Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Ruby
0

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A7 Lite. | Assalammualaikum semua. Baru-baru ini Ruby ada kongsikan tentang Galaxy Tab A7 Lite untuk Adam. Ramai memberi maklum balas yang positif. Ini kerana mereka juga memerlukan peranti khas untuk proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Ada juga yang memerlukan Tab untuk kelas tuisyen harian bagi anak-anak yang belum bersekolah. Ramai ibu bapa percaya, apabila memberi peranti khas untuk anak mereka. Anak akan lebih fokus, menghargai pemberian peranti, belajar bersungguh-sungguh dan paling nampak perubahan ketara adalah anak sudah pandai berdikari. Merekq lebih berkeyakinan mencuba untuk memuat naik tugasan sekolah di dalam Google Classroom. Bangun awal untuk hadir kelas Google Meet. Malah bersedia untuk lakukan tugasan yang perlu merekod. Seperti bacaan hafazan Al-Quran, bercerita dan lain-lain. 

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A7 Lite


Baca >>




Oleh kerana itu, Ruby ingin berkongsi spesifikasi yang anda perlu tahu tentang Samsung Galaxy Tab A7 Lite. Diharap ia dapat membantu mereka yang mencari peranti ini. 

Samsung Galaxy Tab A7 Lite dijual dengan harga bawah RM 700. Harga mampu milik dan berbaloi-baloi. Disediakan dalam dua warna iaitu Silver dan Dark Grey. Ia adalah warna asas untuk peranti tab. Tidak seperi Galaxy Tab S6 yang mempunyai warna lebih kepada gaya korporat. 

Samsung Galaxy Tab A7 Lite bersaiz 8.7 inchi dan 1340 x 800 Pixels. Sesuai untuk tangan kanak-kanak dan orang dewasa. Storan memori bagi peranti ini adalah 64GB internal dan boleh memuatkan memori SDcard sehingga 1TB. 

Kapasiti bateri adalah 5100mAh yang boleh bertahan sehingga dua hari. Melalui pengalaman anak Ruby menggunakan peranti pada waktu siang PdPR 8 pagi hingga 3 petang selama 2 hari. Bateri masih ada. 

Kamera Samsung Galaxy Tab A7 Lite mempunyai auto fokus serta flash bagi kamera bahagian utama. 8 Mega Pixel dan boleh snap gambar atau merekod video. Ini sudah memadai untuk snap dan merekod hasil kerja sekolah yang sudah selesai dan muat naik di Google Classroom. Manakala kamera selfie hadir dengan 2 Mega Pixel. 

Keselamatan Peranti Samsung Galaxy Tab A7 Lite Untuk Anak-Anak.


Anak-anak, walaupun nampak boleh berdikari. Pemantauan ketat perlu sentiasa ibu bapa awasi. Ada kalanya bukan disebabkan mereka mencari, tetapi paparan iklan pemainan dalam talian terlalu mengasyikkan. Ruby sering melakukan pemantauan peranti anak-anak setiap malam sebelum tidur. Ia sudah menjadi rutin sejak Youtube memaparkan kartun tidak senonoh beberapa tahun dahulu. Banyak video yang disarankan melibatkan anak-anak bawah umur tidak bersesuaian. Youtuber menghasilkan video hamil memakai costume super hero dan ada juga Youtuber yang menyunting video kartun animasi Malaysia keterlaluan seperti hamil, perkahwinan dan lain-lain. Ia diantara perkara yang menakutkan dikalangan ibu bapa. 

Untuk Samsung Galaxy Tab A7 Lite, proses pemantauan menjadi lebih mudah kerana terdapat fungsi keselamatan. Ia membantu ibu bapa memantau dan sambil itu, Samsung Kids juga membantu. Jika anda bimbang tentang faktor keselematan lain, Samsung Knox ada. Ia akan melindungi data privasi dari serangan malware atau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 


Selain dari itu, cara Ruby memantau anak dari memuat turun permainan video atau mencari sebarang aplikasi di Google Play Store atau Samsung Store. Ruby telah set fungsi notofikasi tidak terpapar. Lagi satu, Ruby sorok beberapa aplikasi dari pengetahuan anak. Fungsi ini akan diketahui juga pada masa akan datang oleh anak-anak. Mungkin pada usia belasan tahun. Adam baru 7 tahun, jangan ingkar apa ibu telah susun atur. Demi kesejahteraan minda dan fokus kepada pelajaran. 


Apabila menggunakan Samsung Galaxy Tab A7 Lite, jika anda menetapkan alamat email dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia hanya boleh digunakan oleh email itu sahaja. Jika ingin masuk email personal yang terpaut dalam Google Family Link anak anda, anda perlu Sign Out dari email Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi, Ruby fokus untuk pendidikan sahaja dengan Samsung Galaxy Tab A7 Lite.

Dalam Kotak Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Apa yang terdapat di dalam kotak Samsung Galaxy Tab A7 Lite? Peranti, Bateri, wayar C to C, 3 pin plug dan nota waranti. 


Jadi, apa pendapat anda tentang Samsung Galaxy Tab A7 Lite? 


Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !