SUGARBOMB MEGA BOOTCAMP 2021! BANGKIT DAN BERSIAP SEDIA LAKSANA RESOLUSI 2022

SUGARBOMB MEGA BOOTCAMP 2021! BANGKIT DAN BERSIAP SEDIA LAKSANA RESOLUSI 2022

Ruby
1
SUGARBOMB MEGA BOOTCAMP 2021! BANGKIT DAN BERSIAP SEDIA LAKSANA RESOLUSI 2022 | SugarBomb Boot Camp berlangsung selama dua hari iaitu 27 November dan 28 November 2021 di Setia City Convention Centre bermula seawal 9 pagi. 

Ia adalah acara yang dinantikan buat semua pasukan SugarBomb di seluruh Malaysia. Program Bootcamp ini adalah budaya yang diterapkan oleh SugarBomb sejak awal penubuhannya. Ia dapat memberi sokongan penuh kepada pasukan dan menaikkan semangat keusahawanan dikalangan mereka. 


Jika join banyak kali pun pasti seronok sebab stail SugarBomb Bootcamp adalah jenis yang mempunyai aktiviti mengenal wangian, mempunyai kerusi meja sepanjang dua hari program dan lokasi yang stratergik serta ruang parkir yang banyak. 

SUGARBOMB MEGA BOOTCAMP 2021! BANGKIT DAN BERSIAP SEDIA LAKSANA RESOLUSI 2022



SugarBomb Bootcamp 2021 bantu 300 peniaga tempatsn bangkit selepas pandemik. Susulan musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, banyak perniagaan tidak terkecuali yang didirikan secara kecil-kecilan oleh golongan usahawan dan peniaga tempatan menerima tempias akibat mata pencarian mereka yang terjejas.

Bagaimanapun, harus diakui bahawa ramai anak muda pada saat ini begitu rajin dalam berusaha mencari rezeki demi terus menyara keluarga dan kehidupan seharian mereka.

Oleh itu, SugarBomb Malaysia selaku jenama yang sinonim dengan memperkasakan lagi golongan usahawan dan peniaga tempatan dengan produk wangian buatan sendiri, bertindak menganjurkan program ‘Bootcamp’ yang bertemakan “BANGKIT SUGARBOMB” bagi tujuan menolong para peserta menerusi perkongsian ilmu pengetahuan dan selok belok berguna yang dapat menghidupkan kembali dan meningkatkan perniagaan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif and Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari bin Rosli, “SugarBomb Bootcamp 2021’ telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan. 

Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan rakan media lain turut sama menyertainya. Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagi-lagi dalam musim pandemik COVID-19. 


Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka”.

Aktiviti Yang Membina Keyakinan Diri


Antara program yang diadakan sepanjang hari itu termasuklah sesi perkongsian mengenai ‘marketing’ dan ‘perfume profiling & perfume making’ yang mana para peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi mencipta minyak wangi mereka sendiri. 

Turut memeriahkan ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ ialah kumpulan hip hop Malaysia, Ruffedge yang menangkap perhatian ramai menerusi persembahan lagu-lagu hit seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, iaitu “Kau Memang Da Bomb”.

Daftar Sebagai Dropship, Agent, Stockist


Jika anda berminat untuk menyertai pasukan SugarBomb, sudah tiba masanya untuk anda mendaftar dan mula meneroka perniagaan wangian. Klik url ini https://wearesugarbomb.com/become-a-reseller/. All the best! #NakWangiSugarBombJelah

Budaya SugarBomb Luar Biasa!


Pertama kali Ruby mengenali SugarBomb, bukan dari wangian. Tetapi dari papan iklan di lebuh raya DUKE. Anak Ruby, selepas hampir dua tahun tidak keluar. Kami keluar pulang ke kampung. Di Damansara je pun. Hahaha. 

Sepanjang perjalanan, dua kali papan tanda Mr Bomb tu muncul. Anak Ruby cakap itu Marshamallow. Ruby cakap, mana mungkin marshamallow warna merah? 

Pulang dari kampung, kami berempat double check papan tanda Mr Bomb dan Nabil Ahmad dan Achey tu. Okay itu SugarBomb. Kami berdekah-dekah ketawa. Perfume la!

Kemudian, Ruby dan suami dengar lagu kolabrasi SugarBomb dan Ruffedge. Weiiiiiiii next level betul jenama SugarBomb ni. Bukan biasa-biasa. Lagu fav dan kumpulan kesayangan rakyat Malaysia tu. 


Banyak betul kebetulan tentang SugarBomb yang Ruby minat. Lagi bertambah minat, apbila join Bootcamp. Suka aktiviti mereka sediakan. Kita dapat kenali bau dan profail. Lagi bertambah syok apabila dapat berjumpa founder iaitu Boss A dan maskot Mr Bomb. Anak-anak paling happy tengok ibu bergambar dengan Mr Bomb. Tetapi Ibu lebih suka sesi wawancara 5 minit bersama Boss A. Beliau sangat bersemangat ingin membantu para pasukan SugarBomb.

Ruby dah berbincang dengan suami. InsyaAllah kami join Stokis SugarBomb. Kami sedang baca dan memahami semua modul plan perniagaan SugarBomb. Doakan ya?.

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bangkit! Bangkit! Bangkit! Terus maju ke hadapan. tahun demi tahun. Moga azam dan impian tercapai

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !