NAURAH CARE BERSEDIA MENJADI PENGANJUR WALIMATUL URUS PERDANA SETIAP TAHUN

NAURAH CARE BERSEDIA MENJADI PENGANJUR WALIMATUL URUS PERDANA SETIAP TAHUN

Ruby
0
NAURAH CARE BERSEDIA MENJADI PENGANJUR WALIMATUL URUS PERDANA SETIAP TAHUN | Assalammualaikum semua! Sejak kejayaan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka pada 29 Januari 2023 yang lalu. Ramai pihak menyambut baik program ini. Walau saban tahun menjadi acara tahunan, ia pasti wujud kelainan kerana istimewanya tahun ini Naurah Care adalah penganjur bagi acara berprestij ini. 

Usahasama di antara Naurah Care dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepanjang merealisasikan acara ini amat memberi impak sejak awal pengumuman pada Disember 2022 yang lalu. Selama satu bulan persiapan telah dilakukan. 100 pasangan pengantin diraikan dengan tema Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam. Tahniah Naurah Care dan MAIWP.

NAURAH CARE BERSEDIA MENJADI PENGANJUR WALIMATUL URUS PERDANA SETIAP TAHUN


Bersempena dengan menganjuran Karnival MAIWP 2023, Majlis Walimatul Urus Perdana turut diadakan di sini. Seramai 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada golongan B40 asnaf, fakir miskin dan mualaf telah diraikan dalam majlis gilang gemilang yang bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”. 


Menurut Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim, “Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran bersama MAIWP dan Pertubuhan Kemanusiaan Naurah Care ini secara tidak langsung menjadi daya tarikan pelbagai pihak termasuk pelancong asing. Secara tidak langsung ia mengetengahkan pernikahan sunnah Rasulullah S.A.W dan budaya persandingan masyarakat Islam di Malaysia.

Dari kejayaan Majlis Walimatul Urus Perdana, acara seterusnya dijangka berlangsung pada Disember 2023 ini. Walau bagaimanapun, jumlah pasangan dan kos untuk sesi seterusnya masih dalam perbincangan. Ia bergantung kepada pihak MAIWP.

Apa yang utama, acara seperti ini berjaya merapatkan siratulrahim dan ukhwah dengan kepelbagaian aktiviti  disamping memberi peluang kepada masyarakat mengetahui peranan MAIWP.

Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya akan mempelbagaikan acara sampingan dalam penganjuran perkahwinan besar-besaran pada masa akan datang.” katanya

Semua 100 pengantin diarak menaiki bas Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka dan mereka juga disandingkan atas pelamin yang disediakan.

Pasangan pengantin ini menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan. 100 pasangan pengantin diarak menaiki bas KL Hop on Hop Off dan mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak Karnival MAIWP di Dataran Merdeka. 

Mereka juga turut bersanding di atas pelamin yang disediakan. Setiap pasangan pengantin di beri 2 meja yang membolehkan mereka menjemput 10 orang ahli keluarga pihak perempuan dan 10 orang ahli keluarga pihak pengantin lelaki. 

Sepanjang Majlis Walimatul Urus Perdana, mereka diiringi dengan paluan kompang semasa berarak masuk ke khemah, dimeriahkan dengam irama muzik tradisional dan persembahan Nasyid kumpulan In-Team. Lagu-lagu nasyid tentang kekeluargaan dan kasih sayang membuatkan para pengantin dan tetamu insaf. Menghayati bait bait lirik ketuhanan. Semoga perkahwinan kita semua diberkati oleh Allah s.w.t.


Selain itu, setiap pasangan pengantin menerima wang tunai RM2,000 bagi memulakan kehidupan berumahtangga. 

DUA PASANGAN PENGANTIN DINIKAHKAN OLEH PENGARAH JAWI


Dalam majlis tersebut, 2 pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail dan disaksikan oleh 2 orang Pengawai JAWI iaitu Encik Abdul Jamel Bin Jaafar dan Muhammad Fairudz Bin Saderi. 

Manakal, kedua-dua pasangan pengantin tersebut ialah Encik Shahrul Nizam bin Mohd Nazari, 35 tahun dan pasangannya Zuriana binti Zulkefli, 39 tahun. Encik Ahmad Danish Faqih bin Abdullah, 22 tahun dan pasangannya Puan Rosaslinah binti Dator, 25 tahun.

Encik Ahmad Danish Faqih bin Abdullah, 22 tahun bersama pasangannya Puan Rosaslinah binti Dator, 25 tahun merupakan pasangan Muallaf yang dinikahkan secara langsung ketika Majlis Walimatul Urus Perdana. 

Menurut YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, “Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 yang bertujuan meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. 

Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta. Sehingga Disember 2022, MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. 

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat dan zakat secara tidak langsung. Manakala RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan dibawah MAIWP." jelas beliau.

Turut hadir dalam majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau berkata “Ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan kadar inflasi global memberi impak kepada peningkatan kos sara hidup. Keadaan ini, sudah tentunya akan memberi kesan kepada semua kumpulan masyarakat terutamanya kepada golongan asnaf dan B40. 

Sejajar itu, pada tahun ini MAIWP menganggarkan pendapatan MAIWP sebanyak RM1.28 bilion dan MAIWP juga menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini sebanyak RM1 bilion melalui PPZ-MAIWP.

Manakala, perbelanjaan MAIWP pada tahun ini dianggarkan sebanyak RM1.48 bilion yang merangkumi Perbelanjaan Pengagihan zakat sebanyak RM1.17 bilion, Perbelanjaan Pengurusan RM199 juta dan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM70 juta.

Kita dapat lihat betapa indahnya Islam mempunyai ekosistem yang holistik dalam meningkatkan sosio ekonomi umat Islam. Usaha yang dilaksanakan oleh MAIWP ini adalah satu usaha yang perlu dipuji yang mana memberi gambaran bahawa Islam merupakan agama yang begitu menjaga kebajikan umatnya." jelas beliau.

KE ARAH 50 TAHUN MAIWP


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 iaitu serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur. Penubuhannya bertujuan menguruskan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan. 

Seterusnya 16 April 1984, Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan diikuti Putrajaya pada 1 Februari 2001. Dengan itu, MAIWP bertanggungjawab melaksanakan agenda pembangunan umat Islam di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini. 

Jika dilihat ketika awal penubuhan MAIWP, aktiviti kutipan zakat dilaksanakan sendiri oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan sehingga Mei 1989 sebelum pengurusannya dikorporatkan di mana pada tahun tersebut, fungsi kutipan zakat di Wilayah Persekutuan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat milik MAIWP iaitu Hartasuci Sdn Bhd atau dikenali sebagai Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP).

Manakala dalam aspek pengagihan zakat pula, bermula tahun 1981 MAIWP hanya menawarkan 6 skim bantuan zakat yang berbentuk keperluan segera, keperluan bulanan dan perniagaan. Alhamdullilah, dengan peningkatan kutipan zakat setiap tahun sehingga kini, MAIWP telah menawarkan 30 skim bantuan zakat yang lengkap merangkumi kebajikan, perlindungan, pendidikan, perubatan, keusahawan dan pembangunan ummah. 

Pada 1 Februari 2024 MAIWP akan menyambut Jubli Emas sempena penubuhan MAIWP ke 50 tahun. Untuk makluman semua, sepanjang penubuhan MAIWP 50 tahun pelbagai transformasi-transformasi agihan zakat yang telah berjaya dilaksanakan oleh MAIWP. 

Di antara transformasi-transformasi agihan zakat adalah pembukaan Pusat Agihan Zakat di setiap Parlimen di Kuala Lumpur dan Labuan bagi memudahkan para asnaf memohon bantuan zakat. 

Selain itu juga, Skuad Jejak Asnaf ditubuhkan yang berperanan turun padang ke seluruh Wilayah Persekutuan bagi menjejaki asnaf yang tercicir menerima bantuan zakat. 

Melihat peranan besar Skuad Jejak Asnaf, MAIWP mewujudkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau MoJA yang memudahkan orang ramai melaporkan kepada MAIWP mengenai mereka yang memerlukan bantuan.

MAIWP terus melangkah dengan lebih jauh dengan memanfaatkan penggunaan teknologi digital. MAIWP telah melaksanakan tranformasi digital melalui agihan zakat secara e-wallet menerusi Bantuan Peralatan Pakaian dan Peralatan Persekolahan dan Bantuan Makanan Keperluan Asasi yang dinikmati oleh lebih 25 ribu orang penerima manfaat. 

Matlamat utama MAIWP adalah bagi memastikan para asnaf turut mendapat manfaat daripada teknologi seiring dengan perkembangan digital. Dengan itu, MAIWP menyediakan kemudahan WiFi percuma di 10 buah kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan kemudahan internet bergerak.

Insya Allah, MAIWP dari masa ke semasa sentiasa akan meningkatkan mutu dan perkhidmatan MAIWP seiring dengan perkembangan teknologi bagi memudahkan para asnaf dalam menerima bantuan zakat.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !