daia Smart - Total Clean
Daia Smart - Total Color
Daia Smart - All-in Total Softergent
Daia Smart - All-in Total Softergent with Sakura Bloom
Daia Powder Detergent Eau De Parfum
Daia Powder Detergent Lemon Citrus
Daia Powder Detergent Colour Shield
Daia Powder Detergent White Action with 99.9% ANTI-BACTERIAL FORMULA
Daia Powder Softergent 
Daia Detergent Bar - Floral Freshness
Daia Detergent Bar - Lemon Citrus
Daia Detergent Bar - White Action

MENGENAI GENTLE SUPREME


Gentle Supreme telah ditubuhkan di Malaysia dan merupakan salah satu daripada syarikat terkenal di Indonesia dengan pengalaman selama beberapa dekad dalam pelbagai jenis produk isi rumah dan makanan. 

Jenama Gentle Supreme telah menjadi salah satu jenama yang paling diyakini di kalangan rakyat Malaysia dan terus memenuhi jangkaan pengguna baru dengan menyediakan produk isi rumah dan makanan yang berkualiti tinggi.

Daia, jenama dobi & penjagaan rumah berasal dari Indonesia. Ia mempunyai sebutan yang sama dengan Daya yang bermaksud Kuasa dalam Bahasa. Jenama ini memasuki Malaysia bermula dengan Floral Freshness Powder Detergent yang dilancarkan pada tahun 2000. Kini Daia merupakan jenama terkemuka dalam jenama detergen serbuk peringkat premium dan mencapai banyak anugerah seperti Super Brand Award dan Brand Equity Award.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !