TIKET SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 MULA DIJUAL PADA 13 JANUARI INI

TIKET SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 MULA DIJUAL PADA 13 JANUARI INI

Ruby
6
TIKET SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 MULA DIJUAL PADA 13 JANUARI INI | Assalammualaikum Annyeonghaseyo! Festival Muzik K-Pop yang dinantikan telah tiba! Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE secara langsung di SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 28 Januari 2023 jam 6 petang!

TIKET SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 MULA DIJUAL PADA 13 JANUARI INI



SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023
Lokasi: Axiata Arena Bukit Jalil
Tarikh: 28 Januari 2023
Hari: Sabtu
Masa: 6 Petang

Pengalaman terbaik bakal dilalui oleh peminat K-pop dalam waktu terdekat ini. Adakah anda sudah bersedia untuk melihat dan dilihat oleh idola kesayangan seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE semasa mereka beraksi di pentas SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023 anjuran CM Live, pada Sabtu, 28 Januari 2023, pukul 6.00 petang di Axiata Arena Bukit Jalil.

Pastikan anda mempunyai tempat untuk menonton persembahan secara langsung daripada bintang-bintang ternama itu ketika mereka beraksi di pentas kerana tiket untuk SEEN FESTIVAL akan mula dijual pada 13 Januari ini.

SEEN FESTIVAL in Kuala Lumpur 2023 akan menampilkan pentas berbentuk T bagi memudahkan peminat mendekati idola dan merasai detik yang menggembirakan apabila mata mereka bertentangan dengan idola masing-masing.

Bagi memeriahkan lagi suasana menjelang SEEN FESTIVAL, keempat empat kumpulan tersebut telah membuat rakaman video khas untuk peminat bagi menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru kerana mereka tidak sabar untuk bertemu dengan peminat di Malaysia.




Impian peminat NCT DREAM untuk menonton persembahan mereka pasti menjadi kenyataan. Kumpulan yang popular dengan lagu Chewing Gum dan My First and Last serta lagu-lagu hits yang lain itu memulakan kerjaya mereka pada 2016 di bawah pengurusan SM Entertainment. 

NCT DREAM mencipta sejarah K-pop apabila mereka menjadi kumpulan termuda yang mencapai status jutawan menerusi penjualan album penuh pertama mereka iaitu Hot Sauce.

Menyertai barisan festival ialah WayV, yang bermaksud "We Are Your Vision", kumpulan lelaki yang ditubuhkan oleh SM Entertainment. Mereka memulakan kerjaya pada tahun 2019 dengan album single digital The Vision dan memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun yang sama.

Berikutan penampilan mereka di SMTOWN Live 2022 pada Ogos tahun ini, mereka membuat kemunculan semula dengan album mini keempat mereka Phantom pada bulan Disember.

Turut memeriahkan SEEEN FESTIVAL ialah kumpulan KARD bersama empat ahli iaitu BM, J.seph, Somin dan Jiwoo. Mereka memulakan kerjaya pada penghujung 2016 dengan single Oh NaNa dan kemudiannya mencipta fenomena dengan Don't Recall yang mendapat perhatian besar bukan sahaja di seluruh Asia malah di negara Barat, menandakan kuasa bintang mereka merentasi sempadan.

Turut membuat persembahan pada festival itu ialah kumpulan gadis 7 ahli ALICE yang terdiri daripada Do-A, Yeonje, Yukyung, Sohee, Karin, EJ dan Chaejeong yang masing-masing melambangkan hati, angin, air, langit, hutan, bintang dan bulan. ALICE membuat penampilan sulung mereka pada tahun 2017 dengan keluaran mini album pertama mereka WE, dan terkenal dengan rangkaian hits mereka termasuk Pow Pow, Summer Dream, JACKPOT, Power Of Love dan DANCE ON.

TIKET SEEN FESTIVAL MULA DIJUAL PADA 13 JAN 2023


Tiket SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023 mula dijual pada hari Jumaat, 13 Januari, pukul 11.00 pagi dengan harga:

RM788 (SEEN ZONE L & R - Berdiri)
RM688 (CAT1)
RM588 (CAT2)
RM488 (CAT3)
RM388 (CAT4)

Harga tiket tidak termasuk yuran tempahan RM4. Tiket boleh dibeli di https://my.bookmyshow.com atau hubungi hotline tiket di talian +603 9212 4202.

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ooo inilah Seen Festival yang my cousin dok suruh minta I tengokkan. I rasa mesti dia dah beli tiket dah tu.

    BalasPadam
  2. wahhh kpop..anak2 muda mesti excited. dapatkan tix sekarang bg memudahkan perancangan akan datang

    BalasPadam
  3. wow another k-pop event is landing in malaysia and this time around, the line up looks super amazing! cant wait to catch it soon, thanks for sharing the details on the show :)

    BalasPadam
  4. Ohh wow...good news for all the fans to grab tickets tomorrow , 13 Jan. K-pop events now trending for all to enjoy kan. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  5. Wahh! Best juga concert ni kan, sure gempak and energetic performances mereka... harga pun still very reasonable kan...

    BalasPadam
  6. very nice concert! I wish to see SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 live too! buy tickets now

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !