ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTRE

ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTRE

Ruby
1

ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTRE | Assalammualaikum semua! Pada 7 November 2022 yang lalu telah berlangsung pelancaran kempen bersempena ulang tahun ke-3 Toppen Shopping Centre. Toppen Shopping Centre menyambut ulang tahun ke-3 dengan menjemput komuniti Johor untuk menyertai kempen “Ringgit Kasi Tariiik” sepanjang November. Pertama kali Ruby ke Toppen Shopping Centre sudah jatuh hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Di sini, Ruby meneroka banyak peluang untuk beriadah seisi keluarga. Jika anak-anak suka skateboarding dan rock climbing, mereka boleh buat aktiviti tersebut. Manakala di The Topp ada banyak kedai makan outdoor. Persekitaran luas dan menenangkan. Suka sangat vibes di Toppen Shopping Centre. Lokasi untuk OOTD pun banyak untuk abadikan gambar bersama keluarga atau rakan-rakan. Kalaulah konsep macam ni ada di Kuala Lumpur, mesti best! Ruby juga da sertai Toppen Shopping Centre Race To The Topp, nanti Ruby share di artikel seterusnya okay?

ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTR

ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTREULANG TAHUN KE-3 TOPPEN SHOPPING CENTRE

Toppen Shopping Centre meraikan sambutan ulang tahun ke-3 dengan pelancaran kempen “Ringgit Kasi Tariiik”, menjemput pembeli-belah untuk tarik ringgit mereka melalui tawaran hebat, promosi, dan hadiah, serta menyertai pelbagai acara menarik. 

Kempen ini bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya akibat dari inflasi bahawa Pusat Beli Belah Toppen mempunyai pelbagai tawaran yang mampu memenuhi saiz dompet yang berbeza-beza. 

MENANGI TRIP KE QATAR 2022


Bersempena dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022, Toppen menawarkan hadiah dua tiket ke Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022, penerbangan pergi balik, penginapan 5H4M di Qatar dan jersi yang ditandatangani secara eksklusif oleh Lionel Messi, Sadio Mane atau Son Heung-Min. Mulai hari ini hingga 10 November, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 di mana-mana kedai di Toppen dan layak menyertai cabutan bertuah itu. 


Pemenang akan diumumkan secara langsung semasa acara hujung minggu ulang tahun ke-3 Pusat Membeli-belah Toppen yang dijadualkan berlangsung dari 11 November hingga 13 November.

ACARA HUJUNG MINGGU SEMPENA ULANG TAHUN KE-3 TOPPEN PADA 11 - 13 NOVEMBER 2022


Toppen akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan persembahan di Atrium Utama dan atas bumbung terbuka The Topp sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya. 

Pengunjung akan dihiburkan dengan pertunjukan perkusi, persembahan band, flash mob dan lain-lain. Bagi pengunjung yang membawa keluarga, mereka juga boleh mengambil bahagian dalam bengkel seni dan kraf percuma untuk kanak-kanak.


Kemuncak sambutan itu akan dimeriahkan dengan persembahan muzik oleh artis dan penyanyi rap tempatan seperti DC Willie, Haziq Haze, Rudeen, Citibois Worldwide, B-Heart, PFTDMusic, Chronicalz dan Forceparkbois.

Vasilisa Kuznetsova, Pengurus Besar Toppen Shopping Centre berkata, “Hasrat kami adalah untuk menjadikan Toppen sebagai lokasi pilihan utama komuniti Johor untuk membeli-belah, bersantai bersama keluarga serta menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti setempat. Setakat ini, Toppen telah menjadi tuan rumah kepada 450 acara yang dianjurkan oleh komuniti setempat. 

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka, kami berbesar hati meraikan sambutan ulang tahun ke-3 ini dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan acara yang boleh mereka sertai. Melangkah ke hadapan, kami komited untuk memastikan Toppen terus berkembang dan antara usaha yang dilakukan termasuk memperkenalkan tawaran baharu untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan kami.” 

Aktiviti menarik lain di Toppen Shopping Centre


Pembukaan Lulu Grocer, konsep pasar raya halal yang dilancarkan pada penghujung Oktober akan menjadi tumpuan utama sambutan kali ini. Sebagai promosi pembukaannya, Lulu Grocer mengadakan Festival Makanan Laut dari 4 November hingga 13 November dengan tawaran bernilai hebat. Selain itu, Lulu Grocer akan memberikan diskaun tambahan sempena jualan 11.11. 


Toppen juga akan menganjurkan Makan Anniversary Festival mulai 24 November, dengan penyertaan lebih 70 gerai makanan untuk penggemar makanan. Menjadi pelengkap kepada pesta ini ialah acara Larian Splash 5-kilometer Toppen pada 26 November yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berlari menyusuri jalan-jalan di Tebrau dan menyertai aktiviti berasaskan air yang menyeronokkan.

Mulai hari ini hingga13 November , pelanggan yang mengunjungi pusat membeli-belah itu akan turut diberikan tempat letak kereta percuma untuk tempoh tiga jam pertama setiap hari. Di samping itu, pelanggan juga boleh menuntut e-Baucar RM20 untuk setiap 13 botol plastik yang dikitar semula di Pusat Kitar Semula & Beli Balik (RBBC) pusat itu. 


Pada masa ini, Toppen menempatkan lebih 300 penyewa dengan kadar sewaan 92%. Tumpuan pusat membeli-belah itu adalah untuk menarik lebih banyak jenama tempatan dan antarabangsa ke Selatan Malaysia termasuk mengalu-alukan pembukaan gedung barangan sukan terbesar di dunia, Decathlon, pada Januari 2023. 

Baru-baru ini, Toppen juga telah mengembangkan tawaran Soulmates dengan menyediakan ruang kerja bersama dengan tempat kerja dan Wi-Fi percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan awal. Soulmates ialah penyelesaian sehenti untuk perniagaan kecil dan sederhana yang ingin merasai pengalaman berada di persekitaran pusat membeli-belah dengan pilihan sewaan yang fleksibel dan berpatutan serta sesuai untuk penyedia perkhidmatan berasaskan kecantikan, kesihatan, kecergasan dan kemahiran.


MENGENAI TOPPEN SHOPPING CENTRE


Pusat Beli-belah Toppen berkeluasan 1.25 juta kaki persegi yang dimiliki oleh IKEA. Merupakan cawangan pertama di luar Lembah Klang. Mula beroperasi pada November 2019. Bahagian atas bumbung dikenali sebagai The Topp, adalah hab komuniti yang pertama seumpamanya dari aktiviti skateboarding dan rock climbing kepada tempat makan terbuka dan pawagam. Pusat ini adalah salah satu portfolio yang dimiliki oleh Ikano Retail.  Bersama IKEA Tebrau, Toppen menyediakan kemudahan dan keseronokan kepada masyarakat di Selatan Malaysia dan seterusnya.
 

MENGENAI IKANO CENTRE


Portfolio pusat beli-belah Ikano adalah nadi dan hab komuniti bagi mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik untuk 100 juta pelawat yang mengunjungi pada setiap tahun. Bersama-sama dengan IKEA, Ikano mencipta tempat pertemuan untuk rakan dan keluarga untuk menikmati hari yang selamat dan menyeronokkan. Kami juga membangunkan tanah dan melabur dalam kediaman, pejabat dan jenis hartanah lain untuk mewujudkan destinasi yang meriah di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja dan bermain. 

Dengan cita-cita kuat untuk mengembangkan portfolio, kami kini mengendalikan lima tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand termasuk IPC dan MyTOWN di Kuala Lumpur, Toppen di Johor Bahru, Klippa, fasa pertama pusat beli-belah kami di Pulau Pinang, dan Megabangna di Bangkok. Kami adalah sebahagian daripada Ikano Retail, satu-satunya pemegang francais IKEA di dunia yang dimiliki oleh keluarga Kamprad yang mengasaskan IKEA. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Happy Anniversary Toppen Shopping Centre! best nyer so many promos and activities

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !