20,000 Pek Bekalan Nutrisi Nestlé EVERYDAY Disumbangkan Kepada Keluarga B40

20,000 Pek Bekalan Nutrisi Nestlé EVERYDAY Disumbangkan Kepada Keluarga B40

Nestlé EVERYDAY® bekerjasama dengan NGO untuk menyampaikan lebih 20,000 Pek 'Bekalan Nutrisi' kepada keluarga B40. Dalam usaha untuk memberikan sokongan nutrisi kepada komuniti yang terjejas dan berpendapatan rendah, Nestlé EVERYDAY® telah bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) bagi mengedarkan lebih 20,000 pek "Bekalan Nutrisi" kepada keluarga B40, baru-baru ini.


20,000 Pek Bekalan Nutrisi Nestlé EVERYDAY Disumbangkan Kepada Keluarga B40


Inisiatif komuniti ini adalah sebahagian daripada kempen "Bekalan Nutrisi" Nestlé EVERYDAY® yang bertujuan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pengambilan nutrisi yang baik untuk penjagaan kesihatan, di kala berdepan dengan pelbagai cabaran pandemik COVID-19. 


Setiap pek dilengkapi dengan Susu Tepung Nestlé EVERYDAY® 300 gram dan NESTUM® All Family Cereal 250 gram yang dapat membekalkan vitamin dan mineral penting bagi menyokong pertumbuhan kanak-kanak dan kesejahteraan keluarga. Pemakanan sihat dan seimbang amat penting dalam mengekalkan sistem imunisasi yang baik bagi mencegah, melawan dan memulihkan masalah kesihatan, serta memperkuatkan daya tahan diri.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Milks Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad, Lam Pui Yuee berkata, "Ini adalah masa yang kritikal untuk memastikan semua rakyat Malaysia, terutamanya keluarga daripada golongan B40 yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah untuk mendapatkan nutrisi asas. 

Cabaran kewangan dan gaya hidup yang tidak aktif sepanjang tempoh pandemik COVID-19 menyebabkan kebanyakan ahli keluarga dan kanak-kanak terabai dari segi pemakanan yang sihat dan seimbang. Harapan kami agar dapat meningkatkan kesedaran dan membawa perubahan yang berkesan, dalam meningkatkan pengambilan nutrisi terutamanya di kalangan komuniti rentan."

Menurut kajian yang dilakukan oleh UNICEF dan United Nations Population Fund (UNFPA) bertajuk "Families on the Edge" (Mei 2021)1, terdapat peningkatan dalam tahap kebimbangan terhadap pemakanan dan nutrisi di kalangan keluarga berpendapatan rendah semasa pandemik, di mana masalah kekurangan zat makanan dan obesiti semakin lazim dalam komuniti B40 di Malaysia.

Menurut Puan Suria Binti Jamaludin dari PPR Desa Rejang, "Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak Nestlé EVERYDAY® dan Empire Project dengan tangan yang terbuka, terutamanya bagi golongan miskin yang terkesan akibat pandemik ini. 

Lebih daripada 2,000 isi rumah di PPR Desa Rejang ini amat memerlukan sumbangan makanan dan tidak mendapat keperluan nutrisi dan zat makanan yang mencukupi kerana kurang berkemampuan. 

Oleh itu, kami amat beruntung dan bersyukur kerana pek ‘Bekalan Nutrisi’ ini dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tempoh pandemik ini.”

Empire Project telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu dan berfungsi sebagai NGO bebas yang menjalankan aktiviti kebajikan di seluruh Malaysia termasuk Bantuan Bank Makanan COVID -19 dan pemberian makanan kepada golongan gelandangan.  

Pengasas Empire Project, Encik Mohd Ashraff Khan berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif kepada keluarga berpendapatan rendah, serta mengakibatkan kesan yang buruk terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. 

Bilangan mereka yang memerlukan bantuan makanan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lalu. "Saya berharap agar lebih ramai individu dan organisasi tampil bersama demi kepentingan negara Malaysia dan terus saling bantu membantu," gesa Ashraff.

Sementara itu, Encik Abdul Razak Bin Mamut dari PPR Ayer Panas yang mewakili penerimaan pek 'Bekalan Nutrisi' juga berkongsi bahawa sebilangan keluarga terpaksa memilih di antara membayar bil isi rumah atau membeli makanan. 

Krisis kekurangan zat makanan di Malaysia amat membimbangkan. Beliau menzahirkan rasa syukur kerana menerima sumbangan ikhlas daripada pihak Nestlé EVERYDAY® bagi penduduk PPR Ayer Panas.

“Kami di Nestlé menyedari cabaran yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah, yang telah mengakibatkan kekurangan nutrien di kalangan komuniti B40. 

Komitmen kami terhadap pemakanan sihat dapat dilihat dalam usaha berterusan kami untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang enak, berpatutan dan berkhasiat buat semua rakyat Malaysia dan kami akan terus membantu mereka yang memerlukan,” tambah Pui Yuee.

Selain itu, Nestlé juga bekerjasama dengan ElewsMart untuk memudahkan rakyat Malaysia menyumbang ke arah kebajikan. Dengan pembelian minimum sebanyak RM15 dan ke atas bagi mana-mana produk susu Nestlé, iaitu NESTLÉ EVERYDAY®, NESTLÉ OMEGA PLUS®, NESPRAY® dan NESTUM® di cawangan ElewsMart di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur, pelanggan akan menerima satu pek ‘Bekalan Nutrisi' (sementara stok masih ada) yang boleh juga didermakan kepada pihak ElewsMart untuk tujuan pengagihan bank makanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'Bekalan Nutrisi', sila layari https://www.dearnestle.com.my/milks-bekalan-nutrisi


Mengenai Nestlé EVERYDAY®


Susu Tepung NESTLÉ EVERYDAY® dengan NUTRIKUAT membekalkan nutrien yang penting seperti kalsium, vitamin A dan C, zat besi, zink dan protein, untuk memberi khasiat kepada seisi keluarga. Dengan hanya 2 gelas susu NESTLÉ EVERYDAY®, ia dapat membekalkan 100% keperluan Vitamin C *!

* Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrisi Malaysia, umur 4-6 tahun (2017)


Tentang Nestlé Malaysia


Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai lebih 270,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti.  Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Catat Ulasan

0 Ulasan