KARNIVAL VIKIDS ALAMANDA PUTRAJAYA

KARNIVAL VIKIDS ALAMANDA PUTRAJAYA

Ruby
5
KARNIVAL VIKIDS ALAMANDA PUTRAJAYA | Assalammualaikum semua! Cuti sekolah sudah bermula sejak 18 Februari 2023 dan Alamanda Putrajaya sudah bersedia untuk menerima kunjungan anda semua. Jom bawa anak-anak ke Karnival VIKids yang berlangsung dari 18 Februari hingga 12 Mac 2023. 

Ruby dan anak-anak sangat gembira dapat meluangkan masa bersmaa di Karnival VIKids. Buat pengetahuan anda, Ruby sudah daftar untuk Adam dan Alif. Mereka boleh akses VIKids sampai usia 12 tahun! Best sangat!. 

KARNIVAL VIKIDS ALAMANDA PUTRAJAYA



Musim cuti sekolah bakal dimeriahkan dengan Karnival VIKids di Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya. Alamanda Putrajaya menganjurkan Karnival VIKids yang berlangsung pada 18 Februari sehingga 12 Mac 2023. 

Karnival ini bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan yang menyeronokkan selain dari aktiviti fizikal untuk kesemua ahli VIKids.

Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunya tema yang berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda. 

Ruang legar utama tersebut bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana yang selaras dengan tema sesi cuti persekolahan.

PAS KARNIVAL VIKIDS


Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” selain dari peluang untuk bermain permainan arked dan taman tema seperti bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan.


Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang diedarkan secara percuma.

Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada. Tebusan pas juga adalah terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari.

WHEEL OF PRIZES


Setiap Pas Karnival akan di label setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”.


Terdapat banyak hadiah yang sedia untuk dibawa pulang. Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas.

Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas yang boleh dibuat di mana-mana kedai terpilih, ibu bapa boleh membuat tebusan hadiah kejutan untuk anak-anak mereka. Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada. 

Karnival VIKids juga akan dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda apabila persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan kepada para pengunjung pada hujung minggu. Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata, selain dari aktiviti ukiran belon yang bakal di bentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan.


Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti. Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu.

“Ekoran sekatan yang disebabkan oleh Covid-19, pihak kami terpaksa menamatkan tempoh Karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 yang lalu selepas 5 hari. 

Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah yang berganda yang mana kesemua pengunjung kanak-kanak akan menjalankan aktiviti yang disediakan dalam suasana sebuah karnival. 

Karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan. Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini akan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan,” tambah Brien.

Keahlian VIKids percuma untuk setiap perbelanjaan serendah RM50. Kanak kanak yang belum mempunyai keahlian VIKids boleh membuat pendaftaran melalui perbelanjaan yang dilakukan dengan nilai serendah RM50 melalui mana-mana dua resit di kedai-kedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya.

Selain daripada menjadi satu medium khusus untuk menggalakkan aktiviti fizikal yang sihat dikalangan kanak-kanak, Kelab VIKids juga komited untuk meningkatkan tahap pencapaian ilmu pengetahuan disamping menjadi ruang untuk kanak-kanak menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. Keahlian VIKids terbuka untuk kanak kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun.

MENGENAI PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA


Alamanda Putrajaya dimiliki oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. 

Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. 

Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya. Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam.bAlamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. 

Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. this is such a perfect way to spend the weekend with young children! cant wait to bring my nephews here!

    BalasPadam
  2. Ohh wowo ...this absolutely nice to occupy my niece weekend la, gonna bring her to enjoy at this place for sure. Yeah! Weekend plan fixed la. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  3. Best nyer! so many fun activities I can bring my nieces over the weekends

    BalasPadam
  4. anak-anak mmg suka datang yg menyediakan pelbagai aktiviti mcm ni. skrg time cuti sekolah mesti lagi seronok

    BalasPadam
  5. Best betul. Ada banyak aktiviti yang menyeronokkan pulak tu. Anak-anak mesti seronok kan. Dah la musim cuti sekolah ni, memang timing cantik bethol.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !