PRA PELANCARAN E-FESTOUR AKZ5.0 EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022 MERIAH DI AEON SHAH ALAM

PRA PELANCARAN E-FESTOUR AKZ5.0 EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022 MERIAH DI AEON SHAH ALAM

Ruby
0
PRA PELANCARAN E-FESTOUR AKZ5.0 EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022 MERIAH DI AEON SHAH ALAM | Assalammualaikum semua! Ahad yang lepas Ruby berkesempatan hadir ke acara kebudayaan. Hampir dua tahun kita duduk diam di rumah dan tidak dapat menyaksikan persembahan secara langsung dari acara tarian atau hiburan. 

Kali ini, Ruby dapat menonton secara langsung dan amat terhibur melihat peserta bertingkah di Pertandingan Tingkah Geruh Zon Tengah di Pra Pelancaran E-FESTOUR AKZ5.0. Keunikan persembahan Tarian Zapin adalah reaksi wajah penari yang tersenyum indah, sorakan mereka ketika menari, pakaian yang warn warni ceria dan kreativiti pasukan mereka menyediakan muzik yang bersesuaian dengan Tarian Zapin. 

Program E-FESTOUR AKZ5.0 akan terus diadakan di negeri-negeri terpilih. Ruby berharap, anda dapat hadir ke lokasi AEON yang terlibat. Nantikan pengumuman seterusnya di media sosial Akar Kita Zapin. Jom sokong dan hadir! 

PRA PELANCARAN E-FESTOUR AKZ5.0 EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022 MERIAH DI AEON SHAH ALAM


PRA PELANCARAN E-FESTOUR AKZ5.0 EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022 MERIAH DI AEON SHAH ALAM


Noraniza Idris menganjurkan Festival Perkampungan Budaya Melayu "Malay World Cultural Paradise" sebagai aktiviti tarikan pelancongn secara global menerusi platform media sosial. 

AEON Shah Alam meriah selama 3 hari bermula 10 Disember sehingga 12 Disember 2021 yang lalu. Tahniah Noraniza Idris kerana berjaya menghimpunkan acara seni dan budaya walau hanya 3 hari. 

Pelbagai program berlangsung selama tiga hari ini memberi satu warna dan norma baharu. Para pengunjung terhibur dengan semua program yang sedang berlangsung. 

Festival Perkampungan Budaya Melayu 'Malay World Cultural Paradise' berhasrat untuk menjadi sebuah produk tarikan pelancongan nombor satu pilihan No.1 Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. 

Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh. 

Festival ini dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris sejak 2017.

E-FESTOUR AKZ5.0


Menurut pengasas program modal insan 'Malay World Cultural Paradise' dan ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris, perancangan 2022 akan menjadi satu titik tolak dalam usaha membangunkan seni dan budaya untuk lebih dekat dengan masyarakat generasi pelapis secara agresif walaupun masih menghadapi kekangan pendamik dan penajaan yang kurang memberangsangkan. 


Program ini akan diadakan selama 3 hari di setiap destinasi pilihan yang bakal bermula di AEON Mall Shah Alam Selangor pada 10 hingga 12 Disember 2021, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Program ini seterusnya akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula awal Januari sehingga berakhir Jun 2022.

Matlamat siri jelajah Malaysia ini adalah bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profesion pilihan. 


Sepanjang 3 hari di AEON Mall Shah Alam, program ini akan membawakan pertandingan permainan Zapin secara spontan berkumpulan iaitu Tingkah Geruh peringkat zon untuk mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke peringkat Kebangsaan sebagai acara utama. 

Sebanyak 14 kumpulan akan berentap untuk mengumpul agregade pencapaian tertinggi. Acara ini akan menjadi aktiviti utama seiring dengan majlis pra pelancaran festival yang berlangsung pada 12 Disember 2021, Ahad, 2.00 petang. 


Selain acara ini, terdapat 12 acara sampingan seperti Pertandingan nyanyian 'Irama Malaysia Academy Awards', Pertandingan Kompang Berirama 'Rhythm of Unity', Pertandingan MUA Awards kategori cilik dan dewasa, Pertandingan Peragaan Busana kategori dewasa, Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban dan Bowling Kampung. Pertandingan Treasure Hunt turut diadakan bagi menyemarakkan aktiviti peserta bersama usahawan. 

Sebagai penganjur adalah menjadi hasrat kami untuk menjadikan e-Festour AKZ5.0 ini sebagai festival yang paling meriah dalam edisinya dengan sasaran 1000 peserta yang turut menarik lebih ramai pengunjung yang hadir dengan pematuhan S.O.P yang ditetapkan. 

Justeru, salah satu strateginya adalah untuk membantu produk pelancongan Malaysia dan usahawan kembali pulih dari sudut ekonomi. Seiring dengan penganjuran program ini dapat menghimpunkan penggiat-penggiat seni seluruh Malaysia untuk bebas berkarya menerusi platform pertandingan yang disediakan. Sasaran program ini turut menyediakan aktiviti peserta seawal usia 4 tahun tanpa had umur dan pelbagai kaum. 

Sempena pra pelancaran ini, sebuah perjanjian persefahaman akan diadakan bersama Symphony Travel and Tour Sdn Bhd, AEON Mal, Persatuan Bumiputera Makeup Artis Malaysia. 

Persembahan kebudayaan turut diserikan oleh artis budaya 'Malay World Cultural Paradise' yang akan mempersembahkan tarian multiracial etnik sebanyak 3 kali sehari bermula jam 11.00 pagi, 2.30 petang dan 8.00 malam selama 30 minit. Menjadikan busana Tradisional Melayu sebagai pakaian rasmi. 

PROGRAM SEPANJANG 3 HARI


E-FESTOUR AKZ5.0 EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022 MERIAH DI AEON SHAH ALAM

Hari pertama, pada 10 Disember 2021, Jumaat, pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Forum Sihat, Budaya, Kecantikan Luaran dan Dalaman. 

Acara ini akan diserikan oleh 4 orang panel terdiri daripada Dr. Mohammad Ihab Bin Ismail mewakili pakar perubatan dalaman, Puan Al Arabi Binti Mohamed, mewakili pengasas produk makanan kesihatan, Puan Rosnawati binti Salleh mewakili Makeup Artis Malaysia dan Puan Noraniza binti Idris mewakili Artis Irama Malaysia. 

Pengunjung berpeluang merasai permainan rakyat menerusi pertandingan bermain Congkak dan Dam Ular. 

Pengunjung juga dapat mengambil peluang mempelajari asas kesenian Zapin sambil membuat senam seni berasaskan 10 modul Zapin di Malaysia selama 40 minit. 

Di sebelah malam, acara pertandingan nyanyian lagu-lagu Irama Malaysia pula akan dimeriahkan oleh 10 peserta dari seluruh Malaysia. 

Pada hari kedua, 11 Disember 2021, Sabtu, pengunjung akan dapat menyaksikan Tatiseni Awards menerusi penglibatan peserta Akademi Tatihseni Malaysia. Sebanyak 114 anugerah telah dinilai berdasarkan video tugasan peserta.

Pertandingan MUA Awards seramai 30 kumpulan turut dijalankan serentak dengan penyertaan 4 kumpulan terbaik pertandingan Kompang Berirama. 

Pada hari ketiga, 12 Disember 2021 merupakan acara kemuncak. Acara akan dimulakan dengan permainan rakyat dan Treasure Hunt. 

Pertandingan bakat luar biasa kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun, Kids Got Talent akan diteruskan dengan penglibatan 14 peserta menerusi video rakaman awal untuk dinilaikan secara langsung. 


Di sebelah petang, majlis pra pelancaran akan disempurnakan oleh YBM Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim selaku penaung program ini. 

Bersempena pra pelancaran ini, 14 kumpulan akan berentap untuk merebut kedudukan tertinggi bagi melayakkan diri ke Peringkat Kebangsaan kelak. 

Sebanyak 10 usahawan turut sama dalam program pra pelancaran ini sebagai pengenalan. Acara ini akan membawakan 50 usahawan tempatan ke 7 buah lokasi bermula Januari 2022 akan datang. 

Selebriti yang terlibat dalam program ini adalah Noraniza Idris, Dr Ihab Ismail dan Azmir Ariff

MATLAMAT EMPAYAR AKAR KITA ZAPIN NUSANTARA 2022


Program ini dijangka membawa penglibatan 500 peserta bagi mematuhi syarat penyertaan. Program ini anjuran Sekretariat Malay world Cultural Paradise iaitu gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, Kerabu Media & Event Sdn Bhd dan C2Joy (M) Sdn Bhd. 

Adalah dibarapkan lebih ramai lagi penggiat dan pencinta seni dan budaya di luar sana untuk tampil kehadapan dalam menyokong usaha sebegini ke arah memartabatkan seni dan budaya warisan Malaysia, sekaligus mengangkat nilai kemahiran dalam kesenian yang berpotensi menjana pendapatan dan ekonomi. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !