Tampil Glam Dengan NAZRAI Hijabpin Face Mask Extender - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Tampil Glam Dengan NAZRAI Hijabpin Face Mask Extender


Tampil Glam Dengan NAZRAI Hijabpin Face Mask Extender. | Assalammualaikum semua. Salam Ramadan! Lagi beberapa hari kita akan menyambut Aidilfitri. Ketika ini, kita akan sibuk menyediakan persiapan Aidilfitri. Seronok bila teringat saat persediaan raya di rumah mak. Masa ini, kita akan mencari membeli-belah untuk adik beradik dan mak kita. Paling best, bila sedondon baju raya. Kelainannya adalah pin tudung dan barang aksesori perhiasan. Gelang tangan, rantai leher dan gelang kaki kebiasaannya akan di sediakan. Mak akan belek-belek barang kemas. Hadiah aksesori pin tudung dari anak-anak juga dibelek-belek. Mana satu nak pakai. Hehehe. Ada kalanya, anak-anak pun terlupa pin tudung. Mak mesti ada extra. Itulah mak, sentiasa bersedia. Kalau boleh, dah masuk rumah mak. Tak perlu keluar. Mak ada semua. Masakan sedap dan rumah yang selesa. Rindu anak-anak dan cucu. Haishhh bila bercerita bab Aidilfitri ni, serius rindu zaman sebelum pandemik COVID-19. Ada hikmah disebaliknya kan. Kita akan lebih menghargai setiap masa yang bernilai. Tambahan mak dah tua. Aidilfitri tahun ni Ruby nak hadiahkan NAZRAI Face Mask Extender. Sebab bila blink blink macam ni, mesti tak mudah hilang dan mak pun akan lebih menghargainya. Hehehe. Di NAZRAI, Face Mask Extender terdapat dalam tiga kategori harga iaitu RM96, RM150 dan juga RM180. Semuanya cantik-cantik belaka.

Tampil Glam Dengan NAZRAI Hijabpin Face Mask Extender.


Apa yang menarik tentang NAZRAI Hijabpin adalah, mereka sering menampilkan koleksi-koleksi yang bersesuain dengan semua peringkat usia. Untuk Ruby, Ruby suka rekaan yang meyerlah dan lain dari yang lain. Sememangnya RT4 kolabrasi NAZRAI dan REKATEEMOR menjadi pilihan. 


NAZRAI, Be Bold, Be Beautiful & Be In Love


NAZRAI face mask extender muncul pada tahun 2020 berikutan dari penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Ilham hadir apabila melihat ramai muslimah memakai pelitup muka. Ia nampak tidak menyerlah dan dari situ, NAZRAI menghasilkan Face Mask Extender untuk wanita tampil lsbih bergaya dan glam.

NAZRAI Face Mask Extender menggunakan bahan berkualiti iaitu tembaga bersalut perak dan batu cubic zirconia jenis AAA yang berkilauan dan bersinar-sinar. Manakal pilihan klip atau cangkuk face mask extender dibuat dari tembaga aloi yang tahan karat. Terdapat banyak pilihan rekaan menarik untuk penuhi citarasa si pemakai.

Panjang setiap face mask extender ialah antara 17 sehingga 18.5cm. Boleh dipanjangkan lagi (extend sehingga ke 23cm) mengikut kesesuaian pemakai (tanpa tambahan kos). Boleh juga dipendekkan mengikut citarasa dan keselesaan pemakaian mask. 

Promosi Aidilfitri Dari NAZRAI Hijabpin


Apabila anda membeli NAZRAI Face Mask Extender bernilai RM 150 dan ke atas. Anda akan menerima NAZRAI Hijabpin dan hadiah misteri. Ruby dah dapat. Hehehe. Cantik sangat pin yang diberikan. 


1 NAZRAI Hijabpin dan 2 brooch. Sesuai untuk diletakkan di kiri dan kanan bahu. Terima kasih NAZRAI Hijabpin.

Jika anda ingin mengetahui koleksi apa yang masih ada stok atau melihat katalog. Anda boleh menghubungi pihak NAZRAI Hijabpin melalui WhatsApp di wasap.my/60122325816

Mengenai NAZRAI Hijabpin


NAZRAI Hijabpin mula berada di pasaran pada tahun 2013 oleh pengasasnya, Ahmad Nazli Zulkifli dengan koleksi eksklusif tudung shifon dan hijab pin. Pada ketika itu, jualan adalah koleksi hijab pin tudung berkategori premium yang boleh disematkan di bahu dan pin tudung yang menjadi pelengkap gaya muslimah berhijab. NAZRAI Hijabpin dikenali kerana kualiti jarumnya yang tajam dan tidak merosakkan kualiti tudung khususnya yang dibuat dari kain sutera. 

Tahukah anda, jenama NAZRAI adalah gabungan nama pengasas bersama iaitu Nazli dan isteri beliau Zuraidah. Pencapaian NAZRAI yang paling dibanggakan adalah penyanyi nombor satu Malaysia Dato' Seri Siti Nurhaliza adalah pemakai tegar koleksi NAZRAI Hijabpin.

Harga bermula dari RM96 sehingga RM200. Kecantikan dan keunikan NAZRAI face mask extender menjadikan ia sangat eksklusif. NAZRAI juga berkolaborasi dengan penyanyi lagenda tersohor AISHAH dan perunding perkahwinan REKATEEMOR.  Jenama NAZRAI kini sudah memasuki pasaran Singapura, Narobi, Fiji, Canada, Brazil, Amerika dan UK.


10 ulasan:

  1. Cantik dan nampak eksklusif sangat extender NAZRAI ni . Boleh buat birhday gift jugak untuk kenalan tersayang. Sure ramai yang suka bila dapat . Nak jugakla sebagai rewards diri sendiri

    BalasPadam
  2. cantik betul hijab extender ni, blink blink gittew.. dari jauh nampak macam eksesori je

    BalasPadam
  3. Wow...wow...wow.........viva la glam!!!!!!!!!!!!! Now everyone can be stylish with this Nazrai accessories. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  4. Nampak sangat exclusive and chic. Rawlins pun terasa macam nak ada satu - tambah GLAM kan hehehe

    BalasPadam
  5. so so lovely nice akak your face mask extender, the blink blink feel, cantikya :D
    cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  6. This facemask extender surely will turn head and be a good fashion statement right? :) Definitely a must have for those who want to stand out in the crowd.

    BalasPadam
  7. Wahhh cantik betul hijabpin ni... Nampak ekslusif tengok... Ingatkan gelang ke apa.. Memang kreatif org2 skrg kan... Boleh bg as a gift ni...

    BalasPadam
  8. Cantik sangatlah Ruby, berkenan Sis, nak juga laa beli satu buat koleksi sendiri.. biasa lah pompuan extender pun nak blink blink kann hehehehe

    BalasPadam
  9. Cantiknya face mask extender ni... Berblink2 la lepas ni... Stylo bah! Hopefully soon ada rantai for face mask pulak! Sure nak grab nanti!

    BalasPadam
  10. Cantik sangat! nampak menarik ada gaya. Rasa macam nak beli satu juga. Boleh pakai.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.