Subway Malaysia Menganjurkan Kempen Discover & Pay Forward Untuk Petugas Barisan Hadapan. Ruby nak ucapkan terima kasih kepada Subway kerana sentiasa memberi sokongan berpanjangan dalam memberi makanan kepada golongan yang memerlukan. Keadaan penularan wabak COVID-19 yang sedang ditangani oleh pihak kerajaan, KKM, MKN dan petugas barisan hadapan masih belum selesai. Jadi, sumbangan yang berterusan dari segi makanan seperti sandwich Subway sudah mengenyangkan dan mudah untuk mereka makan walau sesibuk mana. Terima kasih Subway.
Subway Malaysia Menganjurkan Kempen Discover & Pay Forward Untuk Petugas Barisan Hadapan.
Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Subway Malaysia secara aktif menyediakan makanan Subway kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, para pelajar yang terkandas di kampus dan masyarakat kurang bernasib baik.
Berikutan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini, Subway Malaysia meneruskan jangkauan masyarakatnya pada bulan Ramadan dengan kempen 'Discover & Pay Forward', yang bertujuan untuk memberi satu hidangan Subway melalui setiap pembelian anda kepada petugas barisan hadapan, gelandangan dan orang miskin bermula 11 Mei hingga 23 Mei 2020.
Sejumlah 7,000 sandwich Subway akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan komuniti yang telah terkesan dari PKP untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Inisiatif ini juga bersempena dengan pelancaran menu baru Subway Malaysia dengan 12 ramuan dan kombinasi baru seperti Bulgogi Chicken dengan keju mozzarella, Breaded Chicken Cutlet dengan sos Mayo pedas dan Smoky Chicken dengan sos Hot Pepper. Jom kita support dengan order melalui GrabFood atau Foodpanda.
Dapatkan Subway kegemaran anda sekarang untuk membantu memudahkan kempen Discover & Pay Forward!
Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.