Sarawak Digital Mall Kini Di Shopee, Produk Bumi Kenyalang Di Hujung Jari! - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Sarawak Digital Mall Kini Di Shopee, Produk Bumi Kenyalang Di Hujung Jari!

Sarawak Digital Mall Kini Di Shopee, Produk Bumi Kenyalang Di Hujung Jari! Assalammualaikum semua! Hari ni Ruby rasa rindu sangat dengan Sarawak apabila membaca kolabrasi diantara SDEC dan Shopee. Terus Ruby masuk Shopee untuk lihat semua produk yang dijual. Ada Gula Apong, Lada Hitam, Kain Batik Sarawak, aksesori perhiasan wanita dan macam-macam lagi. Mesti korang pun akan rindu siap mengalir air mata. Bayangkan dah 2 tahun tak ke Sarawak. Kebiasaannya mesti setahun sekali ke sana. Ruby ada plan lepas je kes COVID-19 turun. Ruby nak bawa anak-anak ke Sarawak dan pergi ke Sarawak Cultural Village dan ke kilang lada hitam. Hehehe. Jap kesat air mata. Happy sangat Sarawak Digital Mall berada di Shopee.

Sarawak Digital Mall Kini Di Shopee, Produk Bumi Kenyalang Di Hujung Jari!


SDEC Dan Shopee mengumumkan kerjasama bagi kempen Sarawak Digital Mall. Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak telah bekerjasama dengan platform e-dagang Shopee untuk memulakan kempen 'Sarawak Digital Mall', dengan objektif memacu jualan bagi penjual dari Sarawak di platform tersebut. Kerjasama ini akan memanfaatkan puluhan ribu peniaga baharu dan sedia ada di platform tersebut dengan menawarkan insentif seperti baucar-baucar diskaun dan penghantaran percuma berjumlah RM1 juta kepada peniaga yang mengambil bahagian.

SDEC ialah sebuah agensi milik kerajaan yang diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif Ekonomi Digital Sarawak. Antara bahagian yang diutamakan ialah Perniagaan Digital, di mana pendigitalan usahawan Sarawak merupakan fokus utama.

“Ia amat penting bagi para usahawan untuk mula menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Dalam zaman teknologi ini, orang ramai lebih gemar berurusan melalui telefon bimbit atau komputer. Dengan menerapkan aspek pendigitalan, ia mewujudkan peluang yang lebih besar kepada para penjual ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, En. Sudarnoto Osman.

Beliau juga menekankan bahawa kerjasama ini bakal menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan PKS Sarawak. Langkah ini adalah penting terutama pada masa di mana kes-kes COVID-19 yang meningkat di rantau ini telah mengakibatkan hampir setiap industri diberhentikan secara fizikal.

Sarawak Kaya Dengan Warisan Serta Budaya


Sudarnoto menambah bahawa walaupun Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan budaya dan warisan, banyak produk tempatan negeri ini masih belum dikenali ramai disebabkan pendedahan dan kebolehcapaian yang kurang.


"Dengan baucar diskaun yang diberi dalam kempen ini, para peniaga Sarawak akan dapat menjual produk tempatan mereka pada nilai yang lebih kompetitif di pasaran Malaysia dan serantau yang lebih luas, tanpa dihalang oleh bayaran penghantaran yang membebankan," ujarnya.

Shopee University Membuka Peluang Untuk Penjual Menimba Ilmu


Pada masa yang sama, Shopee juga akan membantu lebih ramai penjual tempatan Sarawak untuk menyertai Shopee. Shopee juga menyediakan kursus keusahawanan menerusi Shopee University, satu bengkel latihan atas talian percuma yang disediakan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Kursus ini disesuaikan untuk membantu para peniaga tempatan yang mengambil bahagian dalam perjalanan digitalisasi mereka bersama kempen Sarawak Digital Mall.

Rindu Travel Ke Sarawak & Makanannya


Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk memperkasakan perniagaan-perniagaan kecil, terutama mereka yang kurang memiliki akses kepada platform teknologi dan potensi yang boleh mereka manfaatkan dengan menjalankan perniagaan atas talian. Menerusi kerjasama bersama kerajaan negeri Sarawak, kami menghapuskan batasan geografi antara para penjual dan pelanggan. Ini memberi akses kepada pembeli walaupun berada di Semenanjung untuk menikmati produk seperti beras bario, gula apong, ikan terubuk masin dan banyak lagi, dalam pada kami terus memperjuangkan misi kami untuk menjadikan e-dagang untuk semua. 

Kami turut memahami bahawa ada warga Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka dan amat merindui Sarawak serta pelbagai masakannya. Mereka boleh memanfaatkan baucar yang disediakan oleh SDEC. Shopee akan membantu lagi dengan penghantaran percuma terutamanya semasa 6.6 Jualan Hebat ini. Ini juga akan membantu para penjual tempatan yang mengambil bahagian dalam meningkatkan jualan mereka."

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarawak Digital Mall di Shopee, layari https://shopee.com.my/m/sarawak. Berbelanja dengan ShopeePay untuk pengalaman membeli-belah yang mudah!

13 ulasan:

  1. Cantik gila kain batik tu ruby. Ok. Ak pi usha.. Akak mmg batik collector

    BalasPadam
  2. Ya baruknya antap eh. Idup Saghawak. Hehe
    Buat Rawlins rindu sangat kat famili nie, nak balik. Sorry takde kaitan tapi bila baca yang last Ruby tulis tu, membuak rindu sebab lama sangat tak boleh balik

    BalasPadam
  3. Akak suka kain batik tu..atau kan sana panggil kain Pua Kunbu kan..oh gosh rindu sarawak...rasa nak beli la kat Shopee kain pua kumbu ni..

    BalasPadam
  4. cantik la Pua Kumbu tu! Apsal baru sekarang perasan niiii ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Btw, suka culture Sarawak, friendly sgt2! Been there utk PKN sesi 1st waktu muda belia dulu, ni dah ada jual brg kat Shopee ni bole la lepas rindu beli barang2 dorang hehe

    BalasPadam
  5. yeayyy boleh beli pes laksa sarawak yang asli. teringin laksa sarawak makan yang dekat semenanjung ni tak berapa kick macam makan kat sana

    BalasPadam
  6. Bagusnya ada platform macam ni. So kalau nak beli produk Sarawak cari sni je. Conirm asli tak perlu risau. Nak beli kek lapis lepas ni!

    BalasPadam
  7. Wow dah la hantu shopee boleh la usha2 nanti 6.6 sale sebab penghantaran percuma hihi boleh cuba sambal laksa sarawak tu sebab popular kat sana kan

    BalasPadam
  8. saya suka betul dengan design budaya sarawak. nampak timeless and sesuai digayakan pada bila bila masa

    BalasPadam
  9. Itu sepatutnya produk hasil tempatan dan juga tradisional ni bukan tak ada nilai tapi tak ada tempat untuk nak promosi sampai luar negara. Ni selalu jual kat kedai dan kat mall sahaja mana ada orang nak pergi kena buat online sekrang macam kat Shopee bagus ni boleh ketengahkan industri seni tempatan..

    BalasPadam
  10. wow! ni dah best ni. Boleh beli terus kek lapis sarawak dan barangan cenderamata lain terus dari Shopee. Saya sendiri lebih suka shopping di Shopee sebab lebih percaya Shopee ni.

    BalasPadam
  11. Ahhhh! Kak Ruby, I feel like shouting now! So cool that this is available in the market! One stop untuk dapatkan produk2 yang saya perlukan... this gonna be my favorite store mulai sekarang..

    BalasPadam
  12. omg, those batik dress and colourful earrings are too beautiful! i just added a few to my cart earlier after reading your post! :)

    BalasPadam
  13. Baru tau ada Shopee barangan Sarawak, biasa beli pes Laksa Sarawak pun dari seller sini ajaa.. nanti nak tengok laa.. kenan pulak bag tu haaaa

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.