RUMAH REHAT SELAMA INN PENGINAPAN SELESA DI SELAMA, PERAK

RUMAH REHAT SELAMA INN PENGINAPAN SELESA DI SELAMA, PERAK

Ruby
2

RUMAH REHAT SELAMA INN PENGINAPAN SELESA DI SELAMA, PERAK | Assalammualaikum semua. Salam Selama-nya di Hati. Persekitaran di daerah Selama sangat mudah di akses. Boleh dikatakan kita boleh memandu sendiri untuk ke setiap destinasi aktiviti dan lawatan. Namun, jika menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps, anda mungkin akan mengalami masalah liputan Telco yang kurang memuaskan.

Jadi, pergi kemana-mana bersama Pemandu Pelancong dari Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama adalah pilihan tepat untuk enjoy percutian di Selama. Tidak perlu stress fikir jalan kemana dan bagaimana ke sana. Sedar-sedar dah sampai ke lokasi aktiviti tepat pada masanya.

RUMAH REHAT SELAMA INN PENGINAPAN SELESA DI SELAMA, PERAK

Di Selama, anda akan dapati hanya ada satu sahaja lampu isyarat sahaja di simpang empat. Daerah ini masih kekal suci dan tidak terganggu dengan pembangunan yang tidak terancang seperti di tempat lain. Landscape di Selama masih terancang dengan kehijauan flora dan fauna. Kawasan Lata dan Air Terjun di jaga rapi. Kebersihan nombor satu. 

Udara di Selama nyaman dan kebanyakan lokasi untuk anda bergambar adalah percuma. Namun, untuk membuat aktiviti, lagi sekali Ruby sangat menyarankan anda pergi bersama pemandu pelancong yang bertauliah. Keselamatan anda adalah keutamaan.

Di Selama, penginapan selesa dan sesuai untuk pengembara solo, berkeluarga atau bersama kumpulan besar adalah di Selama Inn @ Rumah Rehat Selama. Ruang tempat letak kereta banyak. Lobi beroperasi 24 jam. Ada wifi di setiap bilik. Dobi segera pun ada. Makanan yang disediakan oleh Chef pun sedap. Ahh rindu Nasi Lemak. Pagi-pagi sejuk dan redup. Macam bercuti dekat oversea uolsssss. 


KADAR DAN JENIS BILIK DI SELAMA INN

Selama INN @ Rumah Rehat Selama mempunyai 4 jenis bilik iaitu Villa, Bilik VIP, Bilik Chalet dan Bilik Biasa. Harga setiap bilik ini terbahagi kepada dua. Harga pada hari biasa dan hari minggu. Kedua-dua harga berbeza kerana kapasiti tempahan pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah mendapat sambutan menggalakkan. 

Secara total di Selama INN terdapat 24 bilik untuk keselesaan anda bercuti. Setiap bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz Queen atau Single, televisyen LCD, penghawa dingin. 

VILLA (1 unit) :

  • Sebuah katil bersaiz queen
  • Sebuah almari 4 pintu
  • Sebuah televisyen LCD
  • Sebuah penghawa dingin
  • Satu set meja solek

BILIK VIP (1 Unit) :

  • Sebuah katil bersaiz queen
  • Sebuah almari 4 pintu
  • Sebuah almari kecil 2 pintu
  • Satu set sofa
  • Sebuah televisyen LCD
  • Sebuah mini peti ais
  • Sebuah penghawa dingin
  • Sebuah pemanas air (water heater)
BILIK CHALET (4 Unit) :
  • Sebuah katil bersaiz queen
  • Sebuah katil bersaiz single
  • Sebuah almari 4 pintu
  • Sebuah televisyen LCD
  • Sebuah penghawa dingin
  • Satu set kerusi kayu
BILIK BIASA (18 Unit) : 
  • Sebuah katil bersaiz queen / 2 katil bersaiz Single
  • Sebuah televisyen LCD
  • Sebuah penghawa dingin
  • Satu set meja solek
Ruby dan Kak Nazirah menginap di dalam bilik yang sama iaitu Bilik 108. Di ruang balkoni kami menghadap taman permainan. Tapi kami tidak berksempatan main di situ. Hahaha. Balik bilik je terus mandi dan solat. Kalau lepas dinner, pulang ke bilik dan solat. Lepas tu terus tidur. Di dalam bilik kami tersedia Sejadah. Kami memang tidak bawa sejadah travel. Nasib baik di Selama INN ada sejadah. 

RUMAH REHAT SELAMA INN PENGINAPAN SELESA DI SELAMA, PERAK
Bilik kami ada satu katil queen dan Ruby memilih di bahagian yang ada soket elektrik. Sebab mudah nak sambung extension plug. Boleh cas telefon Samsung Galaxy S23+ dan Galaxy Watch4 terus. Maaf kawasan bersepah kat tepi katil. Travel dengan bag hiking macam tu la kan. Hahahaha. Pertama kali travel tanpa luggage. The struggle is real!

Di Selama INN ni paling Ruby suka adalah perkhidmatan dobi ekspress. RM 5 untuk 1kg pakaian. Ruby punya pakaian 2kg, jadi RM 10 sahaja bayar. Mereka basuh, keringkan dan lipat. Syukur ada perkhidmatan macam ni. Sebab lepas watwr rafting kalau pakaian basah, memang tidak boleh nak masuk dalam bag ku. Wuwuwuwuwu. 

Nanti Ruby pun ada plan nak datang bercuti ke Selama, mudah kalau menginap di Selama INN sebab pakaian mandi air terjun bersama anak-anak boleh dibasuh dan dikeringkan sebelum pulang ke Kuala Lumpur kan? 


Selama Inn @ Rumah Rehat Selama
Jalan Besar Selama, 
34600 Selama, Perak
Hubungi: 011-1070 4960

“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. bagus macam ni... pernah gi mersing, takde dobi yg dekat dekat. adehh..struggle dengan anak kecik kecik ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak. Kita juga yang penat nak menguruskan pakaian basah bila sampai kat rumah. Belum campur yang berpasir sebab mandi sungai kan kak.

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !