Samsung Galaxy Buds2 Ulasan Penuh Berkarisma

Samsung Galaxy Buds2 Ulasan Penuh Berkarisma

Ruby
0

Samsung Galaxy Buds2 Ulasan Penuh Berkarisma | Assalammualaikum semua! Setelah berminggu-minggu mencuba, Ruby sudah berjaya mendapatkan reaksi suami selepas menggunakan Galaxy Buds2.

Sejak kerajaan Malaysia telah membenarkan rakyat merentas negeri. Maka sektor pekerjaan pun menyambut kehadiran pekerja yang telah work from home hampir 2 tahun ini. Banyak perkara perlu dipandang serius. Terutamanya bab SOP kembali ke pejabat. Semoga ahli keluarga kita sentiasa selamat.

Samsung Galaxy Buds2 Ulasan Penuh Berkarisma

Samsung Galaxy Buds2 Ulasan Penuh Berkarisma

Diantara barang keperluan wajib di bawa ke pejabat adakah Galaxy Buds2. Kemas dan kompak. Ia lebih padu dari Earphone konvensional yang berwayar. Ini kerana jenis itu tidak praktikal ketika kita berada di dalam pejabat. Budaya persekitaran di pejabat pasti banyak wayar tetikus, wayar papan kekunci, wayar komputer dan lain-lain sudah memenuhi meja. 



Selain penggunaan di pejabat, anda juga boleh menggunakan Galaxy Buds2 dimana-mana sahaja. Ruby perhatikan suami Ruby menggunakannya semasa menonton Netflix di kampung. Kemudian, ketika memandu kenderaan supaya hands free semasa jawab panggilan. Fungsi hands free jawab panggilan di kenderaan sudah sync dengan telefon Ruby. Jadi, kami ada pilihan lebih hebat untuk memandu dengan lebih selamat. Betul?



Galaxy Buds2 Highlights


Bagi anda yang tercari-cari earbuds yang praktikal untuk kegunaan harian tanpa limit walau anda buat apa-apa aktiviti. Memandu, membawa motosikal, sedang bekerja di rumah, memasak, memandu anak ke sekolah, membeli barang dapur di pasar atau ingin berbual bersama insan tersayang. Galaxy Buds2 adalah yang terbaik.

Ia sangat ringan sehingga anda tidak berasa memakai apa-apa di telinga. Wireless dan janga hayat penggunaan yang lama. Rutin Ruby dan suami, kami buka Galaxy Buds2 semasa ambil wudhu dan solat. Kemudian setelah lap telinga dan pakai tudung. Ruby akan pakai kembali. 

Suami juga mengamalkan cara begitu. Kemudian pada waktu malam sebelum tidur iaitu 9 malam. Kami akan susun semua gadget untuk di cas. Jadi, kami tiada masalah kekurangan bateri semasa berada di luar. 

Dua Mikrofon Untuk Menyokong ANC

Pernah tak, anda impikan suasana rumah anda yang bising itu tidak diketahui oleh sesiapa ketika menjawab panggilan? Itu adalah impian Ruby ye. Ruby bekerja dari rumah. Sambil menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. 

Anak-anak dengan kelas PdPR pun sudah bising dan perlu fokus. Manakala suami pula work from home bergilir-gilir. Berdengung rumah kalau semua ada. 

Jadi, bila ada Galaxy Buds2, ia adalah penyelamat. Mudah untuk menjawab panggilan tanpa gangguan bunyi. Terima kasih kepada ANC (Active Noise Cancelling).

Active Noise Cancelling (ANC) Pada Galaxy Buds2 mengurangkan hingar latar belakang luaran sehingga 98%, disokong oleh Pengesahan UL. 

Fit Telinga Dengan Baik

Selain dari fungsi hebat, rekaan juga amat penting. Bentuk ergonomik begini lebih selesa di telinga. Silikon ear-tip juga memberi keselesaan maksimum. Sehingga tidak sedar sedang memakai Galaxy Buds2. Hehehe.

Bass Yang Tidak Menyakitkan Telinga

Kesan bunyi di Galaxy Buds2 juga tiada tandingannya. Inilah yang memberi keunikan apabila sound by AKG di inovasi bersama peranti hebat Samsung. Jika anda mencari earbuds. Ruby sangat rekemen produk dari jenama Samsung. 

Bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober, dengan setiap pembelian GalaxyBuds2 anda akan menerima perlindungan yang semestinya dengan Water Resistant Cover PERCUMA bernilai RM99. Jangan lepaskan promosi pelancaran eksklusif ini. Sementara stok masih ada. Ketahui lebih lanjut: http://spr.ly/6189JRdK9

SAMSUNG | FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !