SCARLET x STEVEN SUNNY: OWN WHAT YOU WEAR!

SCARLET x STEVEN SUNNY: OWN WHAT YOU WEAR!

Ruby
1

SCARLET x STEVEN SUNNY: OWN WHAT YOU WEAR! | Assalammualaikum semua! Ruby mengenali jenama Scarlet sejak dari kecil. Bermula dengan pakaian dalam dan seterusnya pakaian ibu serta plus size. Manakala, juru mekap profesional Steven Sunny amat terkenal di acara-acara yang melibatkan produk kecantikan.

Keunikan hasil seni solekan dari Steven Sunny sering diperkatakan. Effortless beauty, natural makeup, know your skin, product recommendation dan lain-lain. Ini kerana Steven Sunny sangat teliti dan kreatif dalam melakukan sesuatu perkara.

Kolabrasi Scarlet dan Steven Sunny adalah satu perkara yang segar selain hanya membeli dan pakai pakaian yang dibeli. Kita juga boleh mencipta rekaan tersendiri dengan pakaian tersebut. Mungkin setelah mendapat bentuk badan langsing, kita boleh jadikan blouse Scarlet sebagai long dress yang anggun. 

Ruby banyak pakaian dari Scarlet sebab harga berpatutan dan pelbagai saiz. Dari zaman sekolah sampai sekarang masih bersama Scarlet. Cuma, tidak begitu kreatif mengubahsuai pakaian. Dah nampak idea dari Steven Sunny, boleh lah Ruby cuba menjahit. Hehehe. Mungkin boleh memenangi RM 500 AEON Voucher. Lumayan kan?


SCARLET x STEVEN SUNNY: OWN WHAT YOU WEAR!

Memperbaharui fesyen gaya tersendiri – Scarlet, jenama terkenal AEON berkolaborasi dengan ikon fesyen, Steven Sunny dalam memberi nafas baharu jenama kasual kegemaran #OwnWhatYouWear

AEON CO. (M) BHD. mengorak langkah ke hadapan menerusi kolaborasi dengan penggaya fesyen tersohor, Steven Sunny untuk jenama silang-generasinya yang popular, Scarlet. Sesi eksklusif bersama dengan Steven Sunny yang mengayakan serta memberi nafas baharu kepada koleksi Scarlet di adakan hari ini di AEON Mid Valley Megamall.

Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun.

Diperkenalkan sebagai koleksi perbadi, Scarlet x Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.

Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya “pandemic-stay-home”, penggayaan ini menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini. Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan “fit wear” hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik.

Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat.


Kolaborasi yang sungguh menarik ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen serta jemputan khas media dan para pempengaruh. Terdapat juga demonstrasi tambahan di lokasi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido.

100 pasang koleksi akhir tahun istimewa Scarlet x Steven Sunny yang merupakan edisi terhad buatan tangan ini boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama dengan harga yang berpatutan.


Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Steven berkata, “Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini.”

Mengenai Steven Sunny

Steven Sunny merupakan seorang pakar fesyen yang terkenal dan serba boleh yang juga seorang jurusolek yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Walaupun beliau menamatkan pengajian dalam bidang cat minyak, Steven Sunny adalah pereka pakaian dan fesyen yang dikenali dan terkenal untuk skrin dan pentas.

Sempena pelancaran itu, pelanggan akan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang dengan berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram daripada sekarang hingga ke 31 Disember 2021. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari laman Instagram kami di https://www.instagram.com/aeonretail.my/.

Mengenai Scarlet

Scarlet merupakan nadi fesyen AEON. Dari kasual hingga pakaian harian yang selesa, Scarlet terus yakin dan menjadikan tanggungjawabnya untuk menghasilkan trend dan pakaian mampu milik yang berkualiti bagi setiap majlis. 

Dikenali untuk memperkasakan dan merangkul minat serta keunikan setiap individu, Scarlet berkolaborasi bersama Steven Sunny yang ikonik dalam menghasilkan koleksi untuk wanita dan gadis remaja dalam menyambungkan semula hubungan dengan fesyen melalui #OwnWhatYouWear.

Scarlet sentiasa bersedia untuk melangkah bersama wanita dan gadis remaja sepanjang fasa kehidupan dengan pelbagai variasi popular jenis pakaian termasuk saiz besar, pakaian untuk wanita mengandung, pakaian tidur dan pakaian dalam.

Mengenai AEON Runcit

AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 35 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness dan 43 DAISO dan 3 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara.

AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean.

AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON.

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

AEON | FACEBOOK | INSTAGRAM

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !