DIY Jahit Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe

Assalammualaikum semua! Baru-baru ini ada situasi berlaku. Nak tergelak fikir macam mana ia boleh berlaku. Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe ni kami beli masa bulan Jun 2020 di kedai perabot. Huishhh tak sangka dah setahun lebih menikmati tidur yang selesa dan tiada lagi sakit belakang. Tilam ini adalah pelaburan yang bijak sepanjang hidup Ruby. Hahaha. 

Situasi yang Ruby nak kongsikan dengan anda semua adalah, benang jahitan tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe ni tetas. Kami suami isteri perasan bahagian bawah tilam ni terbuka semasa selepas solat. Terus kami selak cadar tilam. Laaaa dah terbuka. 

DIY Jahit Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe



Bukan main besar dah terbuka. King Koil ni ada 10 tahun waranti, tetapi pada musim duduk rumah diam-diam ni. Rasa macam rumit je urusan nak minta bantuan King Koil. Ruby pun masuk ke Google. Tengok video youtube industri menjahit tilam dan sofa. Mereka guna benang khas. Jarum pun lain dari jarum jahitan tangan yang Ruby ada. 

Okay dah selesai menonton video. Ruby masuk Shopee. Cari benang dan jarum. Mula-mula search jarum jahit sofa, jarum jahit kasut dan jarum jahit guni. Hahaha. Gigih kan? Kemudian apabila dah jumpa jarum, Ruby masuk ke kedai penjual jarum. Cek lah dalam tu kot kot ada jual benang sekali. 

Yes!! Ada jual benang sekali. Ruby pun beli benang yang warnanya seakan-akan sama dengan tilam. Alhamdulillah penjual dari Melaka aje! Jadi, parcel cepat sampai. 



Kedua-dua barang dari kedai yang sama. Jadi, Ruby tambah jarum peniti untuk hijab agar lebih RM 15. Boleh dapat FREE SHIPPING dari Shopee dan Seller. 

Operasi Menjahit Tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe.



Alhamdulillah dah selesai menyelamatkan tilam kayangan Ruby ni. Haha. Walaupun tidak selurus jahitan kilang King Koil. Tetapi Ruby berjaya menyelamatkan tilam dari terdedah terbuka lama. Mungkin span akan terkeluar atau paling menakutkan apabila serangga mula masuk ke dalam tilam dan membina sarang. Nauzubillahminzalik. Kebersihan dan menjaga barang adalah keutamaan Ruby. 

Sakit juga jari telunjuk selepas selesai menjahit. Hahaha. Ruby juga tertanya-tanya bagaimana benang tilam boleh tertas. Rupa-rupanya anak terunaku dua orang ni panjat bed frame sekali dengan bahagian bawah tilam King Koil First Knight Oxford Deluxe untuk naik ke atas katil. Aiyaaaaaaa. Sabar je laaa. 🤦🏻‍♀️
أحدث أقدم