Doa Selepas Bersin, Ketika Mendengar Orang Bersin Dan Setelah Mendengar Doa Bersin Dari Orang Lain

Doa Selepas Bersin, Ketika Mendengar Orang Bersin Dan Setelah Mendengar Doa Bersin Dari Orang Lain

Ruby
4

Doa Selepas Bersin, Ketika Mendengar Orang Bersin Dan Setelah Mendengar Doa Bersin Dari Orang Lain | Assalammualaikum semua! Bab bersin ni sebenarnya Ruby sedang melatih anak-anak untuk mendoakan seseorang yang sudah bersin. 

Sebab Ruby ada terdengar mereka mengajuk bersin. Mereka masih tidak faham apa perlu buat. Cuma, apabila mereka bersin, mereka tahu menyebut Alhamdulillah. Jadi, selain mendidik anak-anak. Ruby kongsikan di blog juga ya.

Doa Selepas Bersin, Ketika Mendengar Orang Bersin Dan Setelah Mendengar Doa Bersin Dari Orang Lain.

Menjadi kerisauan Ruby jika anak-anak menjadi biadab di khalayak ramai. Mungkin di rumah, mereka anggap perkara itu lucu. Mengajuk cara bersin ayah, ibu, abang dan adik. Bagaimana jika di sekolah? tempat awam? atau bersama saudara mara? Haru biru!

Doa Selepas Bersin, Ketika Mendengar Orang Bersin Dan Setelah Mendengar Doa Bersin Dari Orang Lain


Sumber gambar dari Facebook Quran Hour

Yang pertama, bagi orang yang bersin, disyariatkan untuk mengucapkan hamdalah, dalam versi pendek:

اَلْحَمْدُ ِللهِ

ALHAMDULILLAAH
“Segala puji bagi Allah”
[HR. Al-Bukhari no. 6223, at-Tirmidzi no. 2747]


Bisa juga jika ditambahkan pujian tersebut dengan lebih lengkap:

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

ALHAMDULILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN
“Segala puji bagi Allah Rabb seru sekalian alam.”
[HR. Al-Bukhari di dalam al-Adaabul Mufrad no. 394, an-Nasa-i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 224, Ibnu Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no.259. Lihat Shahihul Jami’ no. 686]


اَلْحَمْدُ ِللهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

ALHAMDULILLAAHI ‘ALAA KULLI HAAL
“Segala puji bagi Allah atas segala hal”
[HR. Ahmad I/120,122, at-Tirmidzi no. 2738, ad-Darimi II/283, al-Hakim IV/66. Lihat Shahih at-Tirmidzi II/354 no. 2202]


Ada antara kita yang mendengar orang mengucapkan doa bersin (alhamdulilllaah), maka kita pun disyariatkan untuk mendoakan orang yang bersin tersebut dengan doa yang mudah juga indah dan penuh berkah:

يَرْحَمُكَ اللهُ

YARHAMUKALLAH
“Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu.”


Ini sabda Nabi,

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللهَ: فَشَمِّتُوْهُ فِإِنْ لَمْ يَحْمَدِ اللهَ فَلاَ تُشَمِّتُوْهُ.

“Jika salah seorang dari kalian bersin lalu mengucapkan alhamdulillah, maka hendaklah kalian mengucapkan tasymit (ucapan yarhamukallah) baginya, namun jika tidak, maka janganlah mengucapkan tasymit baginya.”
[HR. Muslim no. 2992]

يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ


YAHDIKUMULLAHU WA YUSHLIHU BAALAKUM
“Semoga Allah memberikan pada kalian petunjuk dan memperbaiki keadaan kalian.”
[HR. Ahmad IV/400, al-Bukhari dalam al-Adaabul Mufrad II/392 no. 940, Abu Dawud no. 5058, an-Nasa-i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 232, at-Tirmidzi no. 2739, al-Hakim IV/268. Lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi II/354 no. 2201]


Semoga dapat diamalkan dan semoga bermanfaat.

Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. alhamdulillah... tapi selalu lupa balasan bacaan yarhamukallah tu

    ردحذف
  2. informasi yang sangat bermanfaat...mudahan kita semua beristiqamah untuk melakukannnya ..

    ردحذف
  3. Selalau memang terjerit sendiri yarhamukallah bila dengar orang atau kawan sebelah bersin hahahaha.. kita plak di gelakkannya hahaha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !