2023 MAKSIM THE COLLECTION KUALA LUMPUR

2023 MAKSIM THE COLLECTION KUALA LUMPUR

Ruby
4
2023 MAKSIM THE COLLECTION KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Bagi anda yang menggemari muzik dramatis dari pemain piano tersohor Maksim Mrvica. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton secara langsung konsert Maksim. Maksim sedang mengadakan konsert bagi Siri Jelajahnya iaitu The Collection, negara Malaysia menjadi lokasi seterusnya pada 14 Februari 2023, Selasa jam 8 malam. 

Lokasi berprestij di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre yang selesa pastinya memberi pengalaman indah kepada penonton. Ruby pasti, peminat Maksim menanti kemunculan Maksim di Kuala Lumpur kerana terakhir kemunculannya adalah beberapa tahun yang lalu. 

Flight of the Bumble-Bee dan Croatian Rhapsody merupakan asbab kepada ramai terus jatuh cinta dengan Maksim. Tahun 2003 adalah tahun Ruby memiliki telefon pintar dengan nada dering monofonik. Flight of the Bumble-Bee adalah ringtone Ruby. Hahaha. Apa yang membuat kita semua terus jatuh cinta dengan Maksim adalah semasa semua filem box office mempunyai lagu tema dari Maksim. Terus atomatik bangga macam kenal rapat dengan Maksim. 

Ruby percaya, ramai peminat Maksim tidak sabar untuk hadir dan enjoy menonton Maksim memainkan melodi piano yang harmoni dengan jari-jemarinya yang laju ibarat menari-nari di atas Piano. Welcome back to Malaysia Maksim! 

2023 MAKSIM THE COLLECTION KUALA LUMPUR



Acara: 2023 MAKSIM THE COLLECTION
Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh: 14 Februari 2023
Hari: Selasa
Masa: 8 Malam

Bermula bermain Piano seawal usia 9 tahun. Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica yang lahir pada tahun 1975 telah memberi sepenuh jiwa raga dalam dunia seninya. Bakal mengadakan persembahan solo buat satu malam sahaja sempena siri jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 14 Februari, jam 8:00 malam di Dewan Pleno, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). 

Pemain piano luar biasa yang pernah merangkul anugerah di Anugerah Muzik MTV serta pelbagai pertandingan muzik antarabangsa berprestij ini akan mempersembahkan pelbagai lagu hit terhebat sepanjang zaman daripada Coldplay, John Legend dan Queen, selain muzik daripada filem seperti The Godfather, Pirates of the Caribbean dan Game of Thrones, karya agung klasikal oleh Liszt dan Chopin, serta karya daripada sepuluh albumnya termasuk Flight of the Bumblebee, Exodus dan banyak lagi. 


Berasal dari Croatia, Maksim merupakan antara pemain piano ‘classical crossover’ terkenal di dunia. Selepas memperoleh tempat pertama di Pertandingan Piano Rubinstein di Perancis, beliau berpendidikan di The Franz Liszt Academy of Music, Budapest dan Alexander Scriabin Conservatoire, Paris. 

Kontrak pertama beliau bersama label rakaman EMI menyaksikan rilisan album ‘Piano Player’ yang mencatat jualan lebih 4 juta keping. Beliau turut menerima Platinum Ganda di Hong Kong serta status emas di Singapura dan negara-negara lain. Beliau pernah menjelajahi sebanyak 20 bandar di Jepun yang boleh dikatakan siri jelajah terbesar oleh seorang artis antarabangsa. 

Susulan kejayaan jelajah itu, Maksim dijemput Moscow Philharmonic Orchestra untuk persembahan solo dan Chopin Society di Warsaw sempena ulang tahun kelahiran ke-200 Chopin, serta dapat jemputan khas ke Royal Philharmonic Orchestra di London. Kejayaan Maksim yang tidak terbatas dalam dunia muzik klasik menyebabkan beliau dikenali khalayak ramai. 


Pencapaiannya terserlah menerusi karyanya yang terangkum dalam album rasmi Sukan Olimpik, menerima anugerah MTV bagi Album Crossover Sulung Terbaik, serta mencecah lebih 150 juta tontonan di YouTube. Gaya muzik Maksim merentas sempadan genre muzik daripada klasikal ke muzik filem, pop dan elektronik. Pada tahun-tahun yang lalu, beliau telah mengadakan persembahan di pelbagai tempat dan acara terkenal termasuk Panggung Opera Sydney.

Kepelbagaian artistik Maksim melangkau dunia muzik ke dunia fesyen seperti yang dilihat dalam kerjasama bersama jenama terkenal seperti Dolce & Gabbana, Armani dan Christian Dior, malah majalah Vogue Homme menamakan beliau sebagai Lelaki Berpakaian Terbaik. Jenama lain seperti American Express, BMW, Samsung dan Star Alliance juga terpesona dengan karisma dan bakat beliau.


Dapatkan tiket anda sekarang di https://tsasia.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/92014 atau hubungi +60175320128 melalui WhatsApp. 

Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. i only got to know Maksim Mrvica after reading your post. he seems like such a talented artist and i am now getting very interested to in seeing him perform live!

    BalasPadam
  2. wahhh mesti best if dapat tengok live concert, such a talented artist. peminat maksim jangan lepaskan peluang

    BalasPadam
  3. Pasti best kan kak , mom sure gonna love this concert and hayati the show! Boleh plan la fall on special day juga tue! 👍🏻

    BalasPadam
  4. After reading about this journey now i m tempted to experience his concert in KL

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !