GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Pertama Di Malaysia Yang Menerima Arahan Suara Dan Menyimpan Sehingga 10 Memori Pengguna

GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Pertama Di Malaysia Yang Menerima Arahan Suara Dan Menyimpan Sehingga 10 Memori Pengguna

Ruby
14
GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Pertama Di Malaysia Yang Menerima Arahan Suara Dan Menyimpan Sehingga 10 Memori Pengguna. | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan ke pameran roadshow kerusi urut GINTELL di IOI City Mall LG Centre Court. Kebiasaannya kalau ke pameran kerusi urut. Kita boleh cuba dan alami sendiri kehebatan kerusi urut tersebut. Oleh kerana, ia adalah peranti elektronik yang sangat hebat. Jangan segan silu apabila staff GINTELL membantu anda. Menerangkan fungsi dan membantu anda adalah keutamaan GINTELL. Ruby percaya, apabila anda experience sendiri menggunakan kerusi urut GINTELL. Pasti anda akan simpan niat untuk memilikinya.  InsyaAllah. 

GINTELL S7 SuperChAiR Kerusi Urut Pertama Di Malaysia Yang Menerima Arahan Suara Dan Menyimpan Sehingga 10 Memori Pengguna.


GINTELL dengan bangganya mengumumkan pelancaran kerusi urut versi baru, ‘S7’, kerusi urut yang terbaru dapat menampilkan prestasi yang setarat dengan kereta ‘SUPER CAR’. Dengan itu, GINTELL telah memperkenalkan slogan ‘Brilliance of Wellness’, iaitu ‘Kecemerlangan dalam Kesejahteraan’ bersama teknologi AI yang berinovasi untuk mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa.

Produk ini dilancarkan di IOI City Mall Center Court, Lower Ground Floor oleh pengasasnya, Datuk Goh Cheh Yak dan duta jenama GINTELL, Amber Chia. Bersempena dengan pelancaran GINTELL S7 SuperChAiR, GINTELL turut mempamerkan "SUPER CAR" - Mclaren 720s, dengan keistimewaan teknologi terkini dan hebat dapat meletakkan GINTELL S7 SuperChAiR dalam kategori yang lebih baik.

Sumber Gambar: Facebook Amber Chia

Kita selalu berada di fasa yang agak sukar dari luar jangkaan kita. Urutan boleh mengurangkan tekanan dan menjadikan sebuah terapi kepada seseorang. Maka itu, jangan lepaskan peluang anda dengan menemui 'Penjaga Kesihatan Anda’ di GINTELL! Kerusi urut GINTELL S7 SuperChAiR adalah kerusi urut pertama yang mempunyai AI SuperChAiR dan 875 kombinasi urutan yang memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

Di Samping itu, kerusi urut ini juga dilengkapi oleh AI Senses bersama ViTec (Voice Intelligence Technology) yang pertama di Malaysia, iaitu, mengunakan teknologi kawalan suara pintar untuk beroperasi. Dengan adanya teknologi ini, kerusi ini boleh mendengar, menganalisi dan memahami keperluan badan individu, menghasilkan program urut yang sesuai untuk anda.

Ruby: Hi Hi Gintell
S7: I am Here 
Ruby: Begin Massage
S7: Massage Begin

Setelah mendengar arahan, GINTELL S7 SuperChAiR akan memulakan mapping struktur tubuh badan kita dan ketinggian kita bermula dari pinggul. Anda boleh rasa bola-bola kerusi urut sedang melakukan tugasannya. Relax dan enjoy!


AI ViTec Massage Hand menggunakan kaedah urutan yang sama seperti tangan manusia, memberi penekaan roller sehingga 13cm, dan memberi urutan yang lebih berkesan. 

Signifikasi GINTELL S7 SuperChAiR & Mclaren 720s.


Mclaren 720s adalah kereta lumba kegemaran ramai. Ia adalah kehebatan teknologi buatan keluaran British. Maka, kita sedia maklum keselesaan kereta sport terletak kepada ergonomik tempat duduk. Tahukah anda, kereta sport memiliki memori tempat duduk untuk berlainan pemandu? Jika tiada pemandu lain, ia akan menyimpan memori tempat duduk anda. Hebat kan? Jadi, GINTELL S7 SuperChAiR juga seperti kereta lumba Mclaren 720s yang mempunyai teknologi “memory seat”, kerusi urut GINTELL S7 SuperChAiR mampu menyimpan memori sebanyak 10 slot Vi-memory. Ini membolehkan kita seisi keluarga menggunakannya tanpa perlu risau untuk melaraskan berkali-kali kedudukan kerusi. Hebat kan? Seronok apabila Mclaren 720s boleh meyimpan urutan kesukaan untuk nenek, atuk, ibu, ayah, dan anak-anak. Hehehe.

SIFU Dato Seri Master Chris Leong


Kerusi urut GINTELL S7 SuperChAiR juga mempunyai urutan yang dicipta oleh SIFU Dato Seri Master Chris Leong (Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar”). Beliau telah berkongsi bahawa peregangan seluruh badan sebanyak 230° dapat membantu mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang, dan juga dapat meningkatkan peredaran darah dengan memperbaiki otot.

Harga Di Roadshow GINTELL IOI City Mall Lebih Berbaloi-Baloi


Bersempena dengan pre-pelancaran, GINTELL menawarkan promosi dan potongan harga istimewa untuk pelanggannya. Dapatkan GINTELL S7 SuperChAiR pada nilai hebat 

Harga asal: RM 27,988.00
Tolak Rebate: RM 10,000.00
Maka, harga Promosi: RM 17,988.00
Tolak Lagi Rebate Roadshow: RM4,000 
Jumlah anda perlu bayar: RM13,988 sahaja!

Dapat lagi Free Gift bernilai RM 1488 dan jika anda bertuah. Ada sesuatu menanti anda apabila membeli GINTELL S7 SuperChAiR. Jeng jeng jeng..

Oleh itu, rebut peluang keemasan ini di roadshow GINTELL IOI City Mall ini sebelum 5 April 2021! Tertakluk pada terma dan syarat.

Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Fuhh memang canggih kerusi urut terbaru Gintale ni. Bagi arahan guna voice je haa. Siap boleh simpan memori untuk urutan kesukaan kita lagi. Memang berbaloi lah dengan harganya.

    BalasPadam
  2. Kalau kerusi urut Gintell ni boleh simpan memori ni macam kereta akak dulu ajer boleh simpan memori kalau pemandu bawak kereta. Best tu boleh urut kita. Tak payah ke pusat urut dah.

    BalasPadam
  3. That's truly an eye-watering price tag but then again to those who can afford, this could very well be an amazing bargain especially when it comes fitted with the latest cutting edge technology.

    BalasPadam
  4. Yang bestnya ada urutan SIFU Dato Seri Master Chris Leong tu yang menarik tu. Selalu nampak video beliau mengurut orang sehingga menjadi elok dengan izin Allah swt kan.

    BalasPadam
  5. Huish bestnya kerusi urut macam ni. Yaya tengok gamabr kerusi urut pun dah rasa lega sikit membayangkan apa lagi kalau dapat berurut betul2 atas kerusi ni kan huhu

    BalasPadam
  6. Kalau dapat kerusi macam ni, balik kerja penat-penat memang syok duduk la situ mau sampai terlena terus hahaha

    BalasPadam
  7. bestnya kalau dapat beli. tapi tengok harga telan2 air liur haha berbaloi2 beli sebab super advance la kerusi ni

    BalasPadam
  8. Canggihnya la kerusi urut zaman sekarang ni kan? Sampai boleh terima arahan suara dan simpan memori. Nanti la kalau lalu kat Gintell nak usha2 hehe.

    BalasPadam
  9. Harga yang ditawarkan cukup murah dan berbaloi. Dengan spesifikasi yg pelbagai mmg sangat mantap

    BalasPadam
  10. Wow makin maju dan canggih dh mesin urut sekarang ya.. Sampai boleh terima arahan suara lagi... Gintell mmg best kan

    BalasPadam
  11. Wah canggihnya kerusi urut Gintell ni..adakah tiba masanya untuk tukar kerusi urut Gintell yang ada di rumah ni? :) jimat banyak kalau grab sekarang kan!

    BalasPadam
  12. pehhhhhhh.. smart gile kerusi dia, ruby ooi.. tapi itu lah.. hee~ masuk dalam wishlist dulu.. semoga ada rezeki nanti boleh beli.. memang mengidam lama dah barang sebiji dua kerusi urut dari Gintell ni..

    BalasPadam
  13. wah hebat kerusi urut teknologi tahun 2021 ni. pernah guna kerusi urut gak,keluaran few years ago. dah tak rasa apa lepas urut. rasa kena upgrade beli kerusi urut camni pulak lah

    BalasPadam
  14. Wah nampak menarik.. tgk gayanya kalau dok kat kerusi urut nie mau tertido AM dibuatnya bila diurut satu anggota badan..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !