KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN MENCATAT REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2023

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN MENCATAT REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2023

Ruby
0
KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN MENCATAT REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2023 | Assalammualaikum semua! Selamat Tahun Baru Lunar bagi masyarakat Cina di Malaysia! Tahun Arnab adalah tahun Ruby juga yang lahir pada tahun 1987! Apabila melihat replika Arnab di tengah-tengah ruang legar Suria KLCC, Ruby speechless! MasyaAllah kreatif betul Suria KLCC ni. 

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB DENGAN MENCATAT REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS 2023



Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, destinasi beli-belah utama Malaysia akan memulakan Tahun Arnab dengan gah melalui ciptaan Replika Arnab Terbesar Malaysia yang diperbuat daripada Syiling Emas, seperti yang diperakui oleh Malaysia Book of Records 2023.

Replika terbesar yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade juga menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain. Warna emas yang menyelaputi replika arnab tersebut melambangkan “prosperity” serta “good luck”.


“Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan. Untuk menghormati haiwan yang anggun ini dan kebaikan yang diwakilinya, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria KLCC pada tahun ini,” tambah Brien.

Berukuran setinggi 7.5 m dan menampilkan pepohon sakura serta bunga “peony” yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan, replica terbesar itu akan dipaparkan untuk para pengunjung sehingga 5 Februari.

GANJARAN TAHUN BARU CINA 2023 


Belanja RM1,500 & ke atas dalam dua (2) resit di mana-mana kedai khusus untuk menerima RM100 Suria KLCC Shopping e-Baucar dan satu set Paket Merah. Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.


AKTIVITI TAHUN BARU CINA DI SURIA KLCC


Selamat Menyambut Tahun Baru Lunar kepada semua masyarakat Malaysia yang menyambutnya!

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !