KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH

KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH

Ruby
0

KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH | Assalammualaikum dan Salam Selamanya Di Hati. Ewahhh tak sampai sehari dah pandai Ruby greetings macam warga kerja Majlis Daerah Selama. Hehehe. Kali ini kami dibawa ke lokasi istimewa yang pada pendapat Ruby ia sangat asing. Kolam Udang Galah? Seriuslah dekat Selama ada Kolam Udang Galah? 

Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh merupakan Rakan Strategik Pelancongan Majlis Daerah Selama (RSP-MDS). Apabila tersenarai sebagai RSP-MDS, anda boleh berasa yakin kerana tempat ini diselenggara baik oleh MDS.

KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH


Ruby berasal dari Tanjung Tualang, Perak. Sepanjang membesar di kampung. Ruby tidak pernah berkesempatan ke kolam udang galah di sana. Sepanjang perjalanan di atas jalan raya juga tidak nampak kolam penternakan Udang Galah. Bagaimana proses ternakan Udang Galah pun Ruby tidak tahu. Ruby ingin tahu proses dari bayi udang galah sehingga ke tempoh matang untuk kita pancing dan makan. Hehehe. 

Saat tiba di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh, Ruby hanya nampak kolam yang besar dan nampak pengunjung sedang memancing udang sahaja. Apabila masuk ke dalam lagi. Udara segar menyapa. Aaaaaaa. Macam dekat atas gunung ya. Segar betul. Kawasan begini seharusnya menjadi kawasan bebas merokok. Tenang betul. Healing sambil memancing udang pun best kan?

Ruby mendongak ke kiri dan melihat permandangan kabus dan gunung yang menghijau. MasyaAllah best betul tempat ni. Cuaca sangat baik. Permandangan di sini sangat mempersonakan. Walaupun Ruby bukan kaki pancing, tapi kalau kawasan selesa dan damai macam ni. I am willing to come here again and again. Begitulah bila teruja, speaking London haaa. Hehehe.

Keunikan Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh ini adalah udang-udang galah yang diternak di sini menggunakan sumber air semulajadi dari Lata Gunung. Air Gunung sememangnya air yang suci dan tidak tercemar. Maka, udang-udang galah di sini segar dan manis apabila di makan. 


Udang Galah di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh tidak pernah diserang penyakit walau perusahaan ini sudah menjangkau usia 18 tahun lamanya. 

Dengan keunikan ini, ia menjadikan Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh mempunyai daya tarikan di Selama, Perak. Air gunung semulajadi terus mengalir, memberi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri.


Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh mempunyai sebanyak 9 kolam. Saiz kolam di sini adalah 100 x 80 kaki persegi. Ini termasuk kolam memancing dan menternak udang galah. 

Setiap 6 bulan adalah tempoh matang untuk menuai Udang Galah. Setiap kali musim menuai, anggaran sebanyak 100kg hingga 150kg hasil Udang Galah berjaya dituai.

Udang Galah di sini mendapat permintaan yang cukup tinggi dari kalangan pelanggan dalam negeri mahupun para pengunjung yang datang dari luar negeri Perak.


Tempat ini diusahakan oleh Encik Yusni Dahalan yang merupakan Pemilik Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh. Lokasi ini terletak dekat dengan Lata Buluh yang juga merupakan salah satu daripada 7 destinasi lata dan air terjun di daerah Selama, Perak

UDANG GALAH TERBAIK ADA DI PERAK


Kalau sebut Udang Galah, negeri Perak mengungguli carta. Ini kerana, masyarakat umum mengetahui Bandar Udang Galah adalah di Teluk Intan, Tanjung Tualang sahaja. Kini, Selama juga mempunyai Udang Galah. Bakal menjadi destinasi Food Hunting buat kami semua. Hahaha. 

Udang Galah di Teluk Intan dan Tanjung Tualang terkenal sebagai destinasi makan-makan di negeri Perak. Namun, daerah itu agak kecil dan ia dikenali sebagai Pekan Udang Galah. Kebanyakan udang galah di kedua-dua tempat ini datangnya dari Sungai Perak.

KADAR HARGA MEMANCING UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH


Di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh, anda boleh memancing, beli udang galah atau makan menu Udang Galah. Harga Udang Galah yang diternak oleh Encik Yusni dijual pada harga RM75 sekilogram.

Kolam ini terletak berdekatan dengan Lata Buluh yang juga merupakan satu daripada 7 destinasi lata dan air terjun di daerah Selama, Perak.

Jika anda hendak memancing Udang Galah, harganya bermula dari 1 jam RM13, 2 jam RM 25, 3 jam RM 39 dan 4 jam RM50. PERCUMA 1 jam apabila anda memilih memancing selama 4 jam RM 50 tu. Lagi untung kan? Maka 5 jam memancing di Kolam Udang Galah pasti menyeronokkan. Hasilnya pasti lumayan juga!

SEDAPNYA MAKAN MEE UDANG GALAH


Mee Udang Galah adalah menu wajib apabila sampai di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh adalah wajib buat anda semua. Dibuka setiap Selasa hingga Ahad. Anda boleh datang terus ke warung di tepi kolam. 

Paling nikmat apabila makan mee udang galah dan digandingkan bersama minum istimewa iaitu air limau ais Selama. Hanya di Selama limau ais dia sedap ye kawan-kawan. 

Buat anda yang ingin ke daerah Selama, jemput datang ke Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh. Rasai sendiri pengalaman memancing udang galah yang segar dan nikmati sendiri kemanisan Udang Galah di sini.


Jika anda ingin ke Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh atau bertanya berkenaan aktiviti pelancongan di Selama. Anda boleh menghubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama.

Encik Razif: 010 3714548
Encik Rofizlan: 0195217385

Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh
Kampung Klian Gunung,
Ijok, 34510 Batu Kurau, 
Perak

“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !