Konsert PEPSI Augmented Reality (AR) Pertama Di Malaysia - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Konsert PEPSI Augmented Reality (AR) Pertama Di Malaysia

Konsert PEPSI Augmented Reality (AR) Pertama Di Malaysia. | Assalammualaikum semua! Apa khabar! Hari ini Ruby ingin berkongsi satu teknologi menarik yang dibawakan oleh Pepsi. Jika sebelum ini Ruby ke Pepsi Concept Store pun dah teruja dengan keunikan kedai tersebut. Kali ini, Pepsi membawakan Konsert Augmented Reality (AR) melalu sebotol Pepsi Black Raspberi. Menarik kan? Ini adalah konsert AR pertama di Malaysia. Pasti ramai teruja dengan ingin mengalami pengalaman menonton konsert sebegini. Pada pendapat Ruby, ini adalah inisiatif murni bagi membantu para penggiat seni dan selebriti tanah air untuk dekat dengan para peminatnya. Paling best, Siti Nordiana dengan vokal mantapnya dan pemenang #PepsiBoldTalent akan menemani sepanjang konsert. Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan Pepsi Black Raspberi sekarang!

Konsert PEPSI Augmented Reality (AR) Pertama Di Malaysia.

Pepsi sekali lagi mencetuskan revolusi baru dan mentransformasikan pengalaman muzik di Malaysia dengan membawakan Konsert Augmented Reality (AR) pertama di Malaysia, eksklusif untuk semua peminat Pepsi pada 16 April 2021. Konsert ini mempersembahkan penyanyi popular Siti Nordiana sebagai artis utama, dan turut menampilkan tiga bakat bertenaga tempatan iaitu Aidil, Bell dan Syafeek yang telah memenangi cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent.

“Di PepsiCo, muzik adalah cara utama untuk kami berhubung dengan para peminat kami, dan kami tahu bahawa penggemar muzik di Malaysia sudah lebih setahun tidak dapat menghadiri konsert akibat pandemik. Oleh itu, kami memutuskan untuk membawakan Konsert AR yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia kepada mereka. Sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini di Malaysia, konsert ini mencerminkan personaliti kami yang berani dan suka mencuba sesuatu yang baru. Khususnya, kami membawakan inspirasi daripada Pepsi Black dengan rasa yang lebih hebat serta semangatnya yang mencabar norma, di mana akses kepada kandungan konsert ini eksklusif bagi penggemar Pepsi Black Raspberi iaitu perisa kola terbaru kami yang menawarkan rasa hebat, tanpa kalori.” kata Pengarah Kanan Pemasaran Asia Pasifik PepsiCo, Salman Butt.


Konsert yang diterajui oleh Siti Nordiana, penyanyi yang telah dinobatkan sebagai artis wanita paling popular (Artis Top Top MeleTOP Wanita) menerusi undian para peminat muzik dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, memberikan peluang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan lagu terbarunya, selain menampilkan penari berbakat Bell, pemain bola sepak gaya bebas Aidil dan penyanyi Syafeek. Dalam cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent yang lepas, ketiga-tiga bakat tersebut telah mempamerkan aksi yang cemerlang dan terbaik dari kalangan 3,000 video uji bakat yang dihantar, di mana video mereka berjaya menarik jumlah keterlibatan paling tinggi sehingga membolehkan mereka muncul sebagai juara pertandingan #PepsiBoldTalent.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat setia kami di Malaysia, dengan mencipta satu pengalaman yang amat istimewa untuk mereka, dan tiada cara yang lebih baik berbanding mengangkat bakat-bakat tempatan dan menawarkan kepada mereka sebuah platform untuk mereka mempamerkan keberanian dan keazaman mereka. Konsert AR yang julung kali diadakan ini menampilkan bakat-bakat tempatan kita yang terbaik serta membuka wadah baru untuk rakyat Malaysia menonjolkan diri dan mencapai impian mereka, sesuai dengan matlamat Pepsi dalam memperjuangkan generasi masa kini yang tekad lagi berani, dan sentiasa membawakan keterujaan dan pengalaman baru kepada para pengguna di Malaysia,” ujar Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee.

Trio Muda Malaysia

Berazam untuk menambah baik bakat masing-masing dan berkongsi minat membuat persembahan demi para peminat, trio muda ini menyimpan cita-cita yang besar untuk masa depan mereka. Penari berbakat Bell, yang juga seorang pelajar berusia 22 tahun, mempelajari sendiri teknik tariannya selama tiga tahun dan berharap untuk menggunakan pendedahan ini bagi mencontohi kejayaan penari idolanya. 

Sementara itu, Aidil pemain bola sepak gaya bebas berbakat yang juga berusia 22 tahun, mahu menggunakan peluang ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai sukan bola sepak gaya bebas. Bekerja sebagai seorang pereka grafik, Aidil mula aktif dalam sukan bola sepak gaya bebas sejak hampir lapan tahun lalu, di mana beliau meluangkan masa tujuh jam sehari setiap hujung minggu untuk mengasah bakatnya. 

Manakala, penyanyi berbakat Syafeek, mula menyerlahkan bakatnya dalam bidang nyanyian ketika sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Perancis dan berharap pendedahannya yang terkini akan menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar sebagai penyanyi. Syafeek, yang berpengalaman membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan mula menyertai pertandingan menyanyi sejak tahun 2012, pernah memenangi pertandingan i-SiNG World di Paris pada tahun 2018.

Para peminat boleh menyaksikan lebih banyak lagi persembahan oleh trio ini di:
Aidil: https://www.tiktok.com/@aidilaminuddin
Bell: https://www.tiktok.com/@bubellbuu
Syafeek: https://www.tiktok.com/@syafeek_ikhwan



Cara-Cara Menyaksikan Konsert



Para peminat muzik dan penggemar Pepsi Black Raspberi boleh menyaksikan Konsert AR pertama Malaysia yang dibawakan kepada anda oleh Pepsi pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja mulai 16 April 2021 selama sebulan, dengan hanya mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

1. Dapatkan sebotol Pepsi Black Raspberi.

2. Lawati laman sesawang pepsiARconcert.com.

3. Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin telefon anda dan imbas botol berkenaan apabila diminta.

4. Tunggu sementara AR botol Pepsi dimuat naik.

5. Saksikan konsert ini, yang akan ditayangkan di atas botol berkenaan!

Mengenai PepsiCo

Produk PepsiCo dinikmati oleh para pengguna lebih daripada satu bilion kali sehari di lebih daripada 200 negara serta wilayah di seluruh dunia. PepsiCo menjana pendapatan bersih lebih daripada $67 bilion pada tahun 2019, dipacu oleh portfolio makanan dan minuman ringan termasuklah Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker dan Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuklah rangkaian meluas makanan dan minuman enak yang terdiri daripada 23 jenama yang mana setiap satu daripadanya menjana anggaran jualan runcit tahunan $1 bilion.

PepsiCo dipandu oleh wawasan untuk menjadi Peneraju Dunia dalam Industri Makanan dan Minuman Ringan menerusi slogan Kejayaan berasaskan Matlamat. “Kejayaan berasaskan Matlamat” atau "Winning with Purpose" mencerminkan keazaman kami untuk meraih kejayaan secara lestari di dalam pasaran serta matlamat yang ditanamkan ke dalam semua aspek perniagaan. 

www.pepsico.com | www.facebook.com/PepsiMalaysia | www.instagram.com/pepsimy

13 ulasan:

  1. Ingat nyanyian dari Blackpink tadi sebab anak dok beli botol pepsi ada muka Blackpink. Rupanya artis negara kita...bagus la artis Malaysia diutamakan. Macamana la rasa Pepsi Raspberi ni.

    BalasPadam
  2. Eh. Rawlins tak rasa lagi Pepsi Black Rasberi nie. Nanti nak kena try. And yes, this is the new norm for concerts kan

    BalasPadam
  3. Bagusnyaa pepsi buat konsert AR macam ni. Kira yenologi canggih ni bolehbtengok dekat botol. Tak rasa lagi air ni. Boleh cari ni

    BalasPadam
  4. menarik gak flavour ni tak pernah jumpa lagi. kena pi cari ni.

    BalasPadam
  5. Konsert PEPSI Augmented Reality (AR)menarik ni.. dah lama tak minum air pepsin.. nak cuba la flavour Pepsi Black Rasberi nie

    BalasPadam
  6. Nak cubalah Pepsi Black Raspberi ni... dulu masa dok part-time kat KFC selalu la dapat rasa air-air baru ni time rehat (staff meal)... nampak maintain muda je Siti Nordiana kan... Tahniah Nana, semoga terus maju-jaya...

    BalasPadam
  7. Wow menariknya! brilliant dan canggih betul technology skrg kan.. scan bottle jer dapat tengok the AR concert.. nak pergi beli la..

    BalasPadam
  8. Wah canggih! Macam-macam idea kan. Boleh tengok penyanyi idola walaupun tak boleh tgk real akibat pandemik

    BalasPadam
  9. menarik dalam bentuk AR.. nampak canggih bila kita boleh tonton dr botol hehehe.. boleh try nanti..

    BalasPadam
  10. Pertama kali dengar konsert guna AR.. ingat game aje ado.. menarik juga ni kalau dapat tonton.. ada jual yaa pepsi rasa ni? Nanti nak cari dan try laa, walau Sis tak berapa suka pepsi...

    BalasPadam
  11. Musim covid ni kena buat consert dalam alam maya jer hehehe tanpa penonton itu yang terbaik sekarang ni produk Pepsi memang selalu buat ada Siti Nordiana bestnya rugi tak tonton...

    BalasPadam
  12. That day i baru jer try Pepsi Black Raspberi, memang best and jap kita nak check out their AR concert.

    BalasPadam
  13. Zaman sekarang makin kreatif, dengan keadaan yang sedia ada sekarang yg membataskan segalanya, lahirkan konsep AR mcm nie. menarik ! sesuatu yg baru utk norma baharu

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.