FESTIVAL PERAYAAN PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN

FESTIVAL PERAYAAN PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN

Ruby
0
Perayaan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur yang disambut oleh Malaysia dan Jepun, mencerminkan komitmen antara dua negara untuk menguatkan dan menyokong di antara satu sama lain secara berterusan. Dengan itu, Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa (PSTPA) menganjurkan ‘Festival Perayaan Persahabatan Malaysia & Jepun’, demi mempromosikan pelancongan kebudayaan dan literasi silang budaya untuk kedua-dua negara. 

FESTIVAL PERAYAAN  PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN


Turut hadir memeriahkan acara ini; YBhg Datuk Ramli Ibrahim, Ikon Budaya dan Pengasas Sutra Foundation, Encik Shimada Seiya, Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), Puan Audrey Kwan, Presiden of Persatuan Seni Tarian dan Pendidikan Antarabangsa (PSTPA), Assoc Prof Dr Nor Fariza Mohd Nor, Pengerusi Pusat Penyelidikan dalam Bahasa & Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Encik. Adam Ham, Ahli Lembaga Pengarah FINAS, Encik. Ahmad Samri Mohamed Akhir, Perunding Diplomasi Bahasa & Budaya kepada Kementerian Luar Negeri, dan Encik Jack Lim, Presiden KL Society.


FESTIVAL PERAYAAN PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN


Festival yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa untuk menyelami dunia warisan kebudayaan Malaysia-Jepun. Para pengunjung terutamanya penggemar budaya popular Jepun bakal berasa teruja dengan aktiviti yang disajikan seperti tarian kebudayaan, pertunjukkan fesyen, pameran ‘anime’, persembahan muzik borneo, pameran batik, bengkel membuat wau, galeri hasil tenunan Sarawak dan banyak lagi. Pengunjung juga berpeluang untuk berinteraksi bersama peminat dan penggiat seni tradisional yang disatukan di ibu kota.


FESTIVAL PERAYAAN  PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN

Seniman dan Pengasas Sutra Foundation, Datuk Ramli Ibrahim, turut mempersembahkan sumbangan beliau dalam kesenian Malaysia melalui persembahan ‘Sutra Foundation Traditional Malaysia Indian Dance’. Beliau berkata, “Matlamat saya adalah untuk membangunkan persembahan seni visual Malaysia sambil mengeratkan perpaduan di antara kaum melalui seni. Ini adalah nilai utama bagi memastikan keamanan dan kemakmuran berterusan yang mencerminkan budaya Malaysia. Ucapan tahniah untuk PTSPA dengan penganjuran festival yang bermakna ini.”

FESTIVAL PERAYAAN  PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN

PSTPA memangkin pertumbuhan dan pembangunan industri kesenian dan kebudayaan melalui acara di dalam dan luar negara. Malah, PSTPA turut melibatkan bakat-bakat tempatan dalam menjayakan festival kali ini. Presiden PSTPA, Cik Audrey Kwan berkata, “Penglibatan universiti, teater dan persatuan menjayakan program-program seperti pameran, bengkel dan persembahan yang memberi pendedahan tentang budaya kesenian kepada masyarakat, terutamanya kepada generasi muda. Festival ini turut melambangkan apa yang Malaysia mampu tawarkan kepada para pelancong. Saya percaya, ia mampu menyemarakkan minat masyarakat dalam menampilkan keunikan budaya dan seni Malaysia.”

Sebagai tunjang aspirasi ini, Dasar Pandang ke Timur telah pun menjangkau hayat 40 tahun. Ia telah memberi perspektif yang unik kepada ribuan belia Malaysia yang berpeluang untuk menuntut ilmu di Jepun. Hasil daripada inisiatif ini telah melahirkan ribuan pakar dalam pelbagai bidang dan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun.

Minat terhadap budaya popular Jepun melalui muzik, filem, drama, animasi dan pelbagai lagi telah meningkatkan permintaan untuk kursus bahasa Jepun di kalangan golongan akademik dari sekolah hinggalah universiti. Ia merupakan bahasa asing yang paling popular untuk dipelajari di Malaysia.

FESTIVAL PERAYAAN  PERSAHABATAN MALAYSIA & JEPUN MERAIKAN ULANGTAHUN KE-40 DASAR PANDANG KE TIMUR MEMANGKIN PELANCONGAN KEBUDAYAAN

Pengerusi Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Prof. Madya Dr. Nor Fariza berkata, “Saya amat gembira melihat belia-belia di Malaysia mempelajari bahasa baru. Bahasa membantu kita menzahirkan perasaan dan fikiran kita. Ianya juga membantu untuk memelihara budaya kita dan menyantuni budaya lain. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan terus berkhidmat kepada mereka yang ingin mengembangkan bakat dan kebolehan bagi mewakili Malaysia sebagai rakyat kepada sebuah negara yang rendah diri, majmuk dan berkemahiran.”.


Malaysia dan Jepun komited untuk terus memperkasakan satu sama lain. Perbezaan budaya tidaklah menjadi penghalang kepada perpaduan, malah ia mengukuhkan dan mengeratkan persahabatan yang berterusan dan berkekalan. Acara kebudayaan dan kesenian merupakan cara yang tepat dalam merealisasikan impian ini supaya generasi akan datang tidak akan lupa legasi budaya kita.

Festival tersebut telah diadakan di Jumpa, Sungei Wang Plaza di Bukit Bintang, Kuala Lumpur anjuran bersama PSTPA, KL Society dan Network of Bukit Bintang Communities. Rakan Strategik termasuk Yayasan Sutra, Animangaki, Universiti Kebangsaan Malaysia, Agensi Kreatif & Media Global, dan SADA Borneo. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/seni.tari.persembahan

MENGENAI PSTPA


Persatuan Seni Tarian & Pendidikan Antarabangsa juga dikenali sebagai PSTPA, adalah sebuah persatuan yang berdedikasi untuk membangunkan bakat Malaysia melalui seni, budaya dan pendidikan.

Sumber gambar dari Global Creative and Media Agency (GCMA)
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !