AKHIRNYA JUMPA JUGA BB2GO! SEDAP BETUL HAZELNUT LATTE!

AKHIRNYA JUMPA JUGA BB2GO! SEDAP BETUL HAZELNUT LATTE!

Ruby
0
AKHIRNYA JUMPA JUGA BB2GO! SEDAP BETUL HAZELNUT LATTE! | Assalamualaikum semua! Cuaca tidak menentu sekarang ni kan? Hujan panas hujan panas. Ruby nak bawa anak-anak beriadah, mesti cek ramalan kaji cuaca. Risau nanti anak-anak dah teruja, hujan lebat pula kan. Monyok je mereka nanti. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu yang lalu Ruby sekeluarga ke Tasik Titiwangsa. 9.30 pagi dah sampai. Hujan renyai-renyai. Yang bagusnya bila hujan, pengunjung tidak ramai dan banyak parking berdekatan pintu masuk. Hooray!

Kami menunggu dengan penuh sabar. Jalan-jalan dari parking nampak basikal bersusun. Adam dan Alif dah teruja nak naik. Hujan masih turun, nanti basah lencun ibu dan ayah. Campur dengan kegigihan mengayuh, berpeluh teruk nanti. Haha.

Kami sarapan di Lakeside dan sambil menunggu hujan berhenti, anak-anak main tiup tiup bubbles tu. Ruby kalau beriadah, memang akan beli bubbles ni. Beli extra supaya Ibu dan Ayah pun boleh main. 


AKHIRNYA JUMPA JUGA BB2GO! SEDAP BETUL HAZELNUT LATTE!


Kami berjaya dapatkan basikal yang boleh naik 4 orang. RM 30 untuk 1 jam. Ingatkan 1 jam tu sekejap aje. Tapi ngam ngam masa kami. Dah letih mengayuh, mencari minuman la kan. Dahaga betul!

Nampak motosikal EV BB2GO. Terus pergi ke motor dan pesan 4 minuman. Ais Hazelnut Latte, Caramel Latte dan dua Hot Chocolate. Ruby ulang minum Hazelnut Latte dua kali. Hahaha. 


Tahu tak selepas beberapa minggu berada di pasaran, ramai pelanggan menyukai minuman panas pada waktu pagi dan sejuk pada waktu tengahari. Pelanggan inginkan minuman sejuk berais. Fuhh legaaaa juga dapar minuman sedap waktu begitu. Betul kan?

BB2GO mendengar maklum balas pelanggan dan kini Motosikal EV BB2GO juga sudah bersiap sedia dengan bahan-bahan keperluan seperi cooler box untuk menyimpan ais. 


Selain dari minuman sedap, pelanggan juga tertarik dengan penampilan Barista Bikers. Mereka berpakaian uniform Cowboys lengkap dengan logo BlackBixon. Dari topi, bandana, kemeja, seluar jeans dan kasut boots. Bergaya kan?

BB2Go boleh datang kepada anda. Satu motorsikal boleh menyediakan sehingga 400 minuman. Jika ingin menempah BB2GO, mereka boleh menyediakan minuman panas 1 motor, minuman sejuk 1 motor. 

MENU MINUMAN BB2GO


Melalui pengalaman Ruby. Tempoh penyediaan minuman BB2GO sangat cepat! 3 min untuk minuman panas dan hanya 2 minit untuk minuman berais. 


Cofee Flavored:
Hazelnut
French Vanilla
Spiced Cha
Caramel
Roasted Almond

Choco Flavored:
Hot Chocolate
Mocha

Ais Caramel Latte
Ais Hazelnut Latte
Ais Americano
Ais Latte

Pada pendapat Ruby, BB2GO adalah konsep kedai kopi yang mesra pelanggan. Kualiti minuman yang konsisten. Kemudian dijual pada yang amat berbaloi-baloi.


Sebagai pelanggan yang berkeluarga. Kami kebiasaannya akan membeli lebih dari satu dan pasti akan membeli berulangkali. 

Semoga Barista Biker BB2GO diberi kesihatan yang baik dan ceria melayani pelanggan. Terima Dahlia dan Izzat. 

LOKASI TERKINI BB2GO


Bandaraya LRT (SOGO): 7AM - 10.30PM 
Depan SOGO: 11AM - 5PM 
Masjid Jamek
Bukit Bintang MRT (WOLO)

VIDEO INSTAGRAM REELS BERSAMA BB2GO


TEMPAH BB2GO MELALUI APLIKASI MUDAH ALIH BLACKBIXON


Aplikasi Mudah Alih BlackBixon sudah sedia! Kini anda boleh memesan produk BlackBixon, pendaftaran ahli baharu, mengurus perniagaan anda & banyak lagi. Semuanya melalui aplikasi mudah alih BlackBixon kami sendiri. Tersedia dalam versi Android & IOS.

IOS (App Store) 

Android (Play Store)

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !