Pengalaman Khatam Quran Menggunakan Aplikasi Muslim Pro. - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Pengalaman Khatam Quran Menggunakan Aplikasi Muslim Pro.


Pengalaman Khatam Quran Menggunakan Aplikasi Muslim Pro. | Assalammualaikum semua! Salam Ramadan! Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maka, kita akan sayu hati melihat Ramadan pergi meninggalkan kita. Bulan Ramadan adalah bulan Al-Quran dan bulan kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Memahami peranan kita di dunia dan menyediakan bekalan di akhirar nanti. Tidak dinafikan kita merindui Ramadan sebelum pandemik COVID-19. Tetapi kita tidak berdaya untuk kembali kepada masa lalu, kita harus belajar sesuaikan diri dengan norma baharu. Ini adalah tahun kedua kita berpuasa dengan melaksanakan SOP agar kita lebih berhati-hati. Sentiasa amalkan pemaikaian pelitup muka, imbas mySejahtera, imbas suhu dan sanitasi tangan. Apabila ingin menunaikan solat, pastikan anda membawa sejadah dan telekung sendiri. 

Pengalaman Khatam Quran Menggunakan Aplikasi Muslim Pro.


Ada hikmahnya pandemik COVID-19 ini, Allah s.w.t memberi peluang kepada umat Islam untuk memberi lebih masa kepada amalam ibadah. Ruby percaya, ramai semakin hari, semakin mendapat berkat dari semua amal kebaikan. Kita menjadi lebih penyabar, pemikiran tajam apabila berada di situasi panik dengan pelbagai berita, kemudian kita sudah pandai berjimat-cermat dalam membeli apa sahaja. Sama ada ke pasaraya, membeli-belah dalam talian atau membantu perniagaan kenalan. Kita akan fikir, adakah aku memerlukannya?

Alhamdulillah sejak pandemik COVID-19, Ruby banyak menghabiskan masa dengan membaca. Al-Quran adalah buku yang Ruby sering pegang. Dari Juzuk pertama hingga ke Juzuk 30. Ruby tidak mengetahui tentang penambahbaikan aplikasi Muslim Pro. Fungsi Khatam Quran adalah fungsi yang Ruby sentiasa nantikan. Cuma, jika bukan bulan Ramadan, Ruby hanya menggunakan Muslim Pro untuk peringatan waktu solat dan laungan azan. Apabila tiba bula Ramadan, barulah buka aplikasi Muslim Pro dan mula mendengar surah Al-Quran untuk menyemak sebutan. 

Anda tidak perlu risau, walaupun kita membaca dari Al-Quran fizikal, kita boleh masukkan data tentang setiap juzuk yang kita dah selesai baca. Apabila anda sudah selesai semua juzuk, boleh tekan button "Read". Mudah kan? Membaca Al-Quran adalah satu nikmat keimanan yang tiada galang ganti. Sebab ia memberi 1001 syafaat. Kita berasa tenang, masa dimanfaatkan dengan bacaan Al-Quran yang menenangkan, sambil membaca boleh memahami kisah-kisah didalamnya. MasyaAllah seronok sangat. Ruby set waktu ini adalah waktu me time. Sebagai ibu, dapat 30 min mengaji Al-Quran di tikar sejadah selepas solat fardhu pun dah happy. 

9 Mei 2021 Ruby Berjaya Khatam Al-Quran, 3 Hari Sebelum Aidilfitri. 


9 Mei 2021, hari bersejarah buat Ruby. Ruby Khatam Al-Quran. Alhamdulillah. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Mudahnya Khatam Quran. Walaupun ambil masa yang lama, tetapi "better late than never". Betul tak?

Muslim Pro memperkasakan umat Islam pada bulan Ramadan ini dengan ciri aplikasi baru untuk mendorong umat Islam membaca keseluruhan Al-Quran dalam 30 hari. Aplikasi ini telah melancarkan dua ciri baru - penjejak zikir dan kemampuan teks-ke-ucapan dalam Al-Quran - pada awal bulan Mac, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pengembang aplikasi untuk menjadi lebih baik dan lebih berinovasi. Fitur Khatam yang terbaru membolehkan pengguna untuk menjejak bacaan individual dan juga dalam kumpulan, menyatukan umat Islam melalui Al-Quran di musim pandemik COVID-19 ini. Selain itu, anda juga akan menerima Ramadan Exclusive Pencapaian. 


Fitur Khatam Muslim Pro juga menjadikan niat yang baik ini bertukar menjadi amalan baik, kerana Muslim Pro telah berikrar untuk menyumbang kepada pendidikan kanak kanak, justeru pengguna boleh turut sama menyumbang apabila mereka berjaya menyelesaikan bacaan Al-Quran Ramadan ini.

Muslim Pro Berhasrat Untuk Mencapai 10,000 Bacaan Penuh Al-Quran Melalui Kempen #UnitedinKhatam.


#UnitedinKhatam: Fitur Khatam Quran Muslim Pro Membaca Al-Quran di rumah juga tidak perlu lagi menjadi acara perseorangan sahaja kerana melalui aplikasi ini, pengguna juga dapat membina komuniti untuk membaca bersama setiap hari. Ciri baru itu membolehkan mereka membuat kumpulan khatam dan sebagai satu kumpulan, mereka dapat memberikan bahagian-bahagian Al-Quran kepada anggota untuk dibaca, dan juga mendorong anggota untuk menyelesaikan bacaan yang diberikan. Lencana Khatam akan diberikan kepada pengguna yang menyelesaikan pembacaannya, mereka boleh kongsi pencapaian mereka di media sosial untuk mendorong orang lain untuk khatam Quran. Muslim Pro mensasarkan untuk mencapai 10,000 khatam sepanjang bulan Ramadan ini. 


#UnitedinKhatam: Kempen Khatam Quran Dari 500,000 bacaan Al-Quran yang telah dibuat, Indonesia mendahului senarai negara dengan jumlah Khatam tertinggi diselesaikan, diikuti oleh India dan Perancis.

Lebih daripada lapan dalam sepuluh (80.1%) pengguna Khatam Quran membaca dari Al Quran digital Muslim Pro, sementara hampir 20% menggunakan aplikasi untuk mengesan bacaan AlQuran fizikal.

Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan adalah amalan keagamaan yang dipercayai oleh umat Islam memberikan manfaat rohani kepada orang yang membacanya dan khatam sepanjang bulan ini. Ciri percuma Muslim Pro memberi pengguna fleksibiliti sepenuhnya dalam memilih cara menyelesaikan bacaan Al-Quran mereka: sama ada secara persendirian atau dalam kumpulan, dan sama ada membaca Quran secara digital melalui aplikasi ataupun menjejak kemajuan bacaan mereka melalui aplikasi walaupun mereka menggunakan Al-Quran fizikal ketika membacanya.

Muslim Pro Berkolaborasi dengan UNICEF dan Dompet Dhuafa untuk Kempen Membantu Pendidikan dan Kebajikan Kanak Kanak di Yaman dan Indonesia.


Muslim Pro menyumbang kepada kebajikan dan pendidikan kanak-kanak di Yaman dan Indonesia setelah kejayaan Kempen Khatam Quran di bulan Ramadan tahun ini. Pengguna Muslim Pro digalakkan untuk terus memberikan sumbangan kepada Badan UNICEF Kanak-Kanak di Yaman melalui usaha tabung dana pembiayaan global pertama aplikasi ini.

Pada permulaan Ramadan tahun ini, fitur baru Khatam Quran Muslim Pro telah mencapai 7,000 penyelesaian bacaan Quran dan 500,000 bacaan Quran telah dicipta diseluruh dunia. Muslim Pro, aplikasi agama dan komuniti Muslim paling terkenal di dunia dengan 100 juta muat turun setakat ini, bekerjasama dengan UNICEF untuk pengumpulan dana khalayak (crowdfunding) peringkat global pertama aplikasi ini bagi usaha untuk mengumpul wang untuk Rayuan Kanak-Kanak di Yemen.

Usaha ini berikutan dengan sokongan penuh yang telah diberikan para pengguna Muslim Pro dalam menjayakan kempen Khatam Quran Muslim Pro yang mana ianya mendorong pengguna untuk khatam Quran di bulan Ramadan. Setakat ini, kempen ini berjaya mencapai lebih dari sasaran awal, dengan hampir 500,000 bacaan Al-Quran telah dibuat di seluruh dunia sejak awal Ramadan.

Muslim Pro mereka fitur Khatam dengan tujuan: menjadikan niat yang baik kepada amalan yang positif. Kempen ini mensasarkan untuk mencapai sekurang kurangnya 10,000 penyelesaian bacaan Quran, dan berikrar untuk menyumbang kepada pendidikan kanak-kanak kurang berkemampuan jika ia berjaya mencapai sasarannya.

#Giftofkhatam: Memperkasa Kanak-Kanak


Pengguna Muslim Pro boleh menyumbang ke tabung UNICEF di sepanjang bulan Ramadan sehingga penghujung Mei melalui link di dalam aplikasi di https://help.unicef.org/yemen/muslimpro  untuk membantu tabung kecemasan organisasi dan kerja keseluruhan untuk menyokong pendidikan kanak-kanak di Yaman.

Selain daripada usaha tabung dana pembiayaan khalayak (crowdfunding), Muslim Pro juga akan memberi sumbangan korporat kepada UNICEF. Yaman adalah krisis kemanusiaan terbesar di dunia, dengan lebih daripada 24 juta orang - sekitar 80% penduduk dan lebih daripada 12 juta kanak kanak memerlukan bantuan. Kerosakan dan penutupan sekolah dan hospital telah mengganggu akses kepada perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, menjadikan anak anak lebih terdedah dan merampas masa depan mereka. Selain menyokong keperluan kecemasan segera bagi anak-anak yang mempunyai akses terhad terhadap makanan dan air, rayuan UNICEF juga bertujuan untuk melihat perkembangan jangka panjang negara dan masa depan kanak-kanak. Lebih kurang 8.1 juta kanak-kanak memerlukan bantuan Education in Emergency (EiE) di seluruh Yemen. Lebih daripada 2.2 juta kanak kanak di Yaman tidak bersekolah.

Sumbangan korporat Muslim Pro kepada Badan Kebajikan Islamik-Indonesia, Dompet Dhuafa (dompetdhuafa.org) akan menyumbang kepada program pra-sekolah kanak-kanak Islam yang berumur 3 ke 5 tahun di Bogor, Indonesia untuk tempoh 1 tahun. Program ini bertujuan untuk membantu keluarga yang mempunyai masalah dari segi kewangan; membolehkan kanak-kanak bersekolah di tadika yang memupuk nilai-nilai Islam. Muslim Pro juga akan memberi sumbangan Ramadan seperti kit persekolahan dan Al-Quran kepada 250 pelajar di Sekolah E-Tahfiz Dompet Dhuafa, program Islam sekolah menengah percuma untuk pelajar berpencapaian tinggi dari latar belakang kurang berkemampuan.

Mengenai Muslim Pro


Muslim Pro bermula dengan idea yang sederhana: untuk memberikan waktu solat yang tepat kepada umat Islam di seluruh dunia. Seiring berjalannya waktu, Muslim Pro telah berkembang sejajar dengan keperluan umat Islam yang terus berkembang, menjadi aplikasi mudah alih yang komprehensif yang membantu berjuta-juta pengguna di seluruh dunia dengan menawarkan ciriciri keagamaan, gaya hidup, dan komuniti yang menyeluruh. Hari ini, ia telah dimuat turun lebih dari 100 juta kali.

 

Fitur utamanya termasuk waktu solat yang tepat, Bacaan Audio Al-Quran, Kompas Kiblat, Kalendar Islam, Kalkulator Zakat, Inspirasi Harian,Penjejak Solat dan Puasa, Perjalanan Haji Maya, Ayat Popular, Dua Harian, Penjejak Zikir di Tasbih, dan yang terbaru adalah Khatam Quran.

Muslim Pro mempunyai jumlah lebih daripada 100 juta muat turun daripada 200 negara yang merangkumi pelbagai umur pengguna. Untuk info lebih lanjut, sila layari https://www.muslimpro.com/

Mengenai 100 Hari Menuju Ramadan Kempen ‘100 Days to Ramadan’ dimulakan pada 2 Januari 2021, dengan tim Muslim Pro berkongsi objektif mereka Ramadan ini dan amalan baik yang mereka ingin tanamkan pada 100 hari menjelang Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk membimbing dan mendorong pengguna Muslim Pro untuk lebih bertakwa dan refleksi diri. 

14 ulasan:

  1. Alhamdulillah seronoknya kan bila kte dapat khatam Al-Quran pulak2 di bulan Ramadhan ni. Kak min pun mmg guna muslim pro sebab senang kan..

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah. Congratulations tomPn Ruby sbab berjaya khatam Al-Quran. This is a very good achievement. Me should get me this apps too. Thank younfor sharing your experience with me.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, saya pun guna muslim pro untuk track khatam quran, ada lagi masa nak khatam ni

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah Ruby. Tahniah sebab berjaya khatam. InsyaAllah Rawlins pun merangkak-rangkak nie. And sedang explore lagi fungsi2 dalam muslim pro

    BalasPadam
  5. tahniah ruby, memang pencapaian yang sangat baik, memang perlukan komitmen yang tinggi dan istiqamah untuk khatam quran, akak pun baru juzuk ke 5 setakat ini

    BalasPadam
  6. woow...congrats on your achievement with khatam al quran, so proud of you akak. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah bestnya tengok orang dah Khatam Quran ni bulan Ramadan lak tu best memang best. Menggunakan teknologi untuk kearah macam ni yang sepatutnya bukan nak buat untuk lara jer kan kena pada diri sendiri juga hehehe..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah , tahniah Ruby. Bagusnya sekarang teknologi dihujung jari. So tak ada alasan tak boleh nak buat kan. Masyarakat pun dah semakin bijak menilai. Tak semestinya pegang phone hanya chat dan main games. Nak khatam quran boleh nak buat charityu pun boleh. Apapun good job Muslim Pro sebab banyak melakukan perubahan untuk penambah baikkan.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. Ruby dah khatam, kak pun guna muslim pro mmg terbaik memudahkan kita merujuk di program ni

    BalasPadam
  10. Gunakan Aplikasi Muslim Pro untuk Khatam Quran menarik ni. Boleh lah downloads nanti. mudah ada apps macam ni.sangat membantu

    BalasPadam
  11. Kat hp ada juga aplikasi muslim pro ni. Paling suka sebab tiap kali masuk waktu solat terus dengar azan kat hp. Nak ngaji pun mudah. the best!

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah... Tahniah Ruby. Akak tinggal berapa juzuk je lagi nak khatam. Memang best apps Muslim Pro ni.

    BalasPadam
  13. Alhamdulilah, tahniah Ruby.. Sis tahun ni tercicir 7 juzuk tak habis.. tapi takpe, now masih teruskan.. ada apps gini mudahkan..

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah tahniah kak ruby! Seronoknya kita baca. Memang bagus ye apps dia senang bila ada Muslim Pro ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.