Beli Nestlé EVERYDAY Di PG Mall Dapat PERCUMA MAGGI Pes Sambal Tumis


Beli Nestlé EVERYDAY Di PG Mall Dapat PERCUMA MAGGI Pes Sambal Tumis | Assalammualaikum semua. Hari tu Ruby ada shopping di PG Mall. Nak cuba Nestlé EVERYDAY Milk Powder dan Nestlé EVERYDAY Milk Malt. Selain dari harga yang mampu milik dan boleh konsisten amalkan mengikut keinginan. Susu adalah suplimen terbaik untuk kita menjaga tulang, otot dan pertambahan sel darah merah. Nak dijadikan cerita, Ruby dapat gift dari Nestlé. Dapat MAGGI Pes Sambal Tumis. Terkejut la beli susu, dapat pes sambal tumis. Salah parcel ke kan? Hahaha. Tetapi, ternyata ia adalah hadiah dari Nestlé. MAGGI Pes Sambal Tumis adalah produk terbaru dari rangkaian MAGGI. Jom cuba. Hehe.

Beli Nestlé EVERYDAY Di PG Mall Dapat PERCUMA MAGGI Pes Sambal Tumis.

PG Mall sentiasa mengemaskini pelbagai promosi untuk memudahkan kita membeli-belah. Ia adalah laman web e-dagang yang hanya membantu penjual yang menjual produk authentic dari mereka sahaja. Tiada produk tiruan, tiada produk pre-loved, tiada produk yang sama di jual oleh penjual yang lain. Korang tidak akan jumpa produk Nestlé dari penjual lain selain Nestlé Official Store. Tidak perlu pening kepala untuk membandingkan harga. Ini kerana pihak Nestlé dah buat pakej bundle harga murah dari anda membeli di pasaraya berdekatan rumah anda. Percayalah!

Ruby ada lihat perbandingan harga di antara pasaraya dan PG Mall sahaja sekarang ni. Sebagai contoh, di PG Mall, Nestlé MAGGI Sambal Tumis bernilai RM 6 untuk 2 paket 60gram. Di pasaraya bawah rumah Ruby. RM 3.50 untuk 1 paket 60gram. Memandangkan sambal tumis ni produk baru, tiap pembelian produk Nestlé di PG Mall akan dapat sepaket Nestlé MAGGI Sambal Tumis 30gram secara PERCUMA! Boleh la korang cuba. Lagi satu, setiap pembelian RM 80 di dalam setiap Official Store akan menerima FREE SHIPPING! Jadi, sangat berbaloi-baloi korang membeli-belah produk Nestlé. Ada MAGGI, EVERYDAY Milk Powder, NESPRAY, Nescafe, Milo, Omega Plus, Nestum, Kit Kat, Starbucks, Nankid, Lactogrow, Koko Crunch dan macam-macam lagi produk di bawah jenama Nestlé. PG Mall adalah laman e-dagang yang korang selesa membeli belah. Klik klik klik dah selesai!

Nestlé EVERYDAY Milk Powder soft pack 550g RM 18.90

Susu adalah suplimen tambahan yang diperlukan untuk tubuh badan kita, tetapi ia tidaklah keperluan wajib. Minum susu sebelum tidur, memudahkan kita untuk cepat tidur. Tambahan untuk anak-anak dan suami. Walau lampu terbuka atau tertutup. Mereka mudah tidur selepas minum susu. Secara tidak langsung, kita membantu diri berehat. Jadi, kita akan membantu Hormon Serotonin dan Melatonin mengawal fungsi tubuh semasa tidur, nafsu makan, dan kesihatan hati. Nestlé EVERYDAY diformulasi dengan MAX NUTRE iaitu yang membantu untuk membangunkan kesihatan tulang, mata, otot dan sel darah merah. 



Nestlé EVERYDAY Malt Milk Powder 250g RM 11.20

Sambil melihat Nestlé EVERYDAY Milk Powder, Ruby ternampak Nestlé Malt Milk Powder. Kebiasaannya sarapan pagi kami dengan bijiran dan susu segar. Teringin nak cuba minum susu pada waktu pagi secawan yang mempunyai manfaat kesihatan di awal pagi. Proses penyediaan adalah sama dengan Nestle EVERYDAY Milk Powder iaitu 3 sudu makan susu tepung bersama air suam atau air sejuk. 


Selamat mencuba! Ruby dah cuba! Memang sedap!

Nestlé MAGGI Sambal Tumis

Inilah masa yang dinantikan. Kita cuba produk baru MAGGI. Kali ini, Ruby ikut resepi dari Datin Paduka Iena Azman. Cuma Sambal Tumis Udang, Ruby tukar ke Sotong. Harap-harap menjadi. Hahaha. Korang tahu tak, isi kandungan dalam pes sambal tumis ni dah lengkap. Jom Ruby kongsikan apa yang terdapat di dalam MAGGI Pes Sambal Tumis.

Pes Sambal Tumis ini sangat lengkap. Bawang merah, bawang putih, garam, halia dan cili dah ada. Melalui pengalaman Ruby, rasa pes sambal ini tidak mengganggu rasa seperti jenama sambal giling yang lain. Memang sedap. Bungkusan juga kecil sepaket begini. Apabila kita menggunakan sepaket terus tanpa menyimpan baki pes sambal. Kualiti sambal tumis kita tidak akan drop akibat dari simpanan di dalam peti sejuk dan menyimpqn pula terlalu lama. Kuantiti 60gram sesuai untuk menyambal. Satu kali masakan sambal sotong untuk keluarga ruby yang ada 4 orang sudah memadai. Hehehe.

Resepi Sambal Sotong Menggunakan Pes MAGGI Sambal Tumis. 

Bahan-bahan: 
1 mangkuk sotong
1 bawang besar (dihiris)
1 1/2 pek MAGGI® Sambal Tumis Paste (60g + 30g)
Gula
3 sudu jus asam jawa
1 sudu MAGGI® CukupRasa ™

Ruby guna MAGGI Cukup Rasa, tidak menggunakan garam. Tapi standby garam. Hahaha. 

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan pes MAGGI® Sambal Tumis dan kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan hirisan bawang.
3. Masukkan jus asam jawa. 
4. Masukkan gula dan MAGGI® CukupRasa ™.
5. Masukkan sotong dan tumis semua bahan hingga pecah minyak.

Kuali dari darjah 6 (1999). Mak hadiahkan. Masa ni dah ada kelas Kemahiran Hidup di sekolah yang suka buat aktiviti masak-masak. So, Ruby asah skil kat kuali ni je. Rumah Ruby semua kuali besar-besar sebab mak berniaga masakan tradisi nasi berlauk. 

Mudah sungguh nak menyambal sekarang ni. Tak perlu rebus cili kering dan kisar bawang. Guna pes sambal tumis MAGGI jer dan masukkan bahan-bahan terus jadi sambal harian yang kita selalu masak tu. Jimat masa!

Sedap sangat sambal sotong ni. Sampai kami repeat tambah nasi.

Jadi Top Spender Nestlé x PG Mall.

Bermula 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020. PG Mall mengadakan kempen Top Spender. 16 pemenang mingguan akan menerima RM 50 baucar GRAB & PG Mall. Kemudian untuk 3 orang pemenang bulanan akan menerima RM 100 baucar GRAB & PG Mall. Best kan? Jom shopping produk Nestlé sekarang!

Selamat membeli-belah di PG Mall! Good luck kepada anda semua!

Catat Komen

12 Ulasan

  1. best nestle ni...dari ke ice cream hinggala makanan lain...suka2

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    BalasPadam
  2. senanggnyaa dah ada sambal tumis ready made.. takyah nak blender cici kering dah susah susah

    BalasPadam
  3. Dekat rumah ana pun kebanyakan produk nestle. Kebetulan nak restock mana2 yang kurang,boleh lah beli di PG Mall. Boleh dpt pes sambal tumis secara percuma kan.sedapnya.

    BalasPadam
  4. Sekarang ni semua kat hujung jari kan Ruby.. Nak beli apa semua ada. Klik sana sini dah sampai barang kat rumah. Nestle antara barangan yg mmg ada kat rumah dan macam2 produk Nestle yang kelaur sekarang ni. Sambal tumis tu tak pernah try lagi. Nnt nak try jugak laaa.

    BalasPadam
  5. Wow......bagus btul Nestle bagi free gift Maggi pastu sambal tumis. Mesti ramai yg akan shopping product Nestle Di PG Mall pasnie.

    BalasPadam
  6. Wah ade promosi nestle dekat PG Mall. Bgus ni. Dhla memng guna produk nestle.. Boleh tengok kejap lagi

    BalasPadam
  7. Jangan la goda diri ini sebegini Ruby. Kang ada Rawlins terlawat PG Mall nie plak, makin banyak la nak membeli barang hahaha

    BalasPadam
  8. Boleh la beli barang Nestle kat PG Mall nanti. Dapat free pes sambal boleh buat sambal udang ke. Pastu siap boleh join contest, itu lagi sis suka..hahaha

    BalasPadam
  9. Ok boleh stock up barang nestle kat PGmall la nnt. Untung2 nasib dpt menang hadiah masuk contest kan...

    BalasPadam
  10. Wahh ada pes sambal tumis baru ea. Boleh la shopping di pg mall. Kebetulan ank pon minum susu rangkaian nestle. Eh baru tahu minum susu boleh tidur lena. Biasa minum pagi je. Hehe

    BalasPadam
  11. okay baru tahu Maggi ada keluarkan sabal tumis. Boleh beli lepas ni eh wait, shopping kat PG Mall la boleh dapat free je hiks!

    BalasPadam
  12. wah.. susu favourite TB ni.. eh ada yang terbaru ke? Nestlé EVERYDAY Malt Milk Powder tu macam tak pernah rasa lagi.. sedap tak? macam nak try je..

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.