Dendeng Bak Kwa Cik Midah

Dendeng Bak Kwa Cik Midah | Assalammualaikum semua! Okay hari ni Ruby nak sembang berkenaan produk makanan keluaran sahabat blogger Ruby iaitu Feeq dan Aten. Ruby memang suka membeli makanan. Hahaha. Kalau kawan-kawan jual makanan, memang Ruby akan support beli. Kalau sedap, boleh jadi stock untuk memasak kat rumah. Tambahan sekarang musim pandemik COVID-19. Ruby kurang keluar beli barang dapur. Seminggu sekali pun jarang. Mungkin 2 minggu satu kali. Kalau terlupa beli sayur, Ruby beli kat kedai runcit bawah rumah sahaja. 

Dendeng Bak Kwa Cik Midah

Sebenarnya Ruby dah nampak beberapa facebook status Feeq untuk menghasilkan produk makanan. Cuma, tak tau bila dia nak lancarkan. Sebagai pembeli, kita tunggu. Hahaha. Kemudian dia tunjuk dia beli daging, proses membuat, membakar, jenis kayu yang digunakan. Lepas tu mencari pembekal madu. Nampak lokasi dapur utama di N9 Food Court dan akhirnya proses merasa. Masa ni, Ruby ambil peluang untuk merasa dengan join peraduan dan pergi ke N9 Food Court. 

Bak Kwa ni selalu di salah tafsir kerana nama menu berbahasa cina dan sering didapati dalam daging khinzir. Jadi, konflik terdapat di situ dan Feeq mengambil inisiatif untuk mendidik orang ramai bahawa menu daging empat segi ini bukan semata-mata hanya boleh menggunakan daging khinzir sahaja. Bak Kwa bermaksud daging kering. Jadi, daging kering ini boleh dihasilkan melalui daging lembu, daging ayam atau daging kambing. Yang mana-mana halal, boleh dihasilkan dalam bentuk Bak Kwa. Ia adalah proses yang rumit, ini kerana kita perlu hancurkan isi daging menggunakan meat grinder machine

Jika kalian ingin tahu, Dendeng juga adalah nama unik yang bermaksud kepada daging kering yang dihiris tipis dalam masakan kita Nusantara. Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan negara sekitarnya mengetahui menu ini. 

Pengasas Dendeng Bak Kwa Cik Midah

Tahniah sahabat, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil sebagai Feeq selaku Pengasas jenama Dendeng Bak Kwa Cik Midah berkongsi; "Penyediaan perniagaan bermula seawal 2 petang untuk menyediakan bahan-bahan. 6.30 petang pelanggan boleh mula membuat pesanan. Kebiasaannya pelanggan akan datang ke N9 Food Court untuk beli yang siap masak panas-panas. Buat masa ini, kami menyediakan 3 jenis perisa Dendeng Bak Kwa Cik Midah iaitu Klasik Asli, Madu Tualang dan Pedas Szechuan. Pada masa akan datang kami akan sediakan daging lembu salai dan daging ayam klasik asli. Harga sekitar RM 30 hingga RM 90 bergantung kepada gram yang pembeli inginkan. Untuk sesiapa yang ingin menambah pendapatan, boleh sertai kami sebagai ejen Dendeng Bak Kwa Cik Midah di talian 010-6653553. Terima kasih menyokong Dendeng Bak Kwa Cik Midah".

Kami Suka Dendeng Bak Kwa Cik Midah

Pertama kali mencuba produk ini di N9 Food Court. Kami mencuba semua perisa. Pertama sekali, Ruby tiada idea bagaimana rasa makanan ni. Sama ada seperti dendeng kita makan macam Daging Dendeng yang selalu Ruby makan bersama nasi impit dan pulut tu ke? Mungkin dendeng macam semasa majlis orang kahwin? Jadi, kami telab mencuba dan menyukainya. Setiap gigitan berjus dan rasa asap kayu tidak tangkap ke lelangit Ruby. Kebiasaannya kalau daging bakar atau salai. Pasti ada after taste yang mengganggu Ruby untuk menikmati makanan. 

Dendeng Bak Kwa Cik Midah perisa yang mana menjadi pilihan kami? Klasik Asli, Madu Tualang atau Pedas Szechuan? Kami tidak dapat membuat perbandingan, ini kerana semuanya sedap. Korang kena cuba! Kadang-kadang mood kita teringin makan pedas, manis atau smoked aje. Food pairing untuk Dendeng Bak Kwa Cik Midah yang Ruby telah cuba adalah:

Dendeng Bak Kwa Cik Midah Pedas Szechuan + Nasi Putih. Memang syahdu!

Dendeng Bak Kwa Cik Midah Klasik Asli + Roti atau Spaghetti. Terbaik bohhh!

Dendeng Bak Kwa Cik Midah Madu Tualang + Teh O atau Kopi O Panas. Nikmat betul! 

Harga Dendeng Bak Kwa Cik Midah

Dendeng Bak Kwa Cik Midah di jual pada harga pelbagai bergantung kepada pemilihan gram oleh pelanggan. Berikut Ruby share senarai harga mengikut perisa dan gram.

Daging Lembu (Klasik Asli)
200 gram: RM 30
500 gram: RM 75

Daging Lembu (Madu Tualang)
200 gram: RM 35
500 gram: RM 87.50

Daging Lembu (Pedas Szechuan)
200 gram: RM 35
500 gram: RM 87.50

Membeli Di Kedai Rasmi Dendeng Bak Kwa Cik Midah Shopee Malaysia

Kebanyakan masa membeli-belah Ruby lebih suka melalui website atau aplikasi e-dagang. Sebab Ruby tidak suka berurusan dengan ejen. Introvert ni kurang bercakap. Sembang dalam whatsapp pun dengan orang yang dikenali sahaja. Kalau bab membeli, Ruby lebih suka membeli di Shopee. Alhamdulillah kedai rasmi Dendeng Bak Kwa Cik Midah ada  di sini. Mudah untuk Ruby membeli. Hehehe. 

Kedai Rasmi Dendeng Bak Kwa Cik Midah: https://shopee.com.my/dendengcikmidah_os?smtt=0.0.9

Waktu Operasi Di N9 Food Court

π™ƒπ˜Όπ™π™„ 𝙉𝙄 π™†π™€π˜Ώπ˜Όπ™„ π˜½π™π™†π˜Ό π™Žπ™€π™‹π™€π™π™π™„ π˜½π™„π˜Όπ™Žπ˜Ό
Masa : 6 petang - 10:30 malam
Lokasi : N9 Food Court, Sungai Ramal Kajang
Contact no : 010 665 3553

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. menarik gak ni. tak pernah makan lagi. tapi nampak macam sedap la. panas2 lagi sedap

    BalasPadam
  2. Rawlins memang suka betul - makan gitu je pun boleh. Kalau ada nasi panas - fuh! Laju je habisnya

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah akhirnya ada jugak bak kwa halal bagi memenuhi tuntutan agama mencari yang halal itu fardhu bagi setiap umat Islam. Harap lepas ni lebih ramai yang tampil dan menghalalkan makanan2 pelbagai kaum supaya lebih ramai orang dapat menikmatinya tanpa was-was. Nanti nak ushah kat Shopee....

    BalasPadam
  4. Senangnya, boleh beli kat shopee. Rasa mcm nak cuba yang madu dgn yg pedas tu, pastu campur dlm satu bekas. Baru best, ada manis, ada pedas.

    BalasPadam
  5. Sebelum tu tahnoah buat Feeq kerna berjaya membuat dendeng ala daging salai gini.. bukan senang tu nak buatnya.. nanti nak trylah beli kat shopee .. terliur dengan juicynya daging tu... erghhhh

    BalasPadam
  6. Perghhh... Bagus nya dah ada yang halal. Tahniah Feeq.. Serius tumpang bangga
    Teruja nak rasa, jauh lak nak ke N9. Nanti kak nina intai kat shopee.. Bagus ada kedai kat shoopee. Good luck!

    BalasPadam
  7. Wahh dah ade jual kat shoppee ye... Boleh lah check out nanti. Nak jugak rasa bak kwa tu. Ramai review sedap

    BalasPadam
  8. fuh terliur tengok gambar dan suka baca review dari Ruby. tergoda gak ni nak beli di Shopee.. alang2 akaun shopee pay ada duit boleh lah shopping

    BalasPadam
  9. Tu la nampak kawn2 post diaorg dh rasa nampak sedp je. Nak pergi ke food court n9 mmg tak dptla. Nasib ade dekat shopee. Boleh try ni..

    BalasPadam
  10. jangankan salah tafsir, tahu pun tidak pasal bak kwa ni. Haritu ternampak kawan up IG story pasal bak kwa terus rasa nak cuba sebab tak pernah makan lagi menu ni.

    BalasPadam
  11. Tak pernah makan bak kwa. Sedapnya buat ratah gitu je kan? Boleh laaa ngecek suami belanja. Terliur tengok

    BalasPadam
  12. omg! i love this so much and i grew up eating it as a Chinese. Tp sejak tahun lps i dh x makan daging babi dan mmg susah sgt nk cari bak kwa yg halal. so glad i read your article, i can order some now for chinese new year!

    BalasPadam
  13. ada eh bak kwa halal? boleh la cuba sbb lama dh teringin

    BalasPadam
  14. Wahhh ini bak kwa viral, nampak sedap sangat. I tengah tunggu nak try their bak kwa ayam.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.