TRIP TURKI 2022 BERSAMA ATN TRAVEL
Keadaan juga sudah berubah kerana ramai kini sudah berhijrah. Mereka bukan lagi bercuti untuk bersuka ria sahaja tetapi mereka juga mahu menyelusuri sejarah, peradaban dan tamadun Islam. Bergembira sambil mengambil ibrah daripada tempat yang diziarahi.
“Jadi dalam program FAM Trip To Turki 2022 ini , saya bawa wakil agensi pelancongan yang berpotensi untuk memperkenalkan destinasi baru kepada mereka untuk mereka perkenalkan pula kepada bakal pelanggan. Saya yakin tarikan baru ini akan membuka ruang besar kepada pelancong untuk meneroka lebih banyak keunikan dan keindahan bumi Uthmaniyah itu," katanya.
Izham berkata, “dengan pertambahan penerbangan ke tempat-tempat yang dilawati itu, Turkish Airlines dan Tourism Turkiye sangat mengalu-alukan kedatangan warga asing ke daerah baru itu kerana dapat merancakkan pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi.
“Kami akan mula 'menjual' pakej baru itu pada Februari ini. Kepada mereka yang mahu merasai pengalaman ke destinasi bersejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniah bolehlah menghubungi ATN Travel dan agensi-agensi yang terlibat sama dalam memperkenalkan pakej ini," katanya.
PENGISIAN PROGRAM TRIP TURKI SELAMA 10 HARI
Sanliurfa terkenal dengan nama Peygamberler Sehri (Kota Para Nabi) dengan menziarahi Masjid Balikligol (tempat Nabi Ibrahim AS dibakar), Halilul Rahman terdapatnya gua Nabi Ibrahim AS dilahirkan dan dibesarkan serta membeli belah di bazar.
Harran adalah lokasi bersejarah yang hebat sarat dengan keagungan cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. Nama Harran ini diambil kerana iklim di sini sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Di situ juga terletaknya universiti pertama di dunia, Makam dan Telaga Nabi Ayub AS dan ziarah ke Tapak Arkeologi Neolitik GobekliTepe.
Adana iaitu empat jam perjalanan dari Sanliurfa dengan bas. Dalam perjalanan rombongan dibawa menaiki Halfeti Boat di perkampungan Sungai Furat. Ia adalah sungai terpanjang di Asia Barat, mengairi tiga negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Sehingga hari ini, Sungai Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.
Tarsus terletaknya Gua Ashabul Kahfi (Seven Sleepers), Masjid Nabi Daniyal AS, Masjid dan Telaga Bilal Al-Habashi dan Grand Mosque. Berikutnya ke Eskisehir, Sogut dan Bursa. Melawat Sungai Polsuk, menziarahi makam pengasas kerajaan Uthmaniyah Ertugul Gazi, Muzium Ertugul dan menziarahi makam Syeikh Eh Edebali di Bilecik iaitu guru kepada Ertugrul.
Di Bursa kami ke Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik, Tophane, Osman Qazi, Orhan Qazi - Makam Sultan Uthmaniyah dan Menara Jam.
Manakala di Istanbul kami ke Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Blue Mosque, Grand Bazaar dan Spice Bazaar.
DI ANTARA MENU MAKANAN TRADISIONAL DI TURKI
CENDERAHATI TURKI
PENGANGKUTAN AWAM DI ISTANBUL, TURKI
AGENSI PELANCONGAN YANG MENYERTAI FAM TRIP TO TURKI 2022
019-2663340
2. Khairul Nizam Amat Zaini
My altitute 30 Travel & Tours S/B
019-3605287
3. Sharifah Norjulishima Syed Rohani
Righteous Travel & Tours Sdn Bhd
012-5055185
4. Mohd Razihan Hamid
Razihan Holidays Alor Setar
011-60618115
5. Zainudin Ismail
AlQuds Travels &Tours Kota Bharu
019-9246047
6. Khairul Annuor Halim
RedSea Tour & Travel Putrajaya
013-3237800
7. Mustafa Kamal bin Md Sood
Safwah Travel & Tours Sdn Bhd
019 -3117238
8. Erny Nawawi
Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd
017-6902778
Pej - 0321641577
9. Azuwarridah Binti Abdullah
Enrich Travelogue Sdn Bhd
019-3730627
Pej :0341311679
10. Ab Hakimee Bin Abdullah
Myway Haramain Travel Servicesy Sdn Bhd
019-2754924.
11. Mohd Izzat Zulhusni Adizi Mohd Noor Yaakob
Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd
Hotline : 019-289 7624
Pej : 03-2688 0000
12. Mohd Farhan Bin Madzlan
Mantop Travel & Tours Sdn Bhd
017-7790700 / 013-7045033
13. Hafiz bin Sobri
Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd
012-3997115
14.Yusman Rozali
Al Maziah Mobilty Travel & Tours Sdn Bhd
0 19-499 2769 /017-4784478
15. Norsufinas Othman
Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd
012-2080127
MENGENAI ATN TRAVEL
Izham Istar adalah anak Melayu pertama yang membuka syarikat pelancongan di Turki atas nama ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel. Selepas 20 tahun menetap di Turki dan beberapa negara lain, Izham kembali ke Malaysia membuka ATN Travel dan turut membuka cawangan di Indonesia.
“Disebabkan itu juga kawasan-kawasan tersebut tidak terkenal dan 'ditakuti' pelancong. Sebenarnya kawasan itu selamat untuk dilawati bahkan menawarkan keunikan dan keindahan alam semula jadi yang tersendiri,” katanya.
Izham yang fasih berbahasa Turki dan Rusia memokuskan perkhidmatan syarikatnya kepada agensi pelancongan lain, korporat, VIP dan stesen TV yang mahu membuat liputan di sana. Pelbagai cabaran dihadapinya termasuklah apabila dunia dilanda pandemik Covic-19 tetapi ATN Travel terus bertahan.
"ATN Travel tidaklah besar tetapi sentiasa konsisten dan terus berada dalam industri. Selama 25 tahun, nama itu tidak pernah bertukar dan kekal saya sebagai pengasasnya. Besar atau kecil syarikat itu bukanlah ukuran kerana apa yang penting ia dapat terus bertahan dan dikenali sehingga hari ini. Apapun krisis dan masalah, saya akan terus menjaga nama syarikat dan mengekalkan konsep perniagaan sedia ada,” katanya.
Memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di Turki sehingga membawa kepada penubuhan ATN Travel di sana, saingan utama beliau adalah orang Turki yang terkenal dengan sikap mereka selalu hendak 'menang' dalam persaingan.
“Keadaan itu menjadikan saya kuat dan tidak gentar dengan cabaran. Ramai kawan di kalangan bangsa Turki juga memudahkan urusan perniagaan saya ke beberapa negara lain di Asia Barat kerana mereka ini bangsa yang suka merantau. Ke mana pun saya pergi, ada kawan yang menunggu dan membantu,” katanya..
Wow. Indahnya Turki. Teringat masa Rawlins belajar dulu pergi ke sana. Moga pelancongan antarabangsa makin berkembang dan dunia sembuh dari Covid-19 kan.
BalasPadamBestnyaaa.. jom Ruby kita plan sesama ke Turki ikut ATN Travel ni, mesti happening kan, boleh dikatakan semua tempat mereka pergi tu..
BalasPadamSeronoknya pemandangan kat Turki tuuu.. Makan-makan mesti sedap. Teringin nak ke sana. Macam-macam aktiviti tu boleh buat dan lawat tempat kat sana. Best lah
BalasPadam