Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Ulasan Penuh

Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Ulasan Penuh

Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Ulasan Penuh | Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby ingin berkongsi ulasan penuh tentang telefon pintar yang futuristics ini dengan lebih menyeluruh. Ulasan untuk bahagian-bahagian tertentu di Galaxy Z Flip3 5G yang Ruby ingin highlights, Ruby akan buat artikel khas. Agar ia lebih jelas dan padu! Hehehe. 

Okay, berbalik kepada ulasan penuh telefon ini setelah Pandang Pertama. Dari mata, turun ke hati. Seterusnya cek tabung. Hahaha. Apabila jenama Samsung buat pengumuman di Galaxy Unpacked. Korang kena join, Samsung pasti ada teknologi baru dan mesti ada yang tangkap jiwa anda.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Ulasan Penuh 

Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Ulasan Penuh

Setiap orang mempunyai cara bagaimana ingin menggunakan telefon pintar. Malah tujuan kehidupan kita juga berbeza. Kita seharusnya menghargai kehidupan kita. Ukur baju di badan sendiri. Teknologi dicipta untuk membantu manusia. Jadi, manfaatkannya dengan cara yang kita selesa. Sayangi diri kita. Itu paling penting. Telefon pintar seharusnya teman peribadi yang tiada galang gantinya. 

Penggunaan telefon pintar tidak tertumpu kepada remaja, wanita atau lelaki bekerjaya, ibu bapa yang sudah pencen. Jika ia memudahkan mereka, kenapa perlu menyekat dunia mereka dari terbuka? Ruby sering melihat ada yang menggunakan telefon pintar sekadar untuk video call anak dan cucu. Ada yang menggunakan telefon pintar dipenuhi dengan tripod, ring light, power bank dicucuk. 

Telefon pintar adalah pembantu kita, kenapa perlu kita jadi hectic bersama telefon pintar. Betul tak?

Galaxy Z Flip3 5G ternyata membuka lembaran baru dalam kehidupan Ruby. Dari membuka kotak, mengemas kini perisian dan menggunakannya. Ia adalah pengalaman yang sangat berbeza. Walaupun pernah ada pengalaman menggunakan telefon pintar yang boleh dilipat. Galaxy Z Flip3 5G ternyata berbeza.

Warna Segar Mengikut Personaliti Anda

Percaya atau tidak, pemilihan telefon pintar pada masa kini bergantung kepada penampilan seseorang? Ada yang memiliki personaliti klasik, ceria dan serius. Walau apa pun personaliti anda, Galaxy Z Flip3 5G pasti akan menonjol. Ruby menyukai warna klasik dan cerah. Cerah yang lebih kepada pastel. Semasa melihat Galaxy Z Flip3 5G, Ruby sudah menyukai warna Phantom Black. 

Niat dalam hati, nak telefon pintar futuristics tetapi dalam masa yang sama risau tidak mahu nampak comot. Cantiknya warna Cream. Tapi, Ruby ni lasak. Dilema betul! Kedua-dua warna ini sesuai dengan penampilan Ruby. Sebagai ibu, sebagai blogger, sebagai influencers, sebagai isteri, sebagai pekerja dan usahawan. Jadi, ia adalah love hate situation.  

Samsung ni paling Ruby suka adalah mereka ni faham kegelisahan pengguna. Sesuai ke telefon ni untuk aku? Lepas tu anda buka sahaja laman web Samsung atau lihat hashtag media sosial #GalaxyZFlip35G, maka berlambaklah keluar gambar dan video. Kita boleh membayangkan warna itu sesuai dengan kita atau tidak. Oleh kerana itu, Ruby fikir Why not try Cream? Lagi pula Galaxy Z Flip3 5G ni kan comel. Hahaha. 


Reka Bentuk Padat


Telefon pintar bersaiz penuh yang boleh dilipat agar sesuai dengan poket bersaiz kecil. Reka bentuk kompak yang dilipat secara visual dan 4.2 "ini memberikan kemudahan terbaik untuk setiap pergerakan anda. Diukur secara menyerong ketika dilipat, merangkumi sudut bulat.

Cover Screen Luar Biasa


Skrin Penutup 1,9 inci memaparkan pelbagai pemberitahuan dan membolehkan anda berinteraksi secara intuitif dengannya. Anda juga boleh mengambil gambar selfie menggunakan Kamera Belakang Dwi dan melihat pratonton di skrin penutup ikonik. Diukur secara menyerong, ukuran Skrin Penutup Galaxy Z Flip3 5G adalah 1.9" di segi empat penuh dan 1.8" dengan penjuru sudut bulat; kawasan yang dapat dilihat sebenarnya kurang kerana sudut bulat dan lubang kamera.


Walaupun saiz kecil, ia sangat membantu urusan harian Ruby. Dari menjawab panggilan dengan pembesar suara, kemudian notifikasi mesej terus terpapar, paparan senarai muzik yang sedang dimainkan dan boleh mengambil gambar dari skrin comel itu. Ruby rasa kehidupan sangat lengkap. Inilah rutin harian Ruby. 

Material Luaran Yang Lebih Berkualiti


Galaxy Z Flip3 5G dibuat dengan bingkai aluminium terkuat di lipat kami, melindungi engsel supaya anda dapat membuka dan memberi tumpuan kepada perkara penting. Penutup Depan dan Penutup Belakang pada Galaxy Z Flip3 5G diperbuat daripada kaca paling teguh pada Galaxy Z.

Mod Flex


Mengambil gambar dengan lebih mudah daripada yang anda dapat sebelumnya dengan mod Flex. Dengan pegangan tangan yang stabil, yang perlu anda lakukan ialah menyesuaikan sudut dan mundur untuk selfie bebas tangan. Aplikasi tertentu mungkin tidak menyokong mod Flex. Mod Flex disokong pada sudut antara 75 ° dan 115 °.

Kalis Air


Galaxy Z Flip3 adalah telefon pintar lipat kalis air pertama di dunia, dengan penarafan IPX8. Ia boleh bertahan dalam 1.5 meter air tawar sehingga 30 minit. Galaxy Z Flip3 5G dinilai sebagai IPX8. IPX8 berdasarkan keadaan ujian untuk tenggelam dalam air tawar hingga 1.5 meter sehingga 30 minit. Tidak dinasihatkan untuk penggunaan di pantai atau di kolam renang. Tidak tahan habuk.

Cip Terpantas Di Galaxy Z

Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Ulasan Penuh


Pemproses 5nm dikuasakan oleh GPU, CPU dan NPU yang ditingkatkan. Tambahkan RAM 8GB, dan Galaxy Z Flip3 5G memberikan prestasi permainan untuk memenuhi keperluan anda untuk kelajuan. Memerlukan sambungan 5G yang optimum. Kelajuan sebenar mungkin berbeza bergantung pada negara, syarikat penerbangan dan persekitaran pengguna.


Bixby! Bixby! Bixby!


Sejak mengenali Bixby, banyak yang telah dia bantu Ruby. Kadang-kadang Ruby sengaja bersembang dengan Bixby. Macam bantu Ruby bila nak bercakap sikit dengan seseorang. Bixby, can you check today weather? Hi Bixby! Bixby tell me something good today? Hehehe.

Bateri 3,300mAh


Sama ada anda memiliki Galaxy Z Flip3 5G 128GB atau 256GB, bateri yang disediakan adalah 3,300mAh. Bagi Ruby, inilah kekurangan Galaxy Z Flip3 5G. Satu je kekurangan. Kelebihan terlalu banyak. Jadi, Ruby akan menjaga telefon pintar comel ini dengan sebaiknya. Pastikan pasang aplikasi yang benar-benar anda guna sahaja. Sentiasa cek notifikasi bar dan aplikasi yang sedang aktif. CLOSE ALL! 


Jom Sertai #TeamFlip

      
Mulai sekarang hingga 21 September 2021, pra-pesanan Galaxy Z Flip3 5G sekarang untuk menerima e-baucar bernilai RM600 untuk dibelanjakan di Samsung Malaysia Online Store dan kekal bebas daripada jaminan standard dengan nilai perlindungan Samsung Care + bernilai RM699, percuma selama 1 tahun!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran pra-pesanan, sila lawati:

Untuk membuat pra-pesanan Galaxy Z Flip3 5G terkini, sila lawati pautan di bawah:

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. waa..nice...selain design n fungsinya yg canggih...kalau tanya saya pasal samsung baru ni perkara yang paling menarik iklan dia.. setiap kali iklan keluar mesti nk terikut menyanyi..hihihi

    BalasPadam
  2. Nak jadi team ni jugak Ruby. Akak dah terminat design dia ni. Kalau Maxis boleh ambik phone ni melalui pakej Zerolution. Berkenan design dia comel.

    BalasPadam
  3. Mana2 je nampak Galaxy Z Flip3 5G ni tau. Geram tengok. Smart giler. Hari tu tgk running man dok promote, lagi jadi geram. Tggu tabung penuh kita tgk cmne. Harap dpt cari teman baru utk bixby yg ada ni. Haha.

    BalasPadam
  4. Lalu lalang iklan dia, tapi takpela, pejam mata dulu..ehehe. Kalis air tu phone dia, pergh, bila kena air takda la risau

    BalasPadam
  5. Lama dah usha nak sambar satu Samsung Flip ni sejak tengok cerita kdrama dodol solsol lalasol . Akak memang suka phone flip sebab rasa cool. Warna yang akak suka pulak Lavender. Berkenan sungguh aih . Ni tengah menabung sikit2. Harap2 adalah rezekinya. Amin aminn

    BalasPadam
  6. Lawa lah design galaxy flip 3 ni...nampak elegan. Suka feature dia yang kalis air sebab tak risau nak wefie dan selfie dalam pool...hihi

    BalasPadam
  7. Wahhhh handphone baru samsungggggg! Menarik betul siap ade e baucher rm600 dan perlindungan selama 1 tahun. Ehhh berbaloi betulllll... menawan kalbu betul

    BalasPadam
  8. Berbaloi beli sekarang sebab ada voucher RM600 tu kan, adik ipar nak beli dia cakap. Akak pon cam nak tapi cam ntah la biar dulu..haha

    BalasPadam
  9. dapat evaucer tu mcm lumayan gak..600 agak byk...suka dengan spec dan design phone ni.. kena la simpan duit mcm ni hehehe

    BalasPadam
  10. Akk tau x hp flip2 ni mmg style kite... Design dia sumpah lawa.. Xtau la bg org lain.. Tp suka sgt tgok... Spec dia pun byk yg ok... Takpe satgi nk pi pinang... Kumpul duit skit lg hihi

    BalasPadam
  11. Menarik juga ye phone Samsung Galaxy Z Flip ni.. teringat zaman Nel pakai first phone, boleh flip2 tapi now dah canggih giler.. boleh consider this in near future.. (Y)

    BalasPadam
  12. Semalam tengah syok mancing Laki bukak cite pasal hp ni haa..katanya kawannya pakai hp lipat hahahaha.. Sis rasa hp ni yang dia maksudkan.. kata Laki, lawaa, kecik je masuk poket, jejangan dia dah terpikat sama hahahaha

    BalasPadam
  13. Tgk Samsung Galaxy Z Flip3 5G tu mcm teringin jgk tapi selagi tepon elok lg kita guna dulu, bila dah rosak baru blh cari yg lain

    BalasPadam
  14. Selalu tengok drama korea diaorang pakai flip ni..adoiii baca review Ruby ni alahai teringin lak rasa wakaka..

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.