Movie Review: Miimaland, Lakonan Seram Misteri Pertama Fattah Amin


Movie Review: Miimaland, Lakonan Seram Misteri Pertama Fattah Amin | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah Ruby berkesempatan menonton filem Miimaland terlebih dahulu dan pihak MICO Studio Sdn Bhd membenarkan Ruby membuat ulasan filem secara jujur. Walaupun filem ini akan di tayangkan pada 24 September 2020. Tetapi, ini adalah salah satu cara penerbit ingin mendapat pendapat awal. Ruby tidak akan beri banyak spoiler. Mungkin satu spoiler. Boleh ke? Hahaha.

Movie Review: Miimaland, Lakonan Seram Misteri Pertama Fattah Amin


Miimaland mengisahkan sekumpulan "content creator" yang menerima satu job luar biasa. Menerima tawaran melakukan aktiviti pengambaran di dalam kawasan tapak taman tema yang telah ditinggalkan lama iaitu Mimaland. Sepanjang proses mendapatkan "content" pelbagai perkara berlaku. Satu demi satu, ahli dari kumpulan mereka meninggal dunia akibat mengunjungi tempat tersebut. Mereka turut menerima cabaran yang menyeru semangat mistik di Miimaland tanpa disedari. Jadi, korang kena tahu. Ada yang harus dibiarkan! 👻👻👻

Treler Rasmi Filem Miimaland:



Barisan Pelakon:

Fattah Amin sebagai Ariel
Sophia Albarakbha sebagai Elize
Farah Ahmad sebagai May
Zandra Ridhuwan sebagai Anak May
Camelia Natasya sebagai Suraya
Hazzy Alzeeq sebagai Hakim
Zalif Sidek sebagai Eric
Adam John sebagai Jimmy
Chelsea Esdher Wang sebagai Hyuna
Cindy Dahyun Ohn sebagai Jin
Liyana Yusof sebagai Mak Elize
Shyrim Hm sebagai Ayah Elize

Arahan: Nevin Hiong
Klasifikasi: P13
Durasi: 90 Minit

Kenapa Kena Tonton Filem Miimaland?


Filem ni filem Seram yang pertama Fattah Amin lakonkan! Fuhh dia cabar kebolehan dia weeii. Jom lah support FA! Kemudian, lokasi mereka rakam filem ni bukan tempat biasa ya. Bukan bandar-bandar metropolitan. Mereka masuk hutan. Hutan dara Mossy Forest kalau tak silap. Memang susah untuk merakam dan komitmen para pelakon dan kru produksi tu yang Ruby rasa amazing! Lepas tu bacaan mantera oleh May (Farah Ahmad) tu memang seram betul. Korang nak tau tak, Ariel (Fattah Amin) dan Elize (Sophia Albarakbha) tu ada kesilapan silam yang melibatkan anak. Kesian mereka. Perjalanan nak dapat anak sampai kena masuk ke alam mistik. Jeng jeng jeng. 

Mossy Forest, Cameron Highlands. Sumber gambar dari www.hikingmalaysia.com

Sebelum mereka semua memulakan ekspedisi ke Miimaland dan sebelum masuk ke alam mistik. Elize sudah sering bermimpi buruk dan sering diganggu oleh jelmaan kanak-kanak perempuan, Ruby ingat ini adalah "badi" akibat menggugurkan anak. Tetapi ia bukanlah disebabkan itu. Ia adalah gangguan disebabkan Ayah Elize seorang peneroka hutan dan telah membunuh keluarga di sana. ehhhh spoiler pula kan. Maaf! 


Lakonan Fattah Amin semakin matang dan itu adalah DNA beliau. Setiap pelakon perlu ada "signature" dalam diri mereka. Fattah Amin terkenal dengan lakonan yang versatile seperti gentleman, cool dan relax. Tetapi di dalam Miimaland, Fattah Amin lebih matang. Lontaran suara lebih jelas dan konsep lakonan untuk filem yang straightforward begini amat bersesuaian dengan beliau. Ekspresi wajah ketika keadaan panik, teruja, gembira dan penyayang berjaya ditonjolkan.

Manakala bagi pelakon wanita iaitu Sophia, ini adalah kali pertama Ruby melihat kemunculan beliau. Sangat cantik dan fasih berbahasa melayu. Ruby tidak tahu pelakon ni berbangsa apa. Cantik betul. Hahaha. Nanti nak interview Sophia semasa tayangan perdana filem Miimaland. Barisan pelakon Miimaland kesemuanya serba boleh. Semua memainkan watak dengan baik sekali. Ada pelakon Korean dan dialog mereka dalam bahasa Hangul. Comel betul Hyuna dan Jin tu. 

Jalan Cerita Yang Disampaikan "straightforward"


Apabila menonton filem Miimaland, kita akan rasa seronok melihat filem dek kerana pelakon, cinematography, lokasi dan jalan cerita. Paling best adalah filem ini straightforward. Disarankan apabila masuk ke dewan pawagam, anda dah switch off telefon pintar dan beri 90 minit menonton filem ni. Sebab semuanya berlaku cepat, tetapi anda terbuai dengan lokasi tempat menarik, konflik dan punca kenapa semua gangguan itu berlaku. Sedar-sedar dah habis. 

Skala ruby.my: 9/10

Kenapa 9/10, sebab dialog di awal yang tidak berapa jelas dan kesan bunyi tidak konsisten. Mungkin kualiti speaker panggung tak Dolby ke?. Mungkin ia gimik pengarah untuk memaparkan bacaan jelas mantera di akhir-akhir. Skala ni subjektif ikut pendapat masing-masing. Nanti korang bagi tau apa pendapat korang pula k. 

Sentuhan Pengarah Nevin Hiong Dari Kampung Drift Ke Miimaland


Jika anda tonton filem arahan Nevin Hiong, anda akan nampak signature touch dari beliau. Suka kelajuan, efek jelas dan komposisi cinematography yang "perfect". Di dalam Miimaland, ada beberapa jin yang ditonjolkan, efek dari gangguan jin, lokasi di kawasan rumah kosong, hutan belantara, tasik dan rumah kampung. Penggunaan dron juga turut ada. Setiap kali gangguan berlaku, jin yang muncul adalah berlainan ya. Seram pula Ruby nak cerita in detail memalam ni.

Nevin Hiong adalah anak kelahiran Johor berkelulusan Sarjana Seni dalam komposisi muzik dari Jepun pada tahun 1995. Beliau pada awalnya merupakan penerbit dan komposer muzik kreatif yang telah menghasilkan banyak lagu hit asli Asia antaranya "Xiao Wei", lagu Karaoke Mandarin terlaris tahun 2002. Di antara tahun 2011-2013, beliau mengorak langkah kerjayanya sebagai sinematografer bagi beberapa filem di Malaysia termasuk "Cerita Kita", “Highland Tower”, "Sniper", "Nasi Kangkang" dan banyak lagi. 

Berpewatakan sebagai seorang yang pendiam, beliau sebenarnya seorang yang cepat belajar dan sangat fokus dengan apa yang diinginkan dalam menghasilkan sesuatu produk berkualiti. Beliau pernah menghasilkan filem Cina pertamanya "MoKissU" yang diterbitkan di Malaysia dan Taiwan pada tahun 2014. Tahun 2016, menjadi titik tolak beliau sebagai sutradara dengan filem pertamanya "Kampung Drift". Filem ini mendapat ulasan yang sangat baik dan dikeluarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Filem Miimaland bakal menemui penonton seluruh Malaysia pada 24 September 2020. Ruby berasa bersyukur dapat menonton lebih awal dari tayangan perdana dan tayangan utama. Semoga dengan cara ini dapat membantu industri perfileman Malaysia terus menghasilkan karya kreatif dan penyusunan jalan cerita lebih unggul.

Akhir kata dari Ruby, filem seram misteri Miimaland mengangkat lokasi Pelancongan Tempat Berpuaka di Malaysia. Selamat Menonton!

Sejarah Taman Tema Mimaland


Taman tema Mimaland yang dibina sekitar 1971 di Gombak telah ditutup sepenuhnya pada tahun 1993. Setelah penutupan taman tema ini pelbagai kisah mistik terjadi dan taman tema ini juga menjadi tumpuan para pemburu hantu.

Mimaland adalah taman tema hiburan di Gombak, Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1975 dan berhenti beroperasi pada bulan Mei 1994 setelah tanah runtuh merosakkan harta benda. Gerbang Mimaland masih wujud hingga kini.

Mimaland mula beroperasi pada tahun 1975. Nama Mimaland sebenarnya merupakan singkatan kata gabungan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berdekatan Kuala Lumpur, disambung bersama jalan keluar ke jalan Gombak-Bentong lama. Ia dimiliki oleh Mimaland Berhad, anggota Magnum Group of Companies (sekarang Magnum Corporation).

Pembinaan Mimaland dilakukan secara berperingkat dan taman tema dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland selesai pada tahun 1970, dan terdiri dari 24 motel, 5 chalet dan kolam renang. Antara tarikan utama, adalah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi model dinosaur dengan ukuran yang sangat mengagumkan. Selain itu, Mimaland juga mempunyai tasik untuk berperahu dan memancing, 'giant maze', dan juga kawasan merentas hutan. Nak tahu tentang Taman Tema Mimaland, boleh baca di Oh! Media
Terbaru Lebih lama