Aplikasi Muslim Pro Tidak Jemu Beri Peringatan Ibadah

Aplikasi Muslim Pro Tidak Jemu Beri Peringatan Ibadah

Ruby
12
Aplikasi Muslim Pro Tidak Jemu Beri Peringatan Ibadah. | Assalammualaikum semua! Wahhh tajuk Ruby macam aplikasi ini bernyawa kan? Sedangkan kita lah yang plan bagaimana sesuatu aplikasi ingin membantu kehidupan seharian kita. Betul tak? Dengan hanya satu kali tetapan aplikasi. Ia terus melekat berdamping dengan kita pada setiap masa. Sebab kita semua memiliki telefon pintar. Hehehe. Muslim Pro adalah aplikasi sesuai untuk semua umat Islam menggunakannya. Maksudnya masyarakat seluruh dunia boleh guna. Aplikasi yang straightforward dan mudah untuk digunakan. Pasti ramai tertanya-tanya, apa yang menarik sangat Muslim Pro ni? Jom Ruby kongsikan apa yang Ruby suka sangat dengan Muslim Pro. Ruby dah guna selama 7 tahun dan masih menggunakannya. Alhamdulillah.

Aplikasi Muslim Pro Tidak Jemu Beri Peringatan Ibadah


Ibadah kita, jangan sesekali kita leka dan alpa sehingga terlupa melaksanakan ibadah yang wajib. Muslim Pro adalah aplikasi pertama yang Ruby subscribe Premium terus. Setiap aplikasi yang kita beli, anda boleh cek di Google Play Store > Payments & Subscriptions > Budget and History. Kemudian anda scroll ke bawah untuk lihat aplikasi yang pernah anda subscribe. 19 March 2015, Ruby mula melanggan Muslim Pro Premium. Ia sebagai tanda penghargaan kepada pasukan pembangunan aplikasi yang bijak dan mahu membantu seluruh umat Islam. Ketika Ruby beli aplikasi, Ruby masih ingat ketika itu malam jumaat. Niat di dalam hati untuk bersedekah. Dalam ketakutan nak menggunakan sistem pembayaran melalui Google, berjaya juga bayar! Hahaha. Korang masih ingat kali pertama nak membeli dalam talian? Cemas kan. Walau cemas, kita kena berani mencuba. 

Ruby ni tamak, nak belajar ilmu agama Islam selalu teruja. Nak memiliki keseluruhan tawaran aplikasi. Banyak perbezaan sebagai pengguna PERCUMA dan PREMIUM. Terpulang kepada pilihan korang. Sebab kedua-dua ini tidak menjejaskan anda dari menerima laungan azan dan peringatan tentang ibadah yang lain.

Sebagai pengguna, kita bukannya 24 jam membelek telefon pintar, tetapi kita sentiasa ada bersama telefon pintar. Nampak tak perbandingannya? Hehehe. Tambahan dengan lambakan aplikasi yang perlu kita gunakan untuk melaksanakan tugasan kerja pejabat dan urusan lain. Kita akan mudah terleka. Disinilah fungsi yang kita sebagai umat Islam inginkan. Iaitu sesuatu yang buat kita ingat, mengingatkan dan diingatkan. Peringatan tentang ibadah. Dengar je laungan azan, kita terus berhenti melakukan semua perkara. Memandang jam di pergelangan tangan atau dinding. Ehhhhh dah jam 1.16pm waktu solat Zohor. Terus bangun dan meregangkan badan yang keletihan akibat terlalu lama duduk di kerusi. Jom segera menunaikan solat. 


Itu pengalaman Ruby semasa bekerja di pejabat. Apabila sudah bergelar ibu, lagi bertambah sibuk. Ada kala sibuk mengemas, mendengar laungan azan Zohor buat Ruby tersedar dari kesibukan. Waktu ini mesti Ruby selesai mengemop dapur setelah selesai memasak. Apabila sudah terbiasa, peringatan dari segi Azan ini menjadi asbab Ruby menjaga solat dan plan jadual harian dengan lebih baik. 

Doa Harian Menjadi Rujukan Ibu Ayah


Fungsi Muslim Pro yang sering Ruby akan buka adalah doa harian. Ruby ada dua orang anak lelaki, mereka di fasa mengenali Islam. Setiap perbuatan, Ruby sedang memupuk untuk mereka mulakan dengan
 Ø¨ِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم dan disertakan doa. Jadi, Ruby hanya buka aplikasi Muslim Pro dan mencari doa bersesuaian. Doa makan, doa selepas makan, doa memandu kenderaan, doa dalam solat dan doa apabila menerima rezeki dari Allah s.w.t. Ada kalanya tidak ingat, jadi rujuk di bahagian Hisnul Muslim. Mudah sangat. Doa adalah Perisai Seorang Muslim. 


Kata-Kata Motivasi Islamik Harian


Di Muslim Pro, setiap hari ada kata-kata motivasi untuk anda lihat. Ada kala, hari-hari kita ni dihimpit dengan perasaan resah. Ada kala emosi seperti bermain di jiwa. Ada juga bila waktu seakan tidak mengikut plan. Ada juga hari kita gembira. Walau semua tawa nangis itu, jangan sesekali menjauhkan diri dari Allah s.w.t. 


Peringatan Untuk Berzikir


Dalam mengumpul pahala, zikir adalah paling mudah dilakukan. Tetapi sering dilupakan. Ruby pun begitu suatu masa dahulu. Sejak ada Aplikasi Muslim Pro, Ruby gunakan fungsi Zikir untuk tenangkan fikiran. Kadang-kadang geram dengan keadaan sekeliling. Buka aplikasi Muslim Pro dan buat Zikir. Ada kala, boleh cecah sehingga 1000 Zikir sehari. MasyaAllah. Daripada kita bercakap perkara yang tiada berfaedah, mencarut dan memaki hamun keadaan. Lebih baik berzikir. Boleh merawat hati dan jiwa. 

Tasbih pun Ruby pilih warna batu Ruby. Hahaha.

PREMIUM Muslim Pro Tiada Iklan Dan Boleh Guna Semua Fungsi Aplikasi. 


Bahagian ini yang paling Ruby suka. Sebab Ruby akan tengok semua ciri-ciri aplikasi. Lihat perbezaan aplikasi PERCUMA dan PREMIUM. Cuba dahulu yang PERCUMA, dah jatuh hati terus melanggan PREMIUM seumur hidup macam Ruby. Walau korang tukar telefon pintar, gunakan email yang sama muat turun Muslim Pro di telefon baru. Kemudian restore maklumat username dan password yang sama. Enjoy PREMIUM sampai bila-bila. 



Jadi, apakah aplikasi Islamik kegemaran korang? Share dengan Ruby aplikasi yang korang sedang guna di ruangan komen ya. 
Tags

Catat Ulasan

12Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak, sebelum ini heboh pasal Muslim Pro kan dikatakan banyak database leak. Harap isu ini tidak berulang lagi. Yup Remainder Azan sangat memanbantu kita jika berada di luar kawasan kan. Boleh rujuk dan banyak update untuk yang Premium ini. Semoga ia memberi kebaikan kepada user yang baharu mengguna aplikasi ini. :)

    BalasPadam
  3. nice sharing..bagus juga reminder kan kita bab agama ni..zaman sekarang memang kena alert da pertingkatkan amal ibadah kita kan

    BalasPadam
  4. Wow.......this is really a good app for all Muslims. I need to dowload it on my phone and iPad as well. Thank you for sharing this information, Pn. Ruby. Wish you good.

    BalasPadam
  5. memang dah download apps ni sebab bestttt, ada tracking khatam semua, boleh lebih istiqomah dalam beribadah

    BalasPadam
  6. Sejak Ruby hubungi Rawlins pasal aplikasi nie, now lebih senang hidup bila ada yang mengingatkan masuk waktu. Thanks ye

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing this Muslim Pro apps, it has so many user friendly functions and features

    BalasPadam
  8. Paling suka dengan apps ni sebab ada peringatan muslim dan kata2 motivasi. Sometimes kita rasa stress dan down tapi bila doa dan dapat baca kata-kata motivasi yang mengingatkan kita supaya sabar dalam menempuh ujian dan macam2 lagi peringatan yang baik ia kana buat kita rasa lebih baik. Terbaikkk

    BalasPadam
  9. Nad memg lama guna muslim pro. Bagus snagat feature dlm dia, macam2 ada.. Setiap kali masuk wkatu app ni berbunyi. Nak zikir nak baca quran smeua ada

    BalasPadam
  10. Bestnyaa, sebelum ni ada juga dengar psl Muslim Pro tapi tak terfikir pula psl aplikasinya. Lepas ni boleh lah download, menarik. Pandai dorang reka aplikasi mcm ni

    BalasPadam
  11. Dari mula sampai sekarang masih guna MuslimPro ni.. Suami pun Sis download kan juga.. senang mudah, dalam apps dia pun banyak semua yang boleh kita cari termasuk zikir dan doa harian kan..

    BalasPadam
  12. Tengok ramai dah download muslim Pro ni bagus dapat belajar dan juga kenali agama lebih dekat kita nampak ada kawan dah pandai mengaji kat mulim pro, ada panduan solat and juga waktu solat dan arah kiblat bagus sangat berguna...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !