Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga Anjuran Noir Mendapat Sokongan Penuh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga Anjuran Noir Mendapat Sokongan Penuh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Ruby
10
Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga Anjuran Noir Mendapat Sokongan Penuh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah hari ini Ruby berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman menyertai di sebalik tabir program Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga Anjuran Noir di Kuala Lumpur Convention Centre pada 20 Mac 2021 yang lalu. Ia adalah pengalaman berharga apabila dapat melihat kerjasama krew dan pasukan Noir bersedia untuk setiap sesi Virtual Online bersama semua beautypreneurs. Melihat mereka setia selama satu hari untuk sesi bersama Madammu. Secara automatik Ruby juga terinspirasi. 

Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga Anjuran Noir Mendapat Sokongan Penuh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


10 Ribu Wanita Berniaga adalah salah satu program dari Noir untuk membantu wanita untuk lebih yakin dan bertindak lebih berani untuk mengubah taraf kehidupan sedia ada. Konvensyen ini menampilkan founder Noir, Madammu, dalam berkongsi perjalanan beliau bermula dengan perniagaan dalam bisnes kecantikan. Dari Wanita, Kepada Wanita! Seperti mana yang ramai sedia maklum apabila negara kita bahkan seluruh dunia dilanda wabak pandemik, begitu ramai yang terjejas dari segi perjalanan kehidupan seharian. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan, ada keluarga yang terjejas teruk dan ada juga yang kehilangan tempat bergantung. Situasi ini telah menyebabkan begitu banyak kehidupan yang terhenti seketika sepanjang PKP tempoh hari.

Noir prihatin di atas situasi ini, dan kami percaya sekiranya setiap wanita percayakan proses yang telah team Noir hadapi dan lalui, pasti ramai yang boleh bangkit dari cabaran dan halangan yang menghimpit ini. Program ini merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Konvensyen ini disokong penuh oleh YBhg Datuk Seri Rina Mohd Harun atas objektif program yang selaras dengan tema Hari Wanita 2021 iaitu, “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”.

Kenapa Noir mengadakan 10 Ribu Wanita Berniaga?

MEMBANTU lebih ramai wanita untuk berani berniaga Kejayaan yang TERBUKTI! Noir telah berjaya melahirkan ramai wanita termasuk jutawan di kalangan stokis dan agent.

MEMBERI PELUANG kepada wanita untuk meningkatkan taraf ekonomi secara berniaga Wanita yang inginkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Wanita yang inginkan gaya hidup yang diimpikan. #KamiWanitaNoir

MEMBIMBING WANITA menambah dan mencari sumber pendapatan bagi membantu diri dan keluarga Noir bersedia untuk membantu wanita memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik! Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang dan berikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak-anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya. #KamiWanitaNoir

MEMBERI KESEDARAN kepada wanita, mereka juga mampu berjaya dalam perniagaan. Sudah tiba masanya untuk wanita mencorakkan kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya untuk #KamiWanitaNoir

MEMBENTUK WANITA yang mampu membina kerjaya dengan adanya ilmu. Dengan ilmu, akan meningkatkan keyakinan diri. Ilmu yang disediakan akan dapat membantu para wanita untuk mula berniaga dengan betul. Noir terdiri daripada team leader yang bersedia untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang berniaga dengan Noir. #KamiWanitaNoir

Matlamat Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga

Noir menawarkan tajaan bimbingan perniagaan bernilai RM10 juta untuk 10,000 wanita mula berniaga. Noir nak bimbing 10,000 wanita untuk mulakan perniagaan tanpa modal dari kosong sehingga capai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

Sempena kempen ini, Noir menawarkan bimbingan perniagaan sehingga RM1,000 seorang untuk 10,000 wanita yang mendaftar sepanjang kempen berlangsung. 

Tips Keusahawanan Dari Madammu



TENAGA positif dan negatif kita sendiri yang tarik. Pilih persekitaran yang kita inginkan. Hidup ini ada pilihan.
Perlu BERANI buat keputusan
SELF LOVE, Jangan menganiaya diri sendiri, kita tentukan masa depan kita. 
NALURI wanita sentiasa benar
✅ Ubah EKONOMI keluarga, mula berniaga.
BIG WHY Ingin Berniaga? Proses perjalanan berniaga membuatkan Madammu lebih mengetahui Big Why. Membantu seorang wanita ke 2,000. Kini 15,000 orang. Madammu rasa bersalah jika tidak bantu ramai orang di luar sana. 
PERSONALITI dan aura Madammu. Cuba tanya orang sekeliling kita. Apa yang mereka nampak dalam diri kita. Cantiknya kulit, pandai jaga kulit. Yakin dengan diri sendiri. Karisma. Self Confidence tinggi. Semua itu dipupuk dari awal. Dari pemalu hingga self confidence dan pandai berkata-kata. 
✅ Sentiasa PERBAIKI DIRI. Madammu terkenal sebagai founder produk yang sangat rajin buat LIVE. Pasti ada masa untuk berkongsi ilmu dan kadang-kadang hanya sembang biasa pun ramai menonton. Dari LIVE Facebook itu, Madammu belajar banyak perkara. Jadi, beliau akan Tengok LIVE sekali lagi. Perbaiki diri dengan melihat ada kesilapan. Sama ada ekspresi muka atau percakapan. Praktis cakap depan cermin. Cakap laju tak boleh. Cakap jangan kasar. 
Peranan Tukang Penasihat iaitu suami. Isteri mula ingin berniaga, bagaimana suami kawal emosi dan ego? Isteri perlu jelaskan dengan sejelas-jelasnya pa ingin buat. Pujuk suami. Secara tidak langsung kita akan ada sokong padu dari insan tersayang. Madammu, dapat melihat pasukan Noir yang ada sokongan dari suami, akan dapat menjana banyak pendapatan. Tidak seperti yang tidak dapat support suami, ibarat patah sebelah sayap. Takut-takut nak buat keputusan. "Suami adalah pelengkap. Kalau bukan suami, siapa lagi?"
✅ Niat BANTU ramai wanita. Impian Madammu ingin lihat ramai wanita keluar dari kemiskinan dengan Bangkit Berniaga. Kehidupan berbeza apabila ada duit. Kita tak perlu duit, tapi keperluan harian kita memerlukan duit untuk membayarnya. Pilihan ditangan kita untuk bebas kewangan di tahao mana. Boleh beli emas bila-bila masa?. Boleh bantu keluarga?. Boleh beri pendidikan terbaik kepada anak-anak?. 

Tentang Pengasas MADAMMU


Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.


Dalam jangka masa yang berpanjangan, perkongsian gaya hidup dan rutin kecantikan Madammu di media sosial telah mewujudkan fenomena dalam industri kecantikan tempatan. Keterampilan dan pengetahuan Madammu dalam menyampaikan tip-tip tentang kecantikan, terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya untuk tampil cantik dengan mengambil kira jenis kulit yang berbeza dan cabaran individu dalam memperoleh kesan yang diinginkan untuk mencapai kulit wajah yang sihat dan berseri. Selari dengan kesedaran kecantikan secara alami, Madammu mengambil keputusan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang halal dan premium yang paling ideal untuk setiap wanita. Oleh itu, wujudlah Noir.

Tentang NOIR


NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, syarikat yang berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Ia turut melangkaui jenama tempatan yang telah bertapak lebih lama dalam menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Noir terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia.

Formulasi produk kami menekankan pada kepentingan dari produk daripada tumbuh-tumbuhan dan mewujudkan kesedaran dalam kelestarian untuk berkembang dan sekaligus untuk memelihara kualiti dan formulasi untuk pengguna setia kami.

Pencapaian Syarikat


Madammu bersungguh-sungguh menerapkan betapa pentingnya memanfaatkan elemen alami dan botanikal yang digabungkan secara alkimia untuk rangkaian produk kecantikan premium halalnya. Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah "Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019. Turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020 telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama sepasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil.

Madammu diiktiraf antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka dan dipaparkan dalam majalah Nona penerbitan Januari 2020. Bukan hanya menaikkan keyakinan diri dan jaminan produk melalui program keusahawanan oleh syarikat, malah membolehkan usahawan jenama Noir menjana aliran pendapatan tetap mereka sendiri. Sentiasa melangkah ke hadapan dengan kedudukan jenama Noir untuk kekal relevan dan jaminan yang kuat untuk pelanggan yang sedia ada dan juga bakal pelanggan untuk mencuba produk adalah pemangkin utama untuk berkembang di mana-mana industri. Oleh itu, ini sangat bermakna bahawa Noir menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam "Kategori Kesihatan & Kecantikan".

Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri. Menyedari kepentingan untuk melestarikan jenama Noir di pasaran tempatan dan antarabangsa, Noir telah dianugerahkan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” pada Oktober 2020. Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri.

Kekuatan Team Noir


Sejak penubuhan pada 4 tahun yang lepas, Noir telah membantu lebih 15,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik kehidupan masing-masing. Begitu ramai di kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Berkat daya usaha mereka sendiri untuk bangkit untuk ubah hidup, bimbingan daripada pengasas Noir, Madammu, yang sentiasa memberikan sokongan dan strategi pemasaran Noir yang menyeluruh dari segi dalam talian dan luar talian, Noir telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan antara 5-6 angka secara konsisten setiap bulan.

Setelah menyertai Noir, ramai yang telah merealisasikan impian masing-masing dalam membantu keluarga dari kesusahan dan kesempitan, sehingga ada yang mampu memiliki kereta dan rumah idaman.

Noir Entrepreneur


Selain itu, Noir memperkenalkan Starter Pack untuk sebagai agent (Noir Entrepreneur) dengan modal hanya RM378, yang terdiri daripada 4 kotak miniset. Noir mensasarkan matlamat yang tinggi menjelang tahun 2021 untk menghasilkan seramai 10,000 agent (Noir Entrepreneur) yang menjana pendapatan RM10,000 ke atas secara bulanan. 

Untuk para wanita yang berminat untuk berniaga tanpa modal, Noir menawarkan program keusahawan iaitu Noir Mobile, sebuah program yang melahirkan dropship Noir. Target Noir untuk tahun 2021 ialah melahirkan seramai 50,000 Noir Mobile, dengan pendapatan bulanan konsisten RM1,000 ke atas. 

Noir Academy 


Buat julung kalinya, Noir memperkenalkan Noir Academy- modul keusahawanan untuk mereka yang menyertai team Noir. Noir Academy merupakan platform dalam talian terdiri daripada modul keusahawanan yang disesuaikan oleh pihak Noir untuk memenuhi keperluan pengetahuan untuk team Noir,  khususnya untuk yang baru mula berniaga.

Noir Melancarkan Produk Dalam Miniset Istimewa


Dari wanita, kepada wanita. Itulah impian Madammu. Beliau ingin wanita tampil berkeyakinan, cantik, bergaya, menjana pendapatan sendiri dan menggunakan produk Noir yang bersesuaian dengan keadaan kulit semua wanita. Sama ada kulit anda jenis berminyak atau kering, pasti ada solusi dari Noir. Produk ini memberi peluang kepada pengguna yang ingin mencuba Noir. 5 item penting regimen kecantikan dijual dengan harga berpatutan. 

Dua miniset ini bernilai RM 198 sahaja! Mengandungi 5 langkah hebat untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan jelita. Jom Ruby kongsikan tentang kedua-dua miniset istimewa dari Noir. Bungkusan cantik bersesuaian dengan manfaatnya. Kotak warna hijau turquoise ini adalah Crystal Skin Miniset khas untuk mereka yang memiliki kulit wajah kering. Anda semua sedia maklum, kulit yang lembab adalah kunci kepada kulit yang sihat. Selain dari minum air yang mencukupi. Penjagaan wajah seperti memakai skrub, essence, serum dan pelembab adalah penting. 

Seterusnya, miniset warna meah jambu pastel. Ia adalah untuk anda yang memiliki kulit berminyak. Bagaimana ingin tahu kulit anda jenis berminyak atau kering? Paling mudah adalah, cek selepas anda bangun tidur. Apakah keadaan kulit anda? Jika berminyak. Kita geng. Hahaha. Ruby memiliki kulit berminyak. Berpeluh banyak dan akne mudah tumbuh. Bahaya kan? Tapi, dari pandangan mata kasar. Kulit Ruby seakan-akan tiada masalah akne kan? Yeeee. Sebab Ruby kawal dari mereka tumbuh meriah. Seram lah bila ada jerawat. Ruby risau bakteria jerawat merebak. Anda boleh dapatkan Flawless Beauty Miniset ini untuk menjaga wajah anda yang jenis berminyak.

Peraduan Noir Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga


Bermula 20 Mac 2021 sehinga 30 April 2021, Noir menganjurkan peraduan bersempena Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga. Cara penyertaan sangat mudah dengan hanya Share, Collect Point & Win! . Klik url 
https://peraduan.10ribuwanitaberniaga.com/lp/112161/lp112161 untuk informasi lebih lanjut. Ruby doakan semoga anda menang iPhone 12 Pro! 

Semoga inisiatif murni dari Noir dapat membantu ramai orang untuk melakukan tindakan. Tindakan hari ini, penentu masa depan. Masih belum terlewat. InsyaAllah.

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Sejujurnya ni pertama kali dengar brand Noir ni tapi Dania kata nampak iklan kat billboard jalan. Bagus juga ada konvensyen macam ni. Dapat menggalakan penyertaan wanita dalam bidang perniagaan.

    BalasPadam
  2. Bagus dgn program 10 Ribu Wanita Berniaga Anjuran Noir utk membantu wanita dlm perniagaan agar terus maju dan success

    BalasPadam
  3. Sukanya tengok wanita lain yang tak lokek ilmu share dengan wanita lain. Sama-sama boleh berjaya kan.

    BalasPadam
  4. program sebegini sesuai pada masanya.. pada masa sekarang mmg ramai yang terkesan dengan pandemic covid 19.. semoga ada jalan dan sinar baru kepada yang sedang berusaha mencari pendapatan sampingan ataupun sepenuh masa..

    BalasPadam
  5. Sis tau brand Noir tu je, tapi tak pernah tau pengasas dan founder dia.. memang otak bisness betul, dan bagusnya dia mengajak semua wanita untuk cebur dalam bidang perniagaan ni, sangat bagus.. harap siapa yang minat nak meniaga boleh join dengan NOIR ni...

    BalasPadam
  6. Bagusnya program ni. Memang bagus tau utk wanita2 usahawan cam kita join program camni. Btw tergoda dgn rangkaian skincare dia tp lg tergoda dgn hadiah peraduan tu haha

    BalasPadam
  7. Bagus juga ada konvensyen & kempen mcm ni. Menggalakkan para wanita menceburkan diri dlm bidang bisnes. Pulak tu niche kecantikan yg memang tak asing dlm kalangan wanita. Rasa mcm nak join NOIR pulak hehehe

    BalasPadam
  8. Banyak inisiatif yg diberikan oleh Noir dalam membantu lebih ramai wanita untuk berjaya dalam bisnes

    BalasPadam
  9. Baguslah brand Noir ni.. ada initiative untuk membantu kaum wanita dalam bidang usahawan ni.. Btw, product2 dia pun nampak menarik kan...

    BalasPadam
  10. Wanita yang berminat dalam bidang perniagaan barang kecantikan memang wajib join . Nampak banyak kelebihan yang akan diberi if ada yang nak jadi usahawan NOIR. Founder pun bagus tak kedekut ilmu siap ada program membimbing lagi. Yang penting ambik peluang ini sebaik mungkin kemudia belajar dan usaha hingga berjaya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !