THE CHICKEN RICE SHOP DOUBLE DELIGHT

THE CHICKEN RICE SHOP DOUBLE DELIGHT

Ruby
1
Assalammualaikum semua. Anda ada habit mencari kedai makan terbaik seperti Ruby? Maksudnya kalau cari nasi ayam. Mesti pergi ke restoran yang sama. Jika nak makan Nasi Ayam Penyet, mesti ke Waroeng Penyet. Untuk Nasi Ayam, Ruby suka ke The Chicken Rice Shop (TCRS).

Sama ada pergi makan di restoran, pesan melalui Grab Food atau Food Panda. TCRS tidak akan mengecewakan. Semua hidangan yang disediakan sentiasa konsisten mengikut Standard Operations and Procedures (SOP) restoran. 


THE CHICKEN RICE SHOP DOUBLE DELIGHT

Ruby selalu pesan menu Double Delight dan kongsi sekeluarga. Sebab ada di kalangan kami makan nasi sedikit, suka makan lauk sahaja dan ada juga ingin makan sayur sahaja. Jadi, hidangan Double Delight sangat perfect!

Double Delight ni lengkap dan sihat untuk 2 orang. Setiap set termasuk:

1 x Nyonya Pai Tee (Biasa)
1 x Satu Bahagian Dada Ayam Sihat*(Pilihan Kukus, Panggang atau Kicap)
1 x Ayam BBQ Madu Perdana
1 x Ipoh Taugeh
1 x Sai To Fish Ball (biasa) atau Tauhu dengan Sos Tiram
1 x Dua mangkuk Nasi Ayam
1 x Sup
2 x 12oz soft drinks.

Anda tahu tak, anda boleh isi semula percuma untuk soft drinks, teh Cina dan air kosong.

Sekarang The Chicken Rice Shop sudah semakin canggih dengan sistem pesanan melalui resit QR kod. Pastikan anda membawa telefon yang mempunyai data internet. 

Ruby ada pengalaman internet tiada dan wifi percuma tiada di Melawati Mall. Nasib baik staff di The Chicken Rice Shop baik hati bagi pinjam telefon pintar. Ruby order terus set Double Delight. Haha. Terima kasih kakak TCRS. 

Di TCRS sambal nasi ayam dan sambal halia tidak kedekut seperti kedai nasi ayam jalanan. Nasi Ayam yang sedap terletak pada nasi yang wangi dan lembut. Ayam yang moist. Hidangan sampingan yang lain adalah bonus. Macam Pai Tee dan Taugeh tu. 

THE CHICKEN RICE SHOP DOUBLE DELIGHT

THE CHICKEN RICE SHOP DOUBLE DELIGHT


Apa yang penting mestilah HALAL, hidangan utama terus konsisten dari segi rasa dan saiz hidangan. Menjamu selera di The Chicken Rice Shop ibarat kita menemui semula rasa authentic masakan Hainan dan Malaysia. 

Selamat menjamu selera! 
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !