Pengalaman Daftar Vaksinasi AstraZeneca Di Laman Web JKJAV Buat Kali Ke-2

Pengalaman Daftar Vaksinasi AstraZeneca Di Laman Web JKJAV Buat Kali Ke-2. | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi pengalaman berebut mendapatkan vaksin AstraZeneca pada 26 Mei 2021 yang lalu. Ruby nak jadikan kisah ini sebagai sejarah dalam kehidupan Ruby dan kehidupan anda semua. Ia satu pengalaman yang baru untuk kita semua. Memandangkan kita hidup dalam zaman pendemik wabak COVID-19 dan norma baharu perlu diamalkan. Kita tidak boleh mengenang zaman dulu, kenangan dulu dan lain-lain. Hidup untuk hari ini dan seterusnya. Okay?

Pengalaman Daftar Vaksinasi AstraZeneca Di Laman Web JKJAV Buat Kali Ke-2


Ruby pun di antara mereka yang berusaha mendapatkan vaksinasi AstraZeneca. Sama ada Pfizer atau AstraZeneca, mana-mana yang kerajaan sediakan. Ruby terima. Semoga dipermudahkan. 

Ruby dan suami dah bersiap sedia di depan PC, telefon pintar dan laptop. Sekitar jam 11 pagi kami standby semua peranti. Risau bateri kelaut atau internet slow macam siput. Sejak dimaklumkan Maxis Fair Usage Policy, bil wifi RM 94.35 ni, internet bagai hidup segan mati tak mahu. Kami gunakan data telefon pintar DiGi, XOX dan Hotlink. Punyalah bersedia kan? Hahaha. 

Sekali...

Hahahaha. Jam 12.15. Kami tunggu aje. Sebab berdebar ye nak buat semua ni. Kami pernah cuba masa kali pertama, memang melepas. Slow hand! Haha. Nak dapat slot vaksinasi ni ibarat main game Mobile Legends: Bang Bang, mesti tangkas! 

Alhamdulillah, Ruby berjaya dapatkan vaksinasi. Korang tahu tak, seawal 12.15 pm tu, laman web JKJAV masih belum boleh ditembusi. Malah kami mengalami kesesakan trafik. Klik banyak kali dan akhirnya melalui telefon pintar juga membuahkan hasil. Rby menggunakan Telco DiGi pada ketika itu. Ruby dan suami telah plan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca (AZ) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sama-sama. Tetapi, setelah selesai Ruby dapatkan tarikh. Suami Ruby tak dapat tarikh untuk vaksin. Dia perlu melalui 'i am not a robot" berpuluh kali dan mencari gambar basikal, bas dan trafik light banyak kali. Nak ketawa, tapi jangan. Kesian dia. Hahahhaa. Sama situasi yang GSC post di facebook. 

Ku sangka hujan sepanjang hari, pelangi muncul pada esok pagi. Suami Ruby dapat tarikh vaksin juga. Ruby pun dah dapat kemaskini di MySejahtera. Syukur Alhamdulillah. Kemudian setelah dapat, jangan seronok aje, klik pautan yang berwarna biru untuk mengesahkan temu janji. Lepas tu baru lah joget-joget kegembiraan. Hehehe. 

Resah Gelisah Nak Ambil Vaksinasi


Vaksinasi, tipulah jika Ruby cakap Ruby tidak takut untuk di vaksinasi. Ruby takut jarum je. Ketakutan Ruby bukan sebagai antivaksin yang tidak jemu menyebarkan berita tidak sahih. Malah menghasut ramai rakyat Malaysia untuk menggagalkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan. Setiap ubat dan vaksin telah menelan belanja berjuta wang serta masa. Saintis dan pakar-pakar perubatan telah melakukan ujikaji yang sangat cepat untuk kembali pulihkan semua rakyat seluruh dunia. COVID-19 bukan berlaku di Malaysia sahaja ya. Ia di seluruh dunia. 


Tetapi, untuk mereka yang antivaksin, mereka ada 1001 jawapan. Sehingga pada satu tahap dalam hati berkata "Lantak kau lah!". Kita yang berusaha mendapatkan vaksinasi ini jangan mudah terpedaya. Kita nak dapatkan vaksin untuk kesihatan kita, demi keluarga di rumah, demi pekerjaan kita yang sentiasa terdedah dengan persekitaran berisiko, untuk hentikan rantaian COVID-19 dan untuk menyelamatkan masyarakat sekeliling kita. Jika mempunyai penyakit berisiko, vaksin akan mengurangkan kesakitan mereka. Sebab untuk orang tua yang tidak tahu apa-apa, COVID-19 sakit sangat untuk mereka harungi. Antibodi mereka tidak kuat. Sedih sangat bila melihat orang yang sebaya atok, opah dan saudara mara melalui keadaan sakit yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Innalilillahiwainnalillahirojiun kepada mereka yang telah pergi ke rahmatullah.

Mati? Mati itu Pasti.


Kita semua pasti akan mati. Tawakal kita kepada vaksin adalah ikhtiar terakhir kita. Jika sihat alhamdulillah. Hargailah kehidupan kita. Kesan selepas vaksin berlainan untuk setiap badan. Jadi, banyakkan menimba ilmu. Ilmu boleh didapati dari pengalaman mereka yang telah di vaksin. Perkongsian doktor-doktor bertauliah seluruh dunia. Cari lah ilmu yang bersesuaian.

"Apabila ada ketumbuhan kecil di bawah ketiak, kau cari doktor. Bukan tanya di laman keibubapaan theAsianparent dan menunggu jawapan sehari dua."

"Apabila rumah terbakar, cari Bomba. Bukannya buka Youtube untuk tengok DIY memadamkan api. Sudahnya kau yang rentung."

"Apabila ilmu agama tidak jelas. Kau jumpa ustaz untuk belajar dan dengar penerangannya. Bukan pergi dekat facebook up status dan mencetuskan keraguaan kepada netizen."

Belajar selamatkan diri. Jangan pandai-pandai sendiri. 

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah tahniah Ruby dan suami. Berjaya juga dapat slot vaksin. Kami nu tak berjaya pun. Tapi takpe percaya pada rezeki kan. Semoga asbab ikhtiar kita amik vaksin ni dpt lindungi diri kita dan keluarga seterusnya dpt bina imuniti berkelompok yang terbaik.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah berjaya jugak dapat vaksin ye. rezeki betul la, berbaloi bertarung nak dapat kan vaksin, saya tak dapat, takpa tunggu next batch

    BalasPadam
  3. Tq sis Ruby for sharing this. Saya belum berjaya lagi dapat ni, InsyaAllah akan usaha lagi hehe

    BalasPadam
  4. Bestlah dah dapat daftar Vaksin kita cuba hari tu memang menangis sangat guna banyak perantin dan juga pelbagai telco semua hang jer geram hehehe tak apa sabar ada masa akan dapat juga hehehehehe Tahniah...

    BalasPadam
  5. Ok la dah dapat slot. Sis belum dapat lagi. Haritu puas tak dapat nak klik. Huhu. Sabar sahajalah tunggu slot akan datang.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki akk dapat daftar dan berjaya... Kita ni xlepas lagi... Sebab ter miss waktu hahaha... So tunggu jela vaksin yg lain

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah dipermudahkan urusan kita semua. Suka baca your last quotes tu - kalau terpakai jangan gok cari YT cara padam api. Moga diberi sinar pada yang against nie.

    BalasPadam
  8. Tahniah Ruby & suami. Dapat juga slot ekk. Kite tak dapat.. dah la nak klik negeri macam nak pecah skrin. pastu bila dapat pilih, time submit loaading lama giler. alih-alih kata slot dah penuh.... huhu...kuciwaaaa

    BalasPadam
  9. Baca bab daftar vaksin memang sedih...sebab sampai laaa ni masih tak dapat juga.. anak-anak semua dapat, Sis dan Suami aje belum ada apa-apa update di apps tu... haraplah adaa sinarnya.. nak vaksin jugaaaaaaa....

    BalasPadam
  10. Tak pernah rasa sestress aritue! Seawal 12.00PM dah get ready, off semua yang consume internet band just for this.. sekali tak dapat pun slot on the day itself.. tengok2 the next day, ada rezeki bah! can't wait for this pulak..

    BalasPadam
  11. Nak seribu dayakan ...Tahniah buat Ruby dan Husband. Nasib baik tak ngaku kalah kan masa register tu. Serius la memang pelik ada yang menolak vaksin. Please la sebab bukan dia sorang yang dok kat atas muka bumi ni. Kena fikirkan nasib generasi akan datang. Kesian kat anak anak yang 'masih lom bebas' menikmati erti kehidupan yang sebenar

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, rezeki akk dapat. Kita haritu buat dengan suami pun semua tarikh full padahal hijau jr.. Geram je. Kerajaan kene buat sesuatu supaya semua orang boleh dpt vaksin

    BalasPadam
  13. wah sempat screenshoot buat artikel..bagus bagus... iena haritu try banyak kali masuk mula mula memang tak keluar..sakit betul hati.macam nk beli tiket konsert pun ade hehe.bila da kuar..pilih date asyik full..last last tekan yang mana pun tak ingat huhu..dah lah kene isi untuk 4 orang..dua henset dua laptop bukak serentak..Alhamdulillah dapat semua tapi tarikh lain lain..takpela asalkan dapat tarikh temujanji kan hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.