KOLABRASI BERTENAGA: PARK SEO-JUN SERTAI #TEAMMILO!

KOLABRASI BERTENAGA: PARK SEO-JUN SERTAI #TEAMMILO!

Ruby
0
Sahabat MILO® dan bintang tersohor Korea, Park Seo-Jun bergabung tenaga dengan MILO® untuk menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia dengan pelbagai variasi MILO® yang menepati kesemua gaya hidup. MILO® telah menyuntik nafas baharu dalam rangkaian variasi MILO® dengan kolaborasi bertenaga bersama Park Seo-Jun, seorang ikon global yang sudah sekian lama serasi dengan jenama kegemaran rakyat ini. Bermula Ogos, MILO® dan Park Seo-Jun telah menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi variasi produk MILO® berkhasiat dalam stik pek yang mudah dibawa untuk memenuhi keperluan gaya hidup masing-masing pada bila-bila masa, di mana jua.


KOLABRASI BERTENAGA: PARK SEO-JUN SERTAI #TEAMMILO!


KOLABRASI BERTENAGA: PARK SEO-JUN SERTAI #TEAMMILO!


Park Seo-Jun menyertai jutaan rakyat Malaysia yang bertenaga dengan kebaikan MILO® yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko dengan gabungan vitamin serta mineral penting yang membantu membebaskan tenaga untuk melangkah lebih jauh. Minuman yang tidak asing lagi dengan rasa coklat malt ikonik, MILO® turut menampilkan rangkaian produk berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian. Setiap satu variasi produk – MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® 3-in-1, MILO® Original dan MILO® Less Sugar – mengandungi kebaikan unik tersendiri yang menepati keperluan, cita rasa dan gaya hidup semasa pengguna, termasuklah Park Seo-Jun.

KOLABRASI BERTENAGA: PARK SEO-JUN SERTAI #TEAMMILO!

  • MILO® with Whole Grain Cereal: MILO® kegemaran sepanjang masa rakyat kini dengan bijirin penuh. Berkhasiat dengan kandungan tinggi serat, ia merupakan minuman pelengkap sarapan pagi yang ringan namun mengenyangkan, sesuai untuk mereka dengan gaya hidup sibuk.
  • MILO® 3-in-1: Inilah pilihan bagi mereka yang ingin lebih bertenaga untuk menyempurnakan lebih banyak lagi aktiviti harian dengan MILO® yang lebih rasa coklat, malt dan susu (Berbanding dengan serbuk MILO® biasa).
  • MILO® Original: Serbuk MILO® yang sama daripada tin MILO® kegemaran kini tampil dalam format stik pek yang mudah. Sesuai untuk mereka yang ingin kekal bertenaga walau berada di mana sahaja dengan MILO® seperti sedia ada.
  • MILO® Less Sugar: Mengandungi 25% kurang gula (Berbanding dengan serbuk MILO® biasa) dengan rasa hebat MILO® ia sesuai untuk mereka yang mengamalkan pilihan kurang gula. Tinggi dengan kalsium dan juga sumber protein.

KOLABRASI BERTENAGA: PARK SEO-JUN SERTAI #TEAMMILO!

 

“Kami teruja atas kolaborasi bersama Park Seo-Jun, seorang Sahabat MILO® yang juga kini menyertai barisan ikon-ikon Malaysia yang pernah bergabung tenaga dengan kami sebelum ini. Ikon antarabangsa dan individu aktif seperti Park Seo-Jun memerlukan tenaga seorang juara untuk menghadapi kesibukan hari serta mengamalkan gaya hidup aktif. Beliau sememangnya seseorang yang menjiwai tenaga MILO®. Menerusi kolaborasi ini, kami ingin memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melangkah jauh, walau apa jua yang ingin dicapai setiap hari, disemarakkan lagi dengan khasiat dan tenaga MILO®. Dengan rangkaian variasi MILO® yang pelbagai, kami yakin pasti ada MILO® untuk setiap individu,” jelas Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Kempen akan dirancakkan lagi dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengujakan peminat MILO® dan Pak Seo-Jun. Untuk konten eksklusif kolaborasi bertenaga MILO® x Park Seo-Jun serta maklumat lanjut tentang kebaikan rangkaian variasi MILO®, daftar di: www.milo.com.my.

MENGENAI MILO®


MILO® merupakan minuman malt coklat berkhasiat yang terkemuka di Malaysia dengan rasa ikonik kegemaran ramai. Dengan gabungan unik kebaikan barli malt, susu dan koko serta 6 vitamin dan 3 mineral, MILO® telah memupuk generasi juara turun-temurun dengan tenaga untuk melangkah jauh. Selama lebih 70 tahun, MILO® telah membangun bersama Malaysia dan menjadi sebahagian daripada warisan sukan negara, bukan sahaja dari segi membekalkan nutrisi kepada atlet-atlet malah menyediakan platform untuk mereka berkembang dan berjaya melalui pelbagai program sukan akar umbi MILO®.


Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !