HAVOC MIDNIGHT CONCERT HIDUPKAN KEMBALI DUNIA KONSERT INDUSTRI HIBURAN NEGARA

HAVOC MIDNIGHT CONCERT HIDUPKAN KEMBALI DUNIA KONSERT INDUSTRI HIBURAN NEGARA

Ruby
1
Assalammualaikum semua! Ruby masih ingat kali terakhir ke konsert tempatan seperti Havoc Midnight Concert ini adalah ketika Rock The World. Terubat rindu di hati apabila Havoc Food Festival menganjurkan buat julung kali konsert seumpana ini. Konsep begini lebih dekat dengan penonton. Kemudian menghimpunkan 3 selebriti berkumpulan dan 3 selebriti solo. Bergegar Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 4 September 2022 yang lalu.


HAVOC MIDNIGHT CONCERT HIDUPKAN KEMBALI DUNIA KONSERT INDUSTRI HIBURAN NEGARA


Di atas faktor-faktor yang teknikal yang tidak dapat dielakkan, Havoc Midnight Concert yang dijadualkan 3 dan 4 September ini telah DISATUKAN pada 4 September 2022, Ahad bermula pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. 

Selain mendapatkan hiburan,usah risau kerana di sini juga akan berlangsung festival makanan dan jualan lainnya yang telah menjadi trademark dan mendapat kerjasama dari Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019.


“Atas faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan, kami mengambil keputusan untuk menyatukan konsert ini pada tarikh 4 September, Ahad. Setelah berbincang dengan semua artis yang terlibat, kami mengambil keputusan tersebut atas persetujuan mereka. Tambahan pula, kami mengambil kira faktor cuaca yang kini tidak menentu,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd. 

“Melihatkan respons di sosial media, kebanyakan para peminat juga menyokong perubahan jadual konsert ini,” tambahnya yang berterima kasih dengan para peminat yang menyokong keputusan yang dibuat oleh mereka. 

Konsert ini menghimpunkan Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor dan pastinya gabungan ini pada satu malam akan ‘bikin pecah’. Selebriti yang turut serta juga memberi yang terbaik. Siap belanja lebih dari 5 lagu. 8 lagu pun ada! 

KUGIRAN MASDO



  • Dewi puspita
  • Janji manis
  • Kasih dan sayang
  • Dinda
  • Malam pesta rock n roll
  • Bercanda di malam indah

ZYNAKAL


  • Bal
  • Terbang
  • Perasaan
  • Beli jiwa
  • Sakit
  • Perasaan

YONNYBOII


  • Pelik
  • Salahku
  • Cemburu (feat zynakal)
  • Tak Sangka
  • Bayang

FLOOR 88



  • Pelesit kota
  • Hukum karma
  • Ku ingin 
  • Zalika
  • Biarlah 
  • Merisik kama
  • Cikadon
  • Hutang 

K-CLIQUE



  • Kitta move
  • Beg to back
  • Sah Tu Satu
  • Merais
  • Mimpi

NOH SALLEH



  • Dugaannya
  • Biar seribu
  • Bunga di telinga
  • Aku skandal
  • Kotak hati
  • Angin kencang

Semoga acara hiburan ini dapat diteruskan lagi agar dapat memberi peluang kepada selebriti kita mengenali para peminat mereka. Mungkin dengan cara ini dapatkan memulihkan kesihatan mental dan memberi ruang kepada ramai pihak untuk berhibur. Bait-bait lirik lagu dan rentak muzik setiap selebriti yang terlibat mempunyai keunikan tersendiri. Tahniah HAVOC!
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !