Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin Dilantik Sebagai Duta Pakaian Muslimah Sabella

Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin Dilantik Sebagai Duta Pakaian Muslimah Sabella

Ruby
13
Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin Dilantik Sebagai Duta Pakaian Muslimah Sabella. Assalamualaikum semua! Dah beli baju baru? Hehehe. Ruby nak kongsikan dengan anda semua tentang jenama Sabella. Pertama kali tahu berkenaan jenama ini dan terkesima dengan video perjalanan perniagaan mereka yang gempak. Sabella juga melantik Ella sebagai duta! Wowww bukan biashe biashe ni.

Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin Dilantik Sebagai Duta Pakaian Muslimah Sabella


Kali pertama menyunting selebriti, jenama pakaian Muslimah nombor satu tanpa gosok, Sabella, tidak teragak -agak memilih Ratu Rock Malaysia, Ella sebagai duta pertamanya dalam tempoh setahun kontrak. Malah tanpa diduga kerjasama mereka ini memberikan simbolik tersendiri kerana nama Sabella sendiri mempunyai bunyi nama Ella. 

Pemilihan Ella seiring dengan karier penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai pentas seni. Jenama Sabella juga mahu menjadi pilihan yang relevan sampai bila bila seperti Ella. Kelompok peminat Ella sendiri bukan hanya daripada golongan dewasa, malah generasi muda turut mengaguminya. Kata Mohd Sufian, pihaknya mula menyunting Ella pada akhir tahun lalu. 

Ella dilihat antara artis pilihan yang dapat membantu Sabella berkembang lebih maju ke hadapan. Setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak pengurusan Sabella, kami mula menghubungi pihak Ella pada Januari lalu. Kami mula berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain pada bulan lalu. Dalam pertemuan pertama itu, alhamdulillah maklum balas diterima sangat positif antara Sabella dan Ella.

#EllaSukaSabella


Ella sendiri menyokong apa yang diusulkan Sabella yang bertujuan membantu masyarakat menceburi perniagaan sekali gus memberi variasi dalam pakaian muslimah dengan harga berpatutan dan mampu milik. la seperti dakwah kecil saya dan jenama ini dalam menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat. 

Menyukai produk tempatan, Ella menyokong dan berdoa semuanya berjalan lancar. Promosi telah disediakan oleh pihak Sabella. Ella hanya menambahbaik sahaja melalui populariti Ella yang sedia ada. Koleksi Sabella sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Kerjasama sulung Sabella dan Ella ini disifatkan sebagai ruang untuk terus melebarkan jenama itu ke peringkat yang lebih membanggakan. Nama Sabella sebenarnya diambil dan diilhamkan daripada nama anak kedua Sufian dan Siti Fatimah, Faiqa Salsabila. 

Koleksi Pertama Ella Bersama Sabella "Vella Suit"


Keunikan koleksi Vella adalah ia rekaan baru. Konsep masih kekal sama iaitu baju tanpa gosok dan patuh syariah. Menutup aurat dan selesa. Rekaan "batwing" dan menggunakan material dari Moss Crepe dari Korea. Harga bernilai RM 79 sahaja!


Permulaan Jenama Sabella


Semuanya bagaikan sudah tertulis kerana sejak tahun 2016 jenama Sabella mula mengorak langkah hingga dikenali, pasangan suami isteri, Mohd Sufian Sulaiman (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Siti Fatimah Abd Samat (turut dikenali sebagai Siti Sabella dan juga sebagai pengasas) memilih untuk bermula dari bawah tanpa menggunakan pengaruh popular termasuk di kalangan artis. Berasal dari Terengganu. Bermula dengan sebiji mesin jahit. Golong B40, miskin bandar. Tiap bulan memerlukan belanja lebih. Siti mula menjahit pakaian dari jiran, sahabat dan saudara mara. 70 pekerja, income RM 5000 sebulan bantu ramai suri rumah.


Pada mula penjenamaan nama jenama,  pasangam suami isteri ini ingin mendaftarkan nama anak mereka iaitu Salsabella sebagai nama jenama. Akan tetapi ada jenama lain telah menggunakan nama Salsabella. Kemudian, mereka berbincang dan akhirnya lahirlah nama jenama Sabella. Mereka terus daftar SSM dan myIPO. 

Sambutan dari customer 2018 meningkat kepada 2019 dan 4 kali ganda peningkatan sekarang. Yang menjual pakaian Sabella hanya ejen dan dropship rasmi sahaja. 

Apa istimewanya Sabella berbanding jenama Muslimah lain? 


Seperti sedia maklum, Sabella merupakan pengeluar baju Muslimah tanpa gosok nombor satu di Malaysia. Sabella bukan sahaja menjual pakaian Muslimah yang menepati cita rasa wanita Muslim bahkan turut membuka peluang perniagaan kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah secara percuma. Sehingga kini Sabella telah melahirkan tiga jutawan dan telah membantu hampir 13,000 orang untuk menjana pendapatan. 


Mengenai Sabella


Jenama pakai muslimah #1 di Malaysia yang bermula dengan hanya dengan sebuah mesin jahit sahaja. Sabella bermula dengan cetusan idea daripada pengasasnya iaitu Puan Siti Fatimah Abd Samat atau lebih dikenali sebagai Siti Sabella. Sejarah Sabella bermula apabila sebuah keluarga kecil dari kampung berpindah ke bandar demi mencari sesuap nasi. Akibat kesempitan hidup sebagai miskin bandar, Puan Siti Sabella bersama pengasas bersama Sabella iaitu Tuan Sufian Sulaiman terpaksa memberi anak mereka minum susu pekat manis sebagai ganti kepada susu biasa. Puan Siti Sabella bertekad untuk membantu suami bersama-sama mengubah nasib mereka. Puan Siti pernah menjahit baju 100 pasang sehari sehingga jari tangan beliau bengkak teruk. 

Dengan tekad dan azam yang kuat, Pada tahun 2016, Puan Siti Sabella mula mengorak langkah menjalankan perniagaan secara serius dengan niat ingin membantu semua suri rumah yang senasib dengannya pada ketika itu. Bermula secara kecil kecilan dengan hanya mempunyai 10 orang dropship yang terdiri daripada keluarga terdekat, Sabella kini berjaya memiliki 13,000 orang dropship dari seluruh Malaysia dan kilang sendiri berkeluasan 30,000 kaki persegi bagi menampung permintaan pelanggan yang sangat tinggi. 

Sabella dikenali dengan tagline "#bajutanpagosok" telah menjadi virai di kalangan peminat fesyen muslimah di seluruh Malaysia. Baju Sabella sesuai untuk semua peringkat umur. Sabella juga membuka peluang pada wanita di luar sana terutama suri rumah dan wanita berkerjaya sama-sama menjana pendapatan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi keluarga dengan menyertai program perniagaan sebagai dropship secara PERCUMA. 

Tags

إرسال تعليق

13تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Eh terus berkenan pulak Sis laa tengok baju fesyen muslimah tu, boleh survey buat raya ni..nampak selesa dan longgar gitu..

    ردحذف
  2. Cantik je Ella dengan koleksi Sabella ni.. memang sesuai sangat Ella jadi Duta untuk Sabella ni.. Fesyen muslimah yang patuh syariah.. dan sangat menarik kualiti material dia..

    ردحذف
  3. Walau pun Hari Raya beberapa bulan lagi eloklah membuat tempahan awal sekiranya mahu membeli baju selesa ala ala Ratu Rock Ella ni. Harganya pun mampu milik bawah dari RM100 tau...

    ردحذف
  4. Waa baru tau berkenaan brand ni..bagus yea ada baju muslimah yg patuh syariah tanpa perlu digosok tu, mesti sgt memudahkan pemakainya lagi2 kalau mereka jenis yg on the go selalu nak cepat tu kan hehe.

    ردحذف
  5. Cantik baju sabella ni..harga dia pula sangat berpatutan..dan mmg berbaloi apatah lagi x payah gosok ..mmg terbaik!

    ردحذف
  6. Cantik kain jenama sabella ni. Yang bestnye takyah gosok.

    ردحذف
  7. Wah!!!!!! Cantik sentiase Ella. Miss her a lot lol. She’s so pretty. X nampak tua langsung.

    ردحذف
  8. Wah ..menarik..untuk yg bersaiz besar macam k mid nsmpak sesuai sangat..harga pun mampu milik..bolelah tangkap satu nie untuk raya

    ردحذف
  9. Wah tahniah Ella Dilantik Sebagai Duta Pakaian Muslimah Sabella. CAntik sangat Vella Suit tu :)

    ردحذف
  10. Wah. #BajuTanpaGosok ini memang kegilaan kawan2 kat pejabat Rawlins. Dah la cantik terletak dan syariah compliant plak tu.
    Tahniah Ella!

    ردحذف
  11. cantik2 fesyen dia. tahniah berjaya lamar kak ella untuk jadi duta

    ردحذف
  12. Tahniah Ella. Dengarnya Sabella ni baju tanpa gosok kan. Mudahlah nak pergi travel pakai baju ni. Qiss jenis penyegan gosok baju.hahah tapi cerewet kalau nampak kedut.

    ردحذف
  13. Ngam lah tu nama Ella dengan Sabella. Lagipun tengok koleksi dia memang cantik2 semua. Boleh usha ni

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !