PPOBM AWARD & GRAND DINNER 2023, RAI OKU PENGLIHATAN

PPOBM AWARD & GRAND DINNER 2023, RAI OKU PENGLIHATAN

Ruby
6
PPOBM AWARD AND GRAND DINNER 2023, RAI OKU PENGLIHATAN | Assalammualaikum semua. Ruby ingin kongsikan dengan anda tentang acara amal yang bakal diadakan pada 22 Februari 2023 jam 8 malam hingga 11 malam di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

Acara amal ini bukan sahaja mengumpulkan dana bagi membantu Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), malah ia juga acara berprestij yang bakal meraikan OKU Penglihatan yang cemerlang di pelbagai peringkat usia dari murid sekolah rendah, sekolah menengah, atlit yang mengharumkan nama negara dan dermawan sekalian. 

PPOBM AWARD AND GRAND DINNER 2023, RAI OKU PENGLIHATAN



Acara: PPOBM AWARD AND GRAND DINNER 2023
Tarikh: 22 Februari 2023 
Hari: Rabu
Masa: 8 malam hingga 11 malam
Lokasi: Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

Setiap insan yang lahir ke dunia ini ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing kerana kita bukan sempurna. Namun kejayaan dalam kehidupan bukan bergantung kepada sempurna atau tidak dari lahiriah seseorang itu. 

Sebaliknya, ia lebih kepada peribadi atau sikap individu itu sendiri, bagaimana dia mahu memajukan diri dalam kehidupan. Biarpun 24 jam menjalani kehidupan tanpa cahaya dan melalui pelbagai kesukaran berbanding mereka yang sempurna penglihatan, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan tetap gigih mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga. 

Tidak dinafikan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada golongan tersebut tidak banyak dan jika ada jumlahnya amatlah terhad, tiada istilah 'pilihan' kepada mereka. 

Walau bagaimanapun, ramai golongan yang cacat penglihatan ini berjaya mengharungi kesulitan hidup dan menjadi inspirasi kepada mereka yang senasib agar tidak kalah dengan cabaran. 

Ada yang menjadi usahawan berjaya, ada yang mencatat sejarah dalam arena sukan dan ada yang mencipta sejarah dalam pengajian. Semua ini merupakan pencapaian yang sangat menakjubkan. 

Justeru, Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) berhasrat meraikan dan menghargai usaha golongan yang terpilih ini agar masyarakat Malaysia mengiktiraf kejayaan mereka dan memberi peluang kepada golongan tersebut menjadi sebahagian daripada kebanggaan negara. 

Ia juga bertujuan memberikan inspirasi kepada golongan muda OKU Penglihatan agar tidak sekadar menunggu bantuan bahkan mencipta sendiri peluang kejayaan. 

PPOBM adalah sebuah organisasi yang bergerak aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sukan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan. 

Bagi memastikan PPOBM mampu membantu OKU Penglihatan secara berterusan, prganisasi tersebut berusaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi PPOBM dan menjalankan program bantuan serta kebajikan kepada ahli PPOBM. 

Tujuan mengumpul dana adalah untuk kegunaan proses penerbitan bahan bacaan Braille untuk kegunaan OKU Penglihatan dan membina jaringan kenalan baharu buat semua penderma dan penaja.

Untuk mencapai objektif tersebut PPOBM berusaha mengadakan majlis makan malam dan Anugerah PPOBM bagi meraikan golongan OKU Penglihatan yang mencipta kejayaan walaupun dilanda ujian yang luar biasa dan usaha ini dibantu oleh rakan kolaborasi utama seperti OilyLicious Healthcare Sdn Bhd dan Moment Learning Management serta beberapa rakan kolaborasi yang lain. 


Puan Norhidawati Abd Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Teacher Watie merupakan Pengasas, OilyLicious Healthcare Sdn Bhd dan Young Living Malaysia (YLMY) First Royal Crown Diamond.

Menurut beliau, “Latar belakang sebagai guru di Genius Baby On Board (GBOB) sejak 2010 memberi saya peluang untuk mendidik anak-anak istimewa agar menormalisasikan diri mereka dalam kehidupan harian seperti insan normal yang lain. Terima kehidupan istimewa itu dan bersama-sama menjadi masyarakat Malaysia yang harmoni. 

Melalui inisiatif sendiri, saya melatih anak-anak istimewa pada awal perkembangan kanak-kanak. Anak-anak istimewa lebih terbuka untuk belajar dan ibu bapa bersedia menerima kekurangan anak-anak ini. Apabila saya dapat membantu anak-anak Autism, Dyslexia hidup dalam kehidupan normal dan disayangi serta diterima ahli keluarga dan masyarakat. Ia adalah pengalaman yang amat bermakna.

Saya juga mempunyai seorang anak istimewa. Sekarang sudah berusia 12 tahun. Alhamdulillah. OKU ni bukan kita minta, malah tiada siapa yang menginginkan. Ia merupakan ujian terbesar dari Allah s.w.t untuk kejayaan saya pada hari ini. 

Sepanjang hamil, tiada tanda apa-apa. Namun, apabila lahir, baru saya tahu anak saya istimewa. Anak OKU dengan nisbah 1/32 ribu bayi alami keadaan tersebut. Saya redha dan disinilah bermula mengenali Young Living Essential Oil. Sekitar tahun 2014, saya sertai YL dan berkongsi manfaat bersama ibu bapa lain yang mempunyai anak istimewa. 

Mungkin inilah asbab utama saya menyertai YL. Sebab anak saya dan saya faham bagaimana untuk merapatkan siratulrahim kekeluargaan dengan menggunakan YL. Jangan stress stress. Rileks dan Redha. 

Saya dapat membantu anak istimewa dan ibu bapa anak istimewa tenang dengan Essential Oil. Dalam hidup ini bukan tentang kita sahaja, ia berkenaan siapa lagi kita perlu bantu.

Saya mengharapkan sumbangan saya kepada PPOBM Award & Grand Dinner 2023 ini sampai kepada organisasi yang tepat. Agar dapat membantu OKU Penglihatan dan memberi inspirasi. Semoga ia diberkati oleh Allah s.w.t.”

Teacher Wati merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Ikuti Teacher Wati di Instagram beliau. Teacher Watie Royal Crown Diamond



Encik Shukri Shuhaimee selaku Pengarah Program berkata, 
“PPOBM Award & Grand Dinner 2023 telah dirancang sejak 2018. Namun ia tergendala kerana Pandemik Covid-19 menimpa seluruh dunia. Tahun 2023 adalah tahun paling sesuai untuk kami melancarkan acara ini dengan jayanya. 

Pada malam tersebut, kami akan meraikan OKU Penglihatan bersama tetamu kehormat. Malah ada persembahan dari penyanyi kegemaran OKU Penglihatan iaitu Hafiz Suip dan Adira Suhaimi. Selain dari persembahan dua penyanyi popular, persembahan dari PPOBM juga turut diadakan. 

Program ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana dan ingin masyarakat tahu kewujudan PPOBM. PPOBM sentiasa ingin membantu OKU Penglihatan walau di mana mereka berada. Semoga dengan cara ini, ramai tampil memberi sumbangan dengan membeli pakej yang kami sediakan.

Selain dari berhibur, kami juga akan memberi penganugerahan kepada OKU Penglihatan. Sebanyak 7 anugerah akan diberikan. Ia terdiri dari Anugerah OKU Cemerlang dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, atlit yang mewakili negara, sukarelawan yang menderma dan pencapaian lain. Hadiah yang bakal diterima adalah Trofi Braille. Buku Braille. Wang Tunai RM 1000. 

Semoga acara ini memberi semangat kepada OKU Penglihatan untuk terus berusaha terus cemerlang. Setiap sumbangan yang diberikan dari hasil PPOBM Award & Grand Dinner 2023 akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Semoga acara ini diberkati. Untuk butiran acara boleh baca di sini https://qrco.de/bdgpIm

 


Menurut Encik Muhammad Huzaifah, Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) , “Setelah menamatkan pengajian di Tokyo, Jepun. Saya mula tertanya-tanya tentang bacaan dalam Braille untuk OKU Penglihatan. Bahan bacaan sangat terhad. Hanya beberapa naskah sahaja yang ada, itu pun banyak yang sudah tidak dalam kondisi baik. 

Saya juga bersekolah Pendidikan Khas semasa di Sekolah Kebangsaan. Hanya buku teks mengikut subjek sahaja ada dalam Braille. OKU Penglihatan tercicir dari segi pendidikan kerana kekurangan bahan bacaan Braille. Kos untuk menghasilkannya sangat tinggi. Di Tokyo, buku bacaan Braille diperluaskan sejak kanak-kanak. Di Malaysia, buku tersebut sangat kurang. 

Untuk mahir membaca Braille, OKU Penglihatan perlu selalu belajar Braille, agar sensitiviti jari lancar. Apabila kita mahu berjaya dalam sesuatu bidang, kita memulakan dengan banyakkan bahan bacaan. Rasulullah s.a.w juga menerima wahyu dari Malaikat Jibril a.s.

Sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w di dalam Gua Hira' maka datang kepadanya Malaikat Jibril a.s, lalu ia berkata: “Iqra'! (Bacalah)”. 

OKU Penglihatan juga terkesan semasa pandemik Covid-19, kami di PPOBM bantu meringankan beban mereka dengan menghantar sumbangan seperti barangan dapur. Semasa PKP juga, kami menyediakan insentif membantu membayar bil bulanan mereka.  

Ramai OKU Penglihatan yang kehilangan sumber pendapatan memandagkan pekerjaan yang mereka lakukan perlu keluar dan bertemu orang. Di antara pekerjaan OKU Penglihatan di Malaysia adalah sebagai tukang urut dan terapi. Ada juga bekerja sebagai Operator Panggilan. Namun, peluang pekerjaan ini semakin berkurang kerana telah digantikan oleh mesin automatik menjawab panggilan. 

Saya harap, ramai pihak menyertai PPOBM Award & Grand Dinner 2023 agar dapat membantu kami mengumpul dana untuk komuniti OKU Penglihatan seluruh Malaysia.”

Encik Mohammad Huzaifah merupakan Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Pulau Pinang yang ditubuhkan sejak 2003. Selepas Pengerusi sebelum ini meninggal dunia, Encik Mohammad Huzaifah menyandang jawatan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Orang Malaysia sehingga sekarang. 

HASIL PENGUMPULAN DANA ADALAH UNTUK PEMBANGUNAN GOLONGAN OKU PENGLIHATAN DI MALAYSIA


Dari kutipan dana yang anda semua berikan, ia akan dimanfaatkan dalam banyak perkara. 

1. PENUBUHAN PUSAT PERCETAKAN BRAILLE HOUSE

Wujudkan Braille House iaitu pusat percetakan buku bagi menambah pilihan bahan bacaan. Di Malaysia, PTS memberi kebenaran kepada PPOBM mencetak buku dalam bentuk Braille. Manakala di dunia, The Marrakesh Treaty telah dibincangkan. 

Perjanjian Marrakesh ialah satu set peraturan yang dicadangkan yang direka oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia, bahagian PBB yang membantu mengurangkan isu IP rentas sempadan. 

Marrakesh akan membuat pengecualian kepada undang-undang hak cipta, membenarkan pengeluaran semula karya dalam format yang boleh diakses seperti Braille, audio atau e-buku, dan melonggarkan sekatan untuk menghantar karya tersebut di antara negara. Alhamdulillah.

2. PELUANG UPGRADING SKILL OKU PENGLIHATAN YANG CEMERLANG DALAM PENDIDIKAN ATAU KEMAHIRAN

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) mengambil pendekatan ‘penambah-baikkan berterusan’ ataupun ‘continous improvement’ bagi memastikan posisi komuniti OKU Penglihatan adalah selari dengan kemajuan pengetahuan, sosial dan ekonomi.

3. SUMBANGAN PEK RAMADAN, BANTUAN MAKANAN, BANTUAN KEWANGAN KEPADA OKU PENGLIHATAN DI SELURUH MALAYSIA

PPOBM juga menghulurkan bantuan dengan memberi produk bahan-bahan dapur kepada OKU Penglihatan. Selain itu, mereka turut membawa OKU Penglihatan ke Majlis Berbuka Puasa dan acara istimewa.

4. AKTIVITI RIADAH BERSAMA OKU PENGLIHATAN

OKU Penglihatan juga ada keinginan untuk melakukan aktiviti lasak. Sebelum Pandemic Covid-19, beberapa aktiviti telah dilakukan seperti White Water Rafting dan Meneroka Gua. Seramai 30 orang OKU Penglihatan menyertai aktiviti ini di Gopeng, Perak.

Pada tahun 2018 Jelajah Tandem Bike turut diadakan. Bahagian hadapan yang mengayuh adalah orang normal yang boleh melihat dan di belakang adalah OKU Penglihatan. Mereka akan kayuh bersama-sama. PPOBM merancang untuk ingin mengadakan kayuhan Merdeka 2023. Laluan bermula dari Utara ke Kuala Lumpur. 

5. MENYOKONG ATLIT OKU PENGLIHATAN

Di dalam sukan juga terdapat penyertaan OKU Penglihatan. PPOBM akan menyokong dan membantu untuk mereka terus berjaya sehingga ke persada antarabangsa. 

PERSEMBAHAN ISTIMEWA HAFIZ SUIP DAN ADIRA SUHAIMI


Majlis tersebut akan diadakan pada 22 Februari 2023, 8 malam, di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. Tetamu bakal dihiburkan oleh penyanyi Hafiz Suip dan Adira Suhaimi. Bagi syarikat atau individu yang ingin memeriahkan majlis tersebut sambil menderma.


DIANTARA PEMBANGUNAN YANG BERJAYA DILAKSANAKAN OLEH PPOBM


LABEL UBAT MESRA OKU PENGLIHATAN


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata usaha Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan inisiatif baharu iaitu 'Label Ubat Mesra OKU Penglihatan' yang dicetak dalam tulisan Braille adalah bagi memudahkan orang kurang upaya (OKU) Penglihatan mendapat maklumat tepat mengenai ubat dan preskripsi ke atasnya.


Buat permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara yang akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU Penglihatan.


AHLI PPOBM ADALAH SEMUA PEMEGANG KAD OKU PENGLIHATAN


Pasti ramai tertanya-tanya berapa ramai ahli PPOBM? Hakikatnya semua OKU Penglihatan merupakan ahli secara automatik sejak mereka memiliki KAD OKU yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat


Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPM-005-07-08062003)
Tingkat 1, 19, Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-2274 1212

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di aplikasi whatapps +6011 6219 7914 atau layari laman sesawang https://dinner.ppobm.org.my/ 

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Alhamdulillah , bagus program macam ini sekaligus bukan sahaja membantu golongan OKU untuk terus berjaya dalam pelbagai aspek malah turut membuka mata golongan yang sempurna juga agar tidak memberi alasan bagi berjaya dan cekal dalam berusaha agar menjadikan mereka ini sebagai inspirasi.

    BalasPadam
  2. Moga lebih ramai yang akan tampil dan mengadakan acara sebegini bagi membantu mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  3. I'm so impressed & touch with the great initiative to help our OKU community, wishing it a success & inspire more & more corporates to do the same too. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Bagus initiative macam ni untuk membantu golongan OKU Penglihatan. Semoga syarikat ni sentiasa diberkati dan muraj rezeki

    BalasPadam
  5. malam yg cukup istimewa... terutama dalam membantu golongan OKU dan komunitinya.. semoga usaha ini mendapat respon yang baik dari seluruh masyarakat

    BalasPadam
  6. this is such a beautiful and lovely initiative to help the less fortunate and needy community in Malaysia. I cant wait to see what other plans they have in mind!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !