MILO DAN FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA JALIN KERJASAMA MELAHIRKAN GENERASI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJELANG 2026

MILO DAN FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA JALIN KERJASAMA MELAHIRKAN GENERASI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJELANG 2026

Ruby
0
MILO DAN FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA JALIN KERJASAMA MELAHIRKAN GENERASI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJELANG 2026 | Assalammualaikum semua! Sukan kegemaran yang menyatukan Rakyat Malaysia kembali bernafas dengan lebih rancak! Perlawanan bola sepak sememangnya dinantikan. 

Sama ada perlawanan di antara peringkat kelab bola sepak, negeri atau negara. Kita akan berkumpul, menonton dan menyokong sepenuh jiwa. Bersorak apabila goal! Hampa bila goal tak masuk. Perasaan bercampur baur.  Tetapi itulah keunikan dan nikmat sebagai penonton dan penyokong. 

Bagaimana pula dengan pemain bola sepak? Bagaimana Malaysia ingin melahirkan pemain kebangsaan yang fokus dan memberi komitmen sepenuhnya? Apakah perjuangan dan cabaran yang perlu dilalui?

Di sini, peranan jurulatih professional amat diperlukan. Pemain muda ibarat kain putih. Jurulatih pasti dapat melihat kekuatan generasi pada masa kini. Mereka lebih berani, lebih beremosi dan lebih jelas ingin mencapai impian. 

Apa yang membimbangkan apabila kerjaya pemain bola sepak sering di pandang rendah, ditakutkan dengan tiada masa depan. Maka, dengan jalinan kerjasama bersama MILO, semoga usahasama FAM dapat membentuk pemain muda bola sepak kebangsaan yang luar biasa! 

Semoga dengan kerjasama ini, MILO dan FAM akan memberi sepenuhnya komitmen dan tunjuk ajar kepada para pemain muda. Berkongsi maklumat tentang perjalanan karier pemain bola sepak kepada para ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang memberi sokongan kepada minat anak mereka. Bermain sukan bola sepak bukan sekadar hobi. 




MILO DAN FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA JALIN KERJASAMA MELAHIRKAN GENERASI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJELANG 2026
Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO®️, Nestlé (Malaysia) Berhad dan Mohd Saifuddin Abu Bakar, Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Malaysia bertukar jersi kenang-kenangan menandakan kerjasama lima tahun MILO®️ x FAM.


MILO DAN FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA JALIN KERJASAMA MELAHIRKAN GENERASI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJELANG 2026


Ekosistem Bola Sepak Akar Umbi Bersepadu MILO® x FAM Menyasarkan untuk Melatih 5,000 Jurulatih dan 100,000 Pemain Muda menjelang 2026. MILO® dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kerjasama lima tahun bagi melestarikan masa hadapan generasi pelapis bintang bola sepak menerusi ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi bersepadu.

Menumpukan fokus utama terhadap latihan kemahiran bola sepak peringkat akar umbi, dua gergasi sukan ini akan berpadu tenaga untuk menyelaraskan serta mengembangkan platform sedia ada masing-masing untuk manfaat jurulatih dan pemain muda.

Kerjasama ini telah menyemarakkan kembali hubungan antara kedua-dua pihak yang sudah lama terjalin sejak akhir 1980-an dan awal 1990-an menerusi penganjuran pelbagai kejohanan bola sepak akar umbi yang telah melahirkan beberapa pemain legenda negara. Kini, MILO® dan FAM melangkah lebih jauh untuk memartabatkan lagi masa hadapan bola sepak tanah air.


MILO DAN FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA JALIN KERJASAMA MELAHIRKAN GENERASI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJELANG 2026



“Bola sepak menyerlahkan peranan sukan sebagai guru terbaik yang memupuk kesungguhan, keberanian dan kecekalan yang bukan sahaja dapat memperkasakan daya saing sewaktu bertanding malah membentuk keperibadian individu untuk berjaya dalam hidup. Malah, kami sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni ini dalam diri juara muda menerusi inisiatif sukan kami selama ini. 

Dengan mengalu-alukan FAM kembali ke dalam kerjasama ini, kami meletakkan harapan yang lebih tinggi untuk menginspirasikan yang terbaik dalam generasi juara akan datang, di samping bekerjasama untuk mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat baharu dalam persada bola sepak negara,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

MILO DAN FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA JALIN KERJASAMA MELAHIRKAN GENAERASI PEMAIN BOLA SEPAK KEBANGSAAN MENJELANG 2026


Sementara itu, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM merakamkan penghargaan atas kerjasama berterusan dengan MILO® dan menyifatkan hubungan antara kedua-dua pihak ini tidak boleh lagi dipisahkan demi kemajuan bola sepak tempatan. 

Beliau berkata, “MILO® telah sekian lama menjadi rakan kerjasama bola sepak Malaysia, malah MILO® mengorak langkah ke era baharu hari ini menuju masa hadapan, seperti mana yang dilakukan pada tahun 1990-an dahulu, dengan menyediakan dorongan dan platform kepada golongan muda untuk menonjolkan serta mengasah bakat mereka.”

Ulas beliau lagi, usaha pembangunan bola sepak akar umbi sangat kritikal demi masa hadapan bola sepak tanah air. “Kami ingin merintis masa hadapan untuk anak-anak muda hari ini kerana kami percaya merekalah bintang-bintang masa hadapan. 

Namun, kejayaan masa hadapan turut bergantung kepada jurulatih yang akan membimbing anak-anak kita ini untuk mencapai potensi terbaik mereka. Justeru, kerjasama kami dengan MILO® akan memastikan latihan untuk membangunkan kedua-dua pemain muda dan jurulatih ini bergerak seiring dengan pembentukan ekosistem yang holistik ini,” tambah beliau.

Sebahagian besar bakat baharu di peringkat akar umbi dicungkil menerusi program bimbingan komuniti yang menyediakan latihan kemahiran asas bola sepak serta menganjurkan perlawanan bola sepak komuniti seperti Klinik Bolasepak Suparimau. 

5,000 Jurulatih Dan 100,000 Pemain Muda Menjelang 2026


Ketika ini, terdapat 122 akademi dengan 10,000 pemain muda berdaftar di bawah Piagam Suparimau di seluruh negara. Kerjasama MILO® x FAM berusaha mengembangkan lagi Piagam Suparimau kepada ekosistem yang terdiri daripada 800 akademi dengan 100,000 pemain muda dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Di samping itu, MILO® dan FAM juga komited untuk mengembangkan kelompok jurulatih daripada 1,000 jurulatih yang kini berdaftar dengan pelbagai akademi di seluruh negara kepada 5,000 jurulatih menjelang 2026.

Malah, tirai kerjasama MILO® x FAM telah dibuka lebih awal lagi dengan MILO® All Star Challenge, iaitu pencarian pemain bola sepak gaya bebas terbaik seluruh negara secara atas talian yang telah tiba ke kemuncak finale pada bulan lepas. 

Lapan finalis teratas telah ditawarkan peluang seumur hidup untuk mengikuti kem latihan bola sepak MILO® x FAM Ultimate Experience di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan serta bintang-bintang FAM kegemaran mereka – satu lagi peluang keemasan yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak muda Malaysia untuk merealisasikan impian bola sepak mereka di bawah kerjasama ini. 

Ekosistem MILO® x FAM akan turut melengkapkan pelbagai inisiatif sukan MILO® yang lain, khususnya karnival futsal MILO® Hidup Bola yang telah melahirkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan yang terbaik dalam sejarah 16 tahun penganjurannya, termasuk Nik Akif Syahiran Nik Mat, pemain skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan yang sedang melonjak naik, serta Arif Aiman ​​​​Hanapi yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021

Kerjasama ini akan melancarkan lagi peralihan kerjaya profesional bakat-bakat yang dicungkil menerusi MILO® Hidup Bola untuk diserap masuk ke dalam sistem FAM.


Keselematan Diutamakan Ketika Pandemik COVID-19


Pasti ramai tertanya-tanya tentang langkah-langkah pihak FAM akan lakukan ketika negara masih di dalam situasi Pandemik COVID-19. Setiap program yang bakal diadakan akan melalui fasa pemantauan. Bermaksud pemantauan dari arahan terkini Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Bakal pemain muda perlu berlatih dalam situasi yang selamat dan selesa di padang. Peserta dan jurulatih semestinya perlu sihat dan menerima vaksinasi lengkap. Ujian RTK juga turut dilaksanakan agar pemain dan jurulatih kekal sihat semasa berlatih bermain bola sepak dan pulang ke rumah dalam keadaan selamat. Pihak MILO dan FAM amat memandang serius maklumbalas para ibu bapa dan peminat sukan bola sepak tanahair. 


Tentang MILO®


MILO®️, minuman berkhasiat malt coklat yang terkemuka di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan dikenali dengan rasa unik yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. 

Dipenuhi dengan kebaikan semula jadi malt, susu dan koko, dan diperkaya dengan ACTIV-GO®️; campuran unik vitamin dan mineral, MILO®️ merupakan minuman yang paling popular di Malaysia dan telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi.


Tentang Nestlé Malaysia


Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 180 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. 

Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Ketahui lebih lanjut tentang usaha Nestlé menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad melalui laman sesawang atau media sosial.


Tentang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)


Persatuan Bolasepak Malaysia 'Football Association of Malaysia (FAM)' adalah badan induk bola sepak kebangsaan di Malaysia. Persatuan ini bertanggungjawab terhadap pembangunan bola sepak di Malaysia dan pentadbiran pasukan bola sepak kebangsaan. 

Selain itu, FAM juga menumpukan terhadap pembangunan bola sepak belia, wanita, futsal dan bola sepak amatur serta pembangunan jurulatih dan pengadil di Malaysia.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !