Abbott Perkenal PediaSure 10+ Untuk Memacu Tumbesaran Remaja Di Malaysia.

Abbott Perkenal PediaSure 10+ Untuk Memacu Tumbesaran Remaja Di Malaysia.

Ruby
0

Remaja memerlukan sehingga dua kali ganda nutrien yang penting untuk tumbesaran berbanding kanak-kanak lebih muda. Namun, remaja di Malaysia gagal memenuhi keperluan diet mereka. PediaSure 10+ dirumus secara khusus untuk remaja berusia 10 hingga 15 tahun, menawarkan penyelesaian nutrisi yang lengkap dan seimbang bagi menyokong berat badan dan ketinggian sewaktu lonjakan tumbesaran.


Abbott Perkenal PediaSure 10+ Untuk Memacu Tumbesaran Remaja di Malaysia.




Abbott telah melancarkan PediaSure 10+, menawarkan penyelesaian nutrisi kanak-kanak terbaru mereka. Ini merupakan produk pertama Abbott yang dikhususkan untuk kanak-kanak berusia 10-15 tahun - melambangkan satu tonggak penting dalam komitmen Abbott untuk membantu menyokong potensi tumbesaran kanak-kanak yang menghadapi risiko kekurangan nutrisi. PediaSure 10+ mengandungi protein yang bermutu tinggi serta diperkaya dengan 38 nutrien, termasuk arginina dan vitamin k2 semula jadi, bagi menyokong berat badan, ketinggian dan kesihatan imuniti yang optimum.

Meskipun nutrisi penting pada setiap peringkat kehidupan, ia memberi sokongan kritikal dalam dua fasa lonjakan tumbesaran utama yang dilalui kanak-kanak. Lonjakan tumbesaran kedua bermula di awal fasa keremajaan, di mana diet mereka lazimnya lalai sekaligus menjejaskan kuantiti pengambilan nutrien. Menurut satu tinjauan kebangsaan, remaja di Malaysia bukan sahaja tidak mengambil nutrien tumbesaran utama yang mencukupi seperti kalsium, vitamin D dan zat besi, malah kerap mengabaikan pengambilan makanan di waktu makan utama. 

“Fasa keremajaan ialah fasa kedua yang kritikal bagi memaksimumkan tumbesaran linear. Pengambilan nutrisi yang mencukupi dalam tempoh ini mustahak untuk menyokong tumbesaran yang lebih rancak, selain dapat membantu mengejar tumbesaran dan memenuhi potensi genetik mereka.

Diet remaja Malaysia yang tidak memadai menyumbang kepada kemerosotan tumbesaran, serta menjejaskan perkembangan tulang, otot, dan fungsi imun - yang memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.” kata Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Nutrisi di Abbott.

Kanak-kanak dapat mencapai sehingga 20% daripada ketinggian muktamad mereka serta 45% daripada jumlah jisim tulang manusia dewasa ketika melalui lonjakan tumbesaran. Bagi menyokong perubahan dramatik ini dalam tumbesaran dan perkembangan, remaja memerlukan sehingga dua kali ganda atau lebih nutrien tumbesaran berbanding kanak-kanak lebih muda. 


Namun, apabila kanak-kanak mempunyai kebebasan membuat pilihan pemakanan dan citarasa tersendiri, ibu bapa dan penjaga akan berdepan cabaran lebih besar untuk memenuhi keperluan nutrisi mereka. 

Diet serta pengambilan nutrien yang tidak memadai, telah mencetuskan satu trend membimbangkan di Malaysia, khususnya apabila remaja kita didapati sehingga 6cm lebih rendah daripada daripada rujukan piawaian ketinggian WHO bagi remaja berusia antara 10-17 tahun.


“Sokongan nutrisi pada fasa awal keremajaan adalah kritikal bagi mereka yang berisiko atau ketinggalan dalam tumbesaran untuk memperbetulkan tumbesaran sebelumnya dan mengejar ketinggian muktamad2, sebelum plat pertumbuhan dalam tulang ditutup di hujung akil baligh.” kata Dr Chen Seong Ting, pakar diet di IMU Healthcare


PediaSure 10+ dibangunkan berdasarkan kepakaran sains PediaSure, iaitu jenama berpengalaman lebih 30 tahun dalam mempelopori sains tumbesaran bagi memacu pemahaman impak nutrisi terhadap tumbesaran kanak-kanak. 

Produk bernutrisi ini membekalkan nutrien penting, termasuk lebih kandungan protein dan nutrien tumbesaran untuk menyokong petumbuhan linear dan kualiti tulang ketika lonjakan tumbesaran terakhir melalui: 

  • 2x jumlah kalsium dan vitamin k2 semula jadi untuk menyokong perkembangan tulang berbanding dengan varian PediaSure 1-10 

  • 100% keperluan Vitamin D harian (dengan dua hidangan sehari)

  • Antioksidan (Vitamin C, Vitamin E, dan zink) serta prebiotik FOS bagi membantu meningkatkan sistem imun badan


Didatangkan dalam perisa coklat dan vanila, PediaSure 10+ kini boleh didapati di seluruh Malaysia di kebanyakan peruncit dan kedai dalam talian yang utama, dengan harga runcit saranan RM99.90. Untuk maklumat lanjut tentang PediaSure 10+, layari https://pediasure.com.my/ atau facebook.com/ MyAbbottCares.


Mengenai Abbott


Abbott adalah pemimpin penjagaan kesihatan global yang membantu orang hidup dengan lebih sempurna di semua peringkat kehidupan.  Portofolio teknologi mengubah hidup kami merangkumi spektrum penjagaan kesihatan, dengan perniagaan dan produk terkemuka dalam diagnostik, alat perubatan, pemakanan dan ubat generik berjenama. 107,000 rakan sekerja kami melayani orang di lebih daripada 160 negara.

Laman Web: www.abbott.com

LinkedIn: www.linkedin.com/company/abbott-/

Facebook: www.facebook.com/Abbott

Twitter: @AbbottNews @AbbottGlobal.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !