Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang RM 20,000

Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang RM 20,000

Ruby
0


Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang RM20,000. Assalamualaikum semua! Wahh Pringles nak bagi hadiah wang tunai dengan hanya meneka perisa misteri! Sebagai ibu yang suka memasak dan anak-anak suka makan, teka teki ini mudah bagi kami! Satu gigitan dah tahu bahawa perisa misteri ini adalah Bolognese. Hahaha. Anak Ruby si Adam tu terus cakap macam Spaghetti Bolognese ibu masak tu la. Korang doakan kami menang ya. Aminnnn! Jom Ruby ajar bagaimana ingin menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri".

Teka Perisa Misteri Pringles Dan Menang RM20,000


Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad. Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada 
semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Peraduan Perisa Misteri Pringles Bermula 1 Mac hingga 30 April 2020

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!

"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!"  Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.

"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.

Cara-Cara Menyertai Peraduan Perisa Misteri Pringles

Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Mengenai Pringles

Dalam masa 40 tahun ini, Pringles telah berkembang menjadi makanan ringan sensasi di peringkat global. Pertama kali dicipta pada tahun 1966 di Amerika Syarikat, dan dilancarkan secara rasminya di seluruh negara pada tahun 1975, Pringles dengan pantas telah menjadi sensasi di seluruh negara yang didorong oleh bentuknya yang unik seperti pelana yang disusun bertingkat-tingkat di dalam bekas silinder dengan ikon Mr. P.  Kerepek Pringles yang ikonik kini dijual di 140 buah negara dan boleh didapati dalam lebih daripada 140 perisa ikonik.

Pringles diwujudkan untuk meningkatkan pengalaman nikmat makanan ringan melalui keseronokan dan bermain. Di Pringles, kami mencari orang yang gemar ketawa dan bermain. Mereka menjadi penjelajah sosial yang mengoptimumkan pengalaman dengan mencari kelebihan dalam setiap perkara setiap hari, mengubah yang biasa menjadi luar biasa. Pengguna kami ingin tahu dan gemar meneroka tempat, makanan dan pengalaman baharu.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !