Hasil Gambar Dari Samsung Galaxy S21 Plus 5G

Hasil Gambar Dari Samsung Galaxy S21 Plus 5G

Ruby
18
Hasil Gambar Dari Samsung Galaxy S21 Plus 5G | Assalammualaikum semua! Masih ingat lagi tentang kisah Samsung S21+ 5G yang Ruby kongsikan hari tu? Jika belum baca, boleh baca di url ini https://www.ruby.my/2021/01/pandang-pertama-samsung-s21-plus-5g-phantom-black.html?m=1. Untuk hari ini, Ruby ingin bercerita tentang lebih mendalam hasil gambar dari kamera telefon pintar Samsung S21+ 5G. Terlalu banyak fungsi tersedia. Tetapi, yang mana satu kekerapan yang Ruby guna? Mesti ramai ingin tahu kan? Ruby faham, ramai membeli telefon pintar di atas faktor kualiti gambar dan video. Hari ini, Ruby bercerita tentang gambar dulu. Lain kali, berkenaan hasil video pula okay?

Hasil Gambar Dari Samsung Galaxy S21 Plus 5G


Pada awal penggunaan, Ruby terus cas telefon dan setelah penuh, Ruby switch on telefon pintar Samsung S21+ 5G. Macam biasa, belek dulu bahagian setting, baca tentang about phone. Set dulu paparan muka hadapan dan pin. Dah siap set semua. Ruby pun mula untuk ambil gambar. Sejujurnya, rasa macam satu pengalaman baru apabila telefon pintar memiliki pelbagai fungsi di bahagian kamera. Kebiasaannya Ruby jarang memilih, sebab pastinya telefon pintar ini sudah cukup pintar mengetahui apa yang akan ruby snap. Ternyata benar sekali! Apabila Ruby mengahalakan kamera ke arah makanan, terus kamera set ke mode Food. Manakala jika ingin ambil gambat pada waktu malam, secara automatik akan set ke mode Night

Paparan gambar di bawah adalah senarai mode yang tersedia di dalam Samsung S21+ 5G. Ruby belum habis meneroka. Tetapi Ruby bakal meneroka kesemua fungsi kamera telefon ini. Hehehehe. Gambar dan video sama-sama mempunyai fungsi menarik yang tersendiri. 


Ayuh kita cuba snap gambar menggunakan Samsung S21+. Gambar-gambar ini tidak di edit atau dipotong. Ia adalah hasil asli dari telefon pintar Samsung S21+. Seronok mencuba kamera telefon sehingga setiap keadaan ingin Ruby snap. Hehehe.

Normal Mode melalui snap dari dalam kenderaan. 

Panorama dengan 1 kali snap. Hehehe. Ruby snap semasa jogging. 

Potrait Mode gambar anak sedang makan dan suami sedang menarik nafas segar dari atas bukit. Precious moment!

Pro adalah fungsi yang sedang Ruby mahirkan. Sangat mudah dan fungsi ini membuatkan Ruby rindu DSLR. Hurrmm tapi lagi happy bila menggunakan Samsung S21+ sebab ia lebih mudah. Henfon sahaja! Tak berat macam DSLR. Hehe. Dah lengkap!


Gambar bunga yang sangat vivid. Nampak permukaan soft. Kelopak demi kelopak tu seakan beralun-alun.

Night Mode adalah fungsi yang selalu kita nak cuba dan buat perbandingan. Hehehe. Namun, Ruby rasa sangat okay bila dapat hasil gambar seperti dibawah. Dari jauh dan zoom terus ke bulan. Cantik kan?

Apabila menggunakan kamera telefon pintar. Kita suka lihat bagaimana fungsi kamera fokus pada sesuatu objek. Rak buku dibawah seakan wide kan? Melengkung ke dalam kan hasilnya? Hebatkan?

Food Mode adalah paling Ruby suka. Nampak komposisi objek dan pencahayaan seakan-akan serasi bersama!

Sejujurnya, semua gambar di atas tidak di sunting atau di potong. Semoga bermanfaat!

Samsung Galaxy S21+ 5G adalah telefon pintar terkini yang dijual pada harga RM4,299. Pelanggan yang membeli mana-mana siri Galaxy S21 akan menerima Galaxy Fit2, SmartTag dan Wireless Charger Trio bernilai keseluruhan RM697.  Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s21-5g/.

Catat Ulasan

18Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. mak aihh cun sangat camera dia. terus jadi hidup gambar tu. aduhhhh geram la pulak hp ni

    BalasPadam
  2. Bella memang peminat tegar Samsung. Dari dulu mmg pakai Samsung Note je. Now model lain Samsung pun power. Sis cuma perlu pen utk kerja. Mudah.

    BalasPadam
  3. Cantiknya gambar2 kak Ruby, especially gambar close-up bunga tu. Nampak mcm pro sangat. Kira boleh control aperture and shutter speed semua la ya?

    BalasPadam
  4. wahh gambar night mode memang lawa! saya memang mencari telefon pintar untuk kamera night mode yg lawa.

    BalasPadam
  5. Tak nak baca sebab nanti hati ini mula teringin dan jiwa mudah terpengaruh.

    Cantiknya gambar malam dan bunga tu.

    BalasPadam
  6. Untung lah ibuk dpt try handphone samsung baru... Tapi serius dan sharp betul gambar dia.. Hmm mcm boleh beli je. Hihi

    BalasPadam
  7. Waaa clear sharp betul gambarnya.. dalam rumah Sis ni, Suami je pakai android, anak-anak semua ios termasuk Sis.. ni tunggu company Suami bagi hp baru, harapnya samsung baru ni laaa.. tapi dengarnya Note huhuhu

    BalasPadam
  8. Nice shoot and sharp betul gambarnya. Must be expensive tengok pun dah tahu hahah, skarang pun tengah kumpul bajet dapat hp+cam yang powerful macam tu..hehe

    BalasPadam
  9. wahhh! baru baru ni saya memang ada niat nak tukar handphone. tapi mahal sangat. Saya nak cari handphone yang boleh tangkap gambar yang cerah dan clear. malas betul kalau asyik nak edit warna semua. bestnya kalau dapat samsung ini

    BalasPadam
  10. Adakah ini petanda yang Nell akan beralih kembali ke brand yang Nell beli time first using Android phone? :) lawa gambar2nya ye... especially night mode dia.. impressive..

    BalasPadam
  11. Racun kuat ni! HAhaa..
    Seram nya rasa tatkala baca satu persatu kelebihan cameranya. Gmabar manik-manik tu lawa! Pemandangan cantik natural. Alahai... Kena makan antibiotic, racun dah kuat ni. HAhaa

    BalasPadam
  12. i have always thought that apple has the best quality photos but this article changed my mind! the human portraits that you took are amazing, they look super HD just like they are taken from a DSLR!

    BalasPadam
  13. No doubt yang kamera samsung adalah yang terbaik setakat ni. Gambar2 ana semua guna hp samsung suami. Memang cantik gambar dia especially pro mode tu. Kadang rasa nk tukar ke samsung balik.

    BalasPadam
  14. pergghh mantap gambar! ingat nak pakai samsung juga la lepas ni. Mereka ada teknologi. Tunggu S22 kot hehe

    BalasPadam
  15. Cantik gambar dr lensa kamera ni. Suka tengok. Memang sharp gambarnya. Senang bila ada hp mcm ni. X perlu dah dslr

    BalasPadam
  16. Cantik hasil gambar gambar dari samsung galaxy S21 plus ni..bila tengok gambar gambar tu teringat rumah lama haha..teringat tomyam sedap tapikedai tu dah x de da :D

    BalasPadam
  17. Cantiknya gbr2 dia, suka tgk pic bunga tu mg cantik, harga dia pun tak mahal

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !