HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN PENUAAN SIHAT DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA

HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN PENUAAN SIHAT DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA

Ruby
1
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia , peratusan penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas akan terus bertambah, meningkat daripada 7% kepada 7.3% pada 2021, menjadikan Malaysia masyarakat yang semakin tua, seperti yang ditakrifkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Menyedari hakikat ini, dan juga sempena Hari Jantung Sedunia dan Bulan Penuaan Sihat, Herbalife Nutrition ingin berkongsi beberapa tip penting untuk menyokong usaha rakyat Malaysia menjalani kehidupan dan penuaan sihat, dari segi fizikal dan juga mental.

HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN PENUAAN SIHAT DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA


HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN PENUAAN SIHAT DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA


Seiring peningkatan taraf sistem kesihatan Malaysia, rakyat Malaysia juga kini hidup lebih lama. Bagaimanapun, ini tidak bermakna rakyat Malaysia semakin sihat. Memandangkan ramai yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, dianggarkan bahawa mereka menghabiskan masa 9.5 tahun daripada jangka hayat mereka dalam keadaan kesihatan yang kurang baik. Satu daripada organ yang mungkin terjejas teruk seiring peningkatan usia ialah jantung.


“Jantung mudah terdedah kepada masalah kardiovaskular, seperti sakit jantung dan strok, yang meragut 17.9 juta nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Apa yang lebih membimbangkan adalah bahawa separuh daripada kes penyakit kardiovaskular berlaku di Asia, dan umur ialah faktor risiko utama, dengan kelaziman penyakit ini bertambah seiring peningkatan usia,” kata Dr. Kent L. Bradley, Ketua Pegawai Kesihatan dan Pemakanan, Herbalife Nutrition.

Justeru, Bradley menyatakan bahawa ia adalah jauh lebih penting sekarang untuk menjaga jantung anda, terutamanya untuk mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas: “Rakyat Malaysia perlu mengunjungi doktor untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala dan memantau tekanan darah mereka dari masa ke masa, kerana ini merupakan faktor risiko nombor satu bagi penyakit kardiovaskular. Mengurangkan amalan tidak sihat seperti merokok juga penting kepada usaha melindungi jantung anda, kerana merokok merosakkan lapisan pelapik arteri anda, yang seterusnya mengakibatkan serang jantung atau strok.”

Bradley juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani cara hidup yang aktif. “Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat, tetapi meningkatkan aliran darah dan mengurangkan hormon tekanan,” katanya. “Cuba lakukan aktiviti fizikal sederhana sekurang-kurangnya 30 minit selama 5 kali seminggu. Di samping itu, jika anda kerap duduk sepanjang hari, pertimbangkan penggunaan stesen kerja di mana anda perlu berdiri di meja anda.”

HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN PENUAAN SIHAT DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA


Mengulas mengenai penuaan sihat, Dr. Gary Small, Ahli Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition dan penulis The Memory Bible menambah bahawa untuk menyokong proses penuaan yang sihat, kita perlu menjaga badan dan juga minda kita.

Menurut Small, “Otak kita adalah salah satu organ paling penting dalam badan manusia. Seperti otot, otak mencatatkan prestasi lebih baik apabila kita kerap bersenam. Selain daripada mengimbangi senaman dengan diet yang seimbang, kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang minda seperti membaca, permainan kata atau mempelajari kemahiran baharu boleh mengekalkan dan juga meningkatkan daya ingatan, kepantasan pemprosesan, perhatian dan persepsi.”


Small juga menasihati agar kita berunding dengan doktor mengenai pengambilan ubat bagi merawat hipertensi dan kolesterol tinggi, memandangkan kedua-dua dikaitkan dengan kesihatan otak lebih baik dan jangka hayat lebih lama. Paling penting, kita perlu mewujudkan persekitaran yang sihat, mempunyai pandangan hidup yang positif dan membina rangkaian sosial yang erat.

HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN PENUAAN SIHAT DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA

HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN PENUAAN SIHAT DALAM KALANGAN KELUARGA MALAYSIA


Untuk terus meningkatkan kesihatan jantung dan otak, pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran, buah-buahan kering, kekacang dan bijian juga disyorkan. Secara khususnya, makanan seperti ikan berlemak (salmon, tenggiri, dan tuna), biji rami, walnut, biji labu, dan kacang soya kaya dengan asid lemak Omega-3 , yang boleh membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan meningkatkan kesihatan otak.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.herbalife.com.my/ bagi mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

MENGENAI HERBALIFE NUTRITION LTD.


Herbalife Nutrition (NYSE: HLF) adalah sebuah syarikat global yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi ahli-ahli bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk bermutu tinggi berlandaskan sains kepada pengguna di 95 negara oleh pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif. Menerusi komitmen Syarikat untuk membekalkan khasiat kebaikan kepada insan, masyarakat dan bumi, Herbalife Nutrition berikrar untuk mencetus 50 juta kesan positif – iaitu perbuatan murni yang nyata – menjelang 2030, sempena ulang tahunnya yang ke-50.
Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !