Peraduan Makan Dan Menang LengQuas - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Peraduan Makan Dan Menang LengQuas

Peraduan Makan Dan Menang LengQuas. | Assalammualaikum semua! Ruby nak kongsikan satu berita gembira buat kaki contest. Pasti ini juga adalah peluang yang menggembirakan buat anda yang sering membeli produk-produk LengQuas. Anda boleh memenangi hadiah istimewa iaitu Thermomix yang bernilai RM 10,000. Wow! Rasanya mesin Thermomix adalah idaman kalbu buat semua. Jadi, adakah anda bersedia? Jom sertai sekarang.

Peraduan Makan Dan Menang LengQuas


Makan LengQuas Dan Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai RM100,000 


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. 

Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan. 


“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.” 



Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan. 


Encik Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah; CEO Kopetro
ketika menerangkan mekanisma Peraduan Makan Dan Menang LengQuas.

Ejen-Ejen Dan Pengedar LengQuas Juga Boleh Menyertai Peraduan Makan Dan Menang


Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan. 

Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan. 

21 Menu Ready-To-Eat LengQuas


LengQuas menyediakan 21 menu dan di antara produk menjadi jualan tertinggi adalah Paru Goreng Berlado, Daging Masak Hitam dan Daging Dendeng. Dijual pada harga serendah RM 6 sehingga RM 10. Harga bergantung kepada pilihan sama ada ayam atau daging. Bagi Ruby, harga ini sangat berbaloi-baloi. Sebab kita dapat nikmati makanan kegemaran kita pada bila-bila masa bersama seisi keluarga. Cara penyediaan juga mudah dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang microwave sahaja. Mudah!

1) Beef Stew 
2) Chiken Glaze 
3) Daging Lemak Kuning 
4) Kari Daging 
5) Daging Asam Pedas 
6) Daging Dendeng 
7) Kuah Kacang 
8) Daging Masak Hitam 
9) Ayam Masak Hitam 
10) Rendang Ayam 
11) Ayam Percik 
12) Paru Goreng Berlada 
13) Sambal Ikan Bilis 
14) Ayam Masak Merah 
15) Nasi Briyani Ayam Rendang 
16) Nasi Putih Daging Masak Hitam 
17) Nasi Minyak Ayam Percik 
18) Nasi Hujan Panas Ayam Kurma 
19) Nasi Briyani Ayam Masak Merah 
20) Nasi Ayam Kukus 
21) Nasi Lemak Ikan Bilis 

Cara-Cara Menyertai Peraduan Makan Dan Menang LengQuas. 


✅ Berbelanja minima RM20 untuk mana-mana produk LengQuas.
✅ Imbas kod QR yang tertera.
✅ Jawab solan mudah yang diberikan.

Selain itu, anda perlu menyimpan resit, ambil gambar resit untuk di muat naik di dalam borang dan kreatif menyediakan slogan. InsyaAllah jika lengkap semuanya, Ruby doakan anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000. Amin!


Mengenai Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) 


Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan. 

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. 

Mengenai LengQuas 


LengQuas, produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd. yang menyediakan hidangan segera lauk-pauk tradisional. Kesemua produk LengQuas berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia. 

Kini LengQuas mempunyai 245 orang ejen dan pengedar jualan yang telah dilantik di setiap negeri di  antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lebih ramai lagi ejen di negeri-negeri lain bagi meluaskan pasaran produk LengQuas. 

Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas. Produk LengQuas juga dijual di 7-Eleven, MyNews, Stesen Minyak Petronas dan pasaraya terpilih berdekatan anda. 

Jadi, ayuh kita dapatkan produk LengQuas dan sertai peraduan. Selamat Maju Jaya!

KOPETRO

LengQuas

5 ulasan:

  1. Bagusnya Produk LengQuas ni. Kalau travel sesuai betul produk ni tak pun buat mereka yang busy pun boleh juga beli kan?. Boleh masuk contest sekali.

    BalasPadam
  2. Menarik hadiah yg ditawarkan. Yg lg best produk ni praktikal esp utk time bersahur atau berbuka

    BalasPadam
  3. Menarik juga produk LengQuas ni.. Ramai juga agent2 dia ye... Now siap boleh menang hadiah lagi..boleh beli stock utk Ramadan nanti

    BalasPadam
  4. Menarik ya produk lengquas ni ibukk.. Ni siap Ada contest pulak.. Boleh join nih

    BalasPadam
  5. Suka gila dengan brand ni, especially daging masak hitam dia tu. Seriosu sedap betul, boleh borong buat stock Ramadhan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.