Pandang Pertama Galaxy Z Flip3 5G

Pandang Pertama Galaxy Z Flip3 5G

Assalammualaikum semua! Akhirnyaaaa Ruby berjaya merasai apa yang digilai oleh semua Samsung-rians. Galaxy Z Flip3 5G kini berada di genggaman Ruby! Ternyata, perasaan teruja dan seronok menguasai diri. Hahaha. 


Pandang Pertama Galaxy Z Flip3 5G


Banyak informasi berkenaan Galaxy Z Flip3 5G telah Ruby kongsikan di blog dan pra-pesanan juga mendapat sambutan yang luar biasa! Seluruh dunia menantikan Galaxy Z Flip3 5G rupanya! Harga pun mampu milik. 128GB RM 3,999 atau 256GB RM 4,199. Mana satu idaman kalbu? 

Buka Kotak Galaxy Z Flip3 5G


1. Telefon Pintar Galaxy Z Flip3 5G
2. Data Cable Type C to C
3. Ejection Pin
4. Nota Waranti dan Quick Start.

Sewaktu membuka kotak, Ruby teringat program PlanetFirst dari Samsung. Melalui inovasi teknologi terkini, pihak Samsung akan sedaya upaya menghasilkan produk yang mesra bumi.

Samsung Electronics meletakkan asas untuk pengurusan eko sebagai falsafah untuk abad ke-21 dalam Samsung Environmental Declaration pada tahun 1992. Sejak itu, Samsung telah melampaui kepatuhan pasif hanya pada peraturan dan undang-undang alam sekitar. 

Samsung telah melaksanakan pengurusan eko, menawarkan penyelesaian mesra alam kepada pelanggan dan memimpin jalan menuju masa depan yang lestari. Persekitaran yang sihat sangat penting untuk masa depan kita.

Bungkusan yang mesra alam sekitar, menggunakan kotak bersaiz padat dengan barang wajib dalam sesebuah telefon pintar baharu. Material kotak mudah di kitar semula. 

Kenali Galaxy Z Flip3 5G


Saiz paparan skrin:
Skrin Utama : 6.7" Dynamic AMOLED 2X (2640 x 1080)
Cover Screen : 1.9" Super AMOLED (260 x 512)

Dimensi:
Buka : 72.2 x 166 x 6.9 mm
Tutup : 72.2 x 86.4 x 17.1~15.9 mm

Berat: 183g

Processor: Qualcomm Snapdragon 888 
Octa-core

Max. display refresh rate: 120 Hz (main)

Kamera:
12MP Wide
12MP Ultra wide
Front Camera: 10MP Front Main

Bateri: 3,300mAh (typical)

Memori: 8GB

Storan: 256GB / 128GB

Dunia Terbuka Dengan Galaxy Z Flip3 5G


Menggunakan telefon pintar yang boleh dilipat adalah sesuatu yang nostalgia bagi Ruby. Ini kerana, kali terakhir Ruby menggunakan telefon yang boleh dilipat pada sekitar tahun 2008. Ia adalah pengalaman biasa. Telefon itu perlu dibuka untuk memulakan penggunaan. Kemudian paparan di bahagian hadapan hanya menunjukkan masa, jumlah missed call, sms dan peratusan bateri. Hehe. 

Tetapi dengan Galaxy Z Flip3 5G. Ia adalah sangat luar biasa! Ruby terpegun dengan apa yang ditawarkan oleh Samsung. Harga RM 3,999 dan Ruby dapat semua teknologi terkini Samsung??? Unbelivable!


Cover Screen Galaxy Z Flip3 5G Futuristics 


Pada mulanya, Ruby hanya menggunakan telefon pintar Galaxy Z Flip3 5G ini seperti biasa. Belum teroka sepenuhnya. Namun, apabila kad sim dimasukkan. Menerima panggilan telefon pertama dari suami amat mengujakan. Ruby hanya slide sahaja untuk menjawab panggilan dan secara automatik kami berkomunikasi menggunakan loudspeaker. Daebak!!!
Kemudian Ruby menerima video call juga boleh dipaparkan di Cover Skrin ini juga. Wowww! Bila dah cuba telefon ini, baru Ruby dapat merasai kehebatannya. Tak kenal maka tak cinta. Pandang pertama Galaxy Z Flip3 5G memang ternyata buat Ruby jatuh cinta!

Jadi, buat anda yang sudah membuat pra-pesanan. Ia adalah pilihan yang tepat! High 5 #TeamFlip! 

Catat Ulasan

0 Ulasan